Spirulina mempunyai beberapa elemen nutrisi yang dapat meningkatkan kesihatan. Antaranya:
Ia adalah sumber yang baik untuk:
- Protein: Spirulina dianggap sebagai sumber lengkap protein yang berkualiti tinggi dan sering dibandingkan dengan telur untuk jumlah protein setiap gram.
- Vitamin B1: Juga dikenali sebagai Thiamin. Vitamin ini diperlukan untuk penghadaman lemak dan protein. Ia sering diambil untuk meningkatkan tenaga, fungsi otak dan fungsi saraf serta menambahbaikkan kesihatan mata.
- Zat Besi: Spirulina adalah makanan kegemaran untuk vegetarian dan vegan kerana ia merupakan salah satu sumber tumbuhan terbaik untuk zat besi. Bagi mereka yang mengambil daging, ia mempunyai bentuk besi yang mudah diserap oleh sistem pencernaan.
- Kalsium: Mempunyai lebih daripada 26 kali kalsium yang terdapat dalam susu.
- Spirulina Mempunyai lebih daripada 26 kali kalsium yang terdapat dalam bahan tenusu. Spirulina adalah sumber utama nutrien lain termasuklah vitamin B-1 (tiamin), B-2 (riboflavin), B-3 (nikotinamida), B-6 (pyridoxine), B-9 (asid folat), vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E.
- Ia juga merupakan sumber kalium, kalsium, kromium, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, selenium, sodium dan zink.
- Spirulina mengandungi banyak pigmen yang bermanfaat pada badan.
2) Mengandungi Gamma Linolenic Acid (GLA) & Omega-3s
Spirulina mengandungi Gamma Linolenic Acid dan Omega-3s. Spirulina mengandungi 65% protein dan asid amino termasuk asid gamma linolenic (GLA) yang berfaedah dari segi sifat anti-radangnya terutamanya apabila diambil dengan suplemen Omega-3 yang lain.
3) Boleh Membantu Seimbangkan Gula dalam Darah
Kajian menunjukkan bahawa spirulina mungkin dapat membantu dalam mengimbangkan gula dalam darah dan mungkin berfungsi sebagai suplemen tambahan untuk ubat diabetes. Kajian lain menunjukkan bahawa ia bukan sahaja menurunkan gula dalam darah malah dapat menurunkan kadar HbA1c. HbA1c merupakan penanda jangka masa panjang bagi paras gula dalam darah.
4) Antioksidan yang kuat
Antioksidan adalah komponen yang melindungi sel tubuh badan daripada kerosakan. Penyelidikan bertahun-tahun telah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengambil bahan semula jadi yang mempunyai antioksidan.
5) Boleh Membantu Mereka yang Mempunyai Alergi
Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa Spirulina dapat membantu mereka yang mempunyai alahan dan tindak balas alergi. Hal ini demikian kerana ia mungkin mampu mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesesakan hidung dan isu-isu lain. Berdasarkan kajian saintifik, sesetengah pengguna spirulina menyedari bahawa terdapat perbezaan dalam tahap serius simptom allergi mereka seperti kurang kesesakan hidung, gatal-gatal, dan bersin.
6) Membantu Menyingkirkan Logam Berat dalam Badan
Spirulina boleh bergabung dengan logam berat di dalam badan dan membantu menyingkirkannya. Ia juga tinggi dengan kandungan klorofil yang membantu menghilangkan toksin dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi. Malah terdapat kajian yang mendapati bahawa kombinasi 500 miligram spirulina dan suplemen zink setiap hari boleh mengurangkan separuh daripada tahap arsenik dalam badan.
7) Ketahanan otot
Spirulina boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak semasa senaman. Kandungan antioksidannya yang tinggi bermanfaat dalam mengurangkan proses oksidasi sel yang selalunya mengakibatkan keletihan otot.