Negara asia tenggara terkenal dengan makanan rujinya iaitu nasi dan begitu juga dengan negara eropah yang kebanyakkannya menjadikan kentang, bijirin serta produk berasaskan gandum sebagai makanan harian. Di india pula, roti diolah dalam pelbagai bentuk untuk disajikan bersama kuah kari dan lauk pauk. Tanpa menggira benua dan negara, setiap tamadun menjadikan karbohidrat sebagai makanann ruji yang disertakan dengan lauk pauk lain yang juga mengandungi protein, sayuran, lemak dan nutrisi lain yang diperlukan oleh tubuh badan. Persoalannya, apakah kebaikan dan fungsi karbohidrat untuk badan manusia ?
- Karbohidrat merupakan makanan yang memberikan sumber tenaga kepada tubuh badan. Hal ini kerana, karbohidrat akan dipecahkan ke dalam bentuk yang lebih mudah iaitu glukose dan diserap ke dalam sel untuk dijadikan sebagai sumber tenaga.
- Lebihan glukose akan di simpan dalam hati dalam bentuk lemak sebagai simpanan dan akan digunakan dalam bentuk tenaga apabila diperlukan.
- Karbohidrat juga penting bagi memastikan bahawa jisim otot kekal pada bentuk dan kuantiti yang ideal. Jika badan seseorang kurang sumber karbohidrat, otot akan akan dipecahkan dalam bentuk asid amino dan glukose untuk digunakan sebagai sumber tenaga.
- Karbohidrat juga penting dalam sistem reproduksi, ketahanan immuniti badan dan fungsi yang menghentikan pendarahan iaitu (blood clotting).