Penjelasan bahaya kesan sampingan pil duromine (Duromine Pills) kepada badan.
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pekerja yang berkerja di talian servis pelanggan. Saya berumur 28 tahun sahaja dan masih belum berkahwin. Walaupun baru berusia 28 tahun, saya mempunyai berat badan melebihi 100 kg. Saya mencecah berat badan seperti ini kemungkinan kerana kehidupan dan pekerjaan saya yang kurang aktif. Saya juga sedar bahawa pemakanan saya tidak sihat.
Apabila masalah ini berlarutan, berat badan saya pun makin bertambah. Baru- baru ini, kawan saya memberitahu saya terdapat cara yang mudah untuk mengurangkan berat badan iaitu dengan mengambil sebuah pil. Pil yang dicadangkan tersebut bernama pil duromine dan ianya sangat cepat dapat menurunkan berat badan.
Sekarang sudah sampai 2 minggu saya menggunakan pil ini namun berat badan saya tidak berkurang langsung dan saya mula mempunyai masalah seperti jantung saya berasa berdebar-debar lebih kerap. Ini sangatlah membimbangkan saya dan saya rasa seperti pil duromine ini yang menyebabkannya. Bolehkah doktor memberitahu saya apa kesan sampingan pil ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pekerja yang berkerja di talian servis pelanggan. Saya berumur 28 tahun sahaja d... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Terima kasih encik atas soalan tesebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan kepada saya ini, saya mendapati encik mempunyai kesan sampingan akibat pengambilan pil ini. Pil ni sememangnya dapat menguruskan badan serta membantu kelihatan langsing tetapi encik harus memahami semua ubat mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Saya nasihatkan encik berhenti mengambil pil tersebut dan pergi berjumpa doktor terlebih dahulu supaya mereka dapat memastikan pil tersebut selamat untuk encik. Selain itu juga, mereka akan menasihati cara mengambil pil tersebut kerana ianya tidak boleh diambil sembarangan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
Terima kasih encik atas soalan tesebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan kepada saya ini, saya mendapati encik mempu... See More
Apakah Pil Phentermine?
Pil ini yang sedang laris di pasaran merupakan sebuah pil diet yang sepatutnya boleh digunakan atas arahan doktor sahaja.
Pil ini bertindak mengurangkan nafsu makan serta membantu menguruskan badan.
Namun demikian, pil ini hanya diberikan kepada mereka yang sememangnya memerlukan pil ini sahaja.
Pada zaman sekarang, ianya sudah menjadi norma masyarakat untuk menjadikan kelihatan kurus atau langsing sebagai identiti kecantikan.
Kecantikan haruslah seiring dengan pengamalan gaya hidup sihat dan bukannya menerusi pil diet semata-mata.
Golongan yang boleh atau dinasihat mengambil pil ini ialah golongan yang mempunyai BMI badan melebihi 30 kg/m₂.
Ianya juga sesuai kepada orang yang berat badannya naik secara mendadak dan enggan turun walaupun telah cuba kaedah semula jadi.
Apakah Kesan Sampingan Pil Penthermine Ini?
Gangguan tidur serta akan rasa berjaga atau ‘alert’ sepanjang masa. Hal ini kerana pil ini mengandungi sejenis bahan kimia yang bernama ‘phentermine’. Bahan ini akan merangsang bahagian otak dan menghasilkan tindak balas antaranya menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tidur nyenyak.
Kesan negatif terhadap jantung.. Impak pil ini kepada jantung kita ialah jantung akan berdegup dengan lebih cepat daripada normal. Ini jika berlarutan akan menaikkan tekanan darah kita ke arah kadar yang lebih tinggi. Berikutan masalah ini, seseorang mungkin juga akan mengalami masalah sakit dada kerana jantung sedang bekerja dengan aktif.
Perasaan risau atau resah
Sembelit. Hal ini kerana pil ini akan mengurangkan keinginan makan justeru mengurangkan kandungan serat dalam badan. Jika ini berlarutan maka individu yang terlibat akan mempunyai masalah pembuangan air besar kerana kandungan serat dalam badan kurang.
Apakah Kebaikannya?
Dalam banyak-banyak keburukan pil ini terdapat juga kebaikannya. Namun demikian, kebaikannya hanyalah sedikit sahaja dan sesiapa yang kian mengambilnya haruslah menyedari dan menimbang kebaikan dan keburukan yang bakal dihadapi.
Membantu menguruskan badan. Golongan yang sememangnya telah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan berat badan namun hasilnya tidak kelihatan bolehlah mengambil pil ini atas arahan doktor berserta senaman dan pemakanan yang sihat untuk membantu menurunkan badan.
Pengurangan nafsu makan. Hal ini kerana pil ini dapat membantu seseorang mengawal selera makan supaya dapat mengelakkan daripada mengambil kuantiti makanan berlebihan terutamanya yang berkalori tinggi. Ini jika diamalkan selalu dapat membantu individu tersebut membuat pemilihan makanan yang bersesuaian supaya tidak cenderong ke arah pemakanan yang tidak sihat.
Apakah Cara Pengambilannya?
Pil ini hanyalah boleh diambil atas arahan doktor kerana bimbang akan kesan sampingan yang bakal berlaku. Pil ini selalunya diambil 3 kali sehari. Pil ini harus diambil dalam 30 minit sebelum makan dengan air suam sahaja. Sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis maka dos yang diberikan selalunya lebih tinggi daripada yang normal. Pengambilan pil ini juga harus konsisten dan tidak boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya kerana ianya tidak akan dapat membantu proses pengurusan badan.
Selain itu, pengambilan pil sahaja tidak akan dapat membantu menguruskan badan. Ianya harus disertai dengan senaman ringan seperti berjalan sekurang-kurangnya 30 minit ataupun aktiviti seperti berenang dan berbasikal. Tambahan pula, kita juga haruslah jaga pemakanan kita supaya tidak teruskan makan makanan berkalori tinggi dan lebihkan makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran serta buah-buahan. Hal ini kerana pil semata-mata sahaja tidak akan dapat membantu kita menguruskan badan. Ianya perlu disertakan dengan senaman dan makanan berkhasiat yang mencukupi.
Siapakah Golongan Yang Tidak Boleh Ambil Pil Ini?
Walaupun pil ini banyak membantu mengurangkan berat badan kebanyakan orang, namun ada juga segelintir golongan yang dinasihatkan menghindari pil ini. Hal ini kerana mereka sudah pun mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Sekiranya mengambil juga pil ini, maka ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang tidak diingini dan jika berlarutan boleh mengundang maut. Antara golongan yang tidak boleh ambil pil ini ialah:
Mereka yang mempunyai tekanan darah yang tinggi
Mereka yang mempunyai masalah jantung seperti masalah injap jantung
Masalah saluran darah tersumbat
Gejala hyperthyroidism
Masalah glaukoma mata
Mengandung
Masalah psikiatrik termasuklah anoreksia serta kemurungan
Secara rumusan, anda perlulah merujuk doktor bagi mendapat tentang kesesuaian pil ini bagi anda. Anda boleh bercakap dengan doktor di www.doctoroncall.com.my
References
1. Duromine, PORTAL MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia