Kopi Hijau: Benarkah Manfaat Untuk Mengurangkan Berat Badan Dan Lemak?

Kopi Hijau, Apakah Manfaat Dan Kelebihan? - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor, saya seorang wanita yang berumur 34 tahun dan saya baru sahaja bersalin 3 bulan yang lalu. Selepas bersalin, saya mendapati berat badan saya telah meningkat dan saya malu dengan penampilan saya. Selain itu, saya juga risau tentang kesihatan saya terutamanya tekanan darah tinggi atas sebab rekod banyak ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini. Namun begitu, saya tidak mempunyai masa untuk membuat senaman atau menjaga diet kerana sibuk dengan anak dan kerja saya. Semasa saya berasa buntu, kawan saya memperkenalkan supplemen yang bernama kopi hijau untuk mengatasi kerisauan saya. Saya ingin tahu adakah supplemen ini selamat dan apakah manfaat kopi itu? Terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor, saya seorang wanita yang berumur 34 tahun dan saya baru sahaja bersalin 3 bulan yang lalu. ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Menuruti penjelasan anda, kerisauan anda adalah benar kerana penyakit tekanan darah tinggi boleh diwarisi daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa yang mempunyai penyakit ini. Selain itu, tahap kolesterol dalam badan juga adalah salah satu faktor kerana kolesterol ini mampu menyumbat saluran darah dan menambahkan beban jantung anda. Semasa jantung anda mengepam dengan lebih kuat, ianya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan organ yang penting dalam badan. Mengenai tambahan berat badan pula, ini adalah normal bagi seorang ibu yang sibuk menjaga anak kerana ianya akan mengganggu rutin kehidupan anda. Kekurangan senaman atau tidur akan turut meningkatkan berat badan. Kopi hijau ini merupakan sejenis supplemen yang mengandungi bahan yang dikatakan boleh mengurangkan berat badan atau menurunkan tekanan darah, tetapi kajian saintifik tidak menunjukkan keputusan yang konklusif. Anda boleh mengambil kopi ini dengan sederhana, tetapi cara yang terbaik untuk mengatasi masalah anda masih melalui senaman atau diet yang seimbang.

Penyelidikan “green coffee” ini masih dilaksanakan untuk mendapat keputusan yang lebih signifikan dan konklusif. Kaedah yang paling berkesan untuk mengekalkan kesihatan badan kita adalah membuat senaman dan mengambil diet yang lebih seimbang. Kopi hijau ini merupakan supplemen yang boleh membantu serentak dengan pengamalan kaedah ini untuk menjaga kesihatan badan kita. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video.

Terima kasih atas soalan anda. Menuruti penjelasan anda, kerisauan anda adalah benar kerana penyakit tekanan darah ti... See More

Apakah itu Kopi Hijau?

Kopi hijau merupakan bijian kopi yang berwarna hijau kerana belum dipanggang. Seperti bijian kopi yang dipanggang, ianya mengandungi kaffeine dan asid klorogenik tetapi proses pemanggangan ini akan mengurangkan tahap kandungan asid klorogenik ini. Kenapa asid klorogenik ini penting? Ianya merupakan bahan yang dikatakan berupaya untuk memanfaatkan kesihatan kita. Ada juga pembuat kopi yang menggunakan teknologi terkini untuk mengekstrak komponen asid klorogenik ini dalam bentuk pil supplemen. Walaupun kajian saintifik tidak menunjukkan manfaat kopi hijau dengan secara konklusif, para pengguna telah memberi banyak testimoni yang positif.

Manfaat Kopi Hijau

  • Menurunkan Berat Badan

    Penggunaan kopi hijau untuk kurus adalah tarikan utama bagi para pelanggan. Terdapatnya kajian saintifik telah menunjukkan penurunan berat badan selepas menggunakan kopi ini, tetapi saiz sampul adalah kecil dan tidak dapat memberikan bukti yang kukuh. Asid klorogenik berpotensi untuk mengurangkan tahap kolesterol dan lemak badan kita secara minimum dengan mengelakkan penyerapan dan meningkatkan metabolisme di hati. Oleh itu, pengguna haruslah bijak dan tidak bergantung semata-mata atas “green coffee” ini, senaman dan diet turut merupakan unsur yang penting dalam pengawalan berat badan.

  • Menurunkan tekanan darah

    Melalui pemerhatian kesan asid klorogenik dalam kajian sains, ianya boleh menguatkan efek Nitric Oxide dalam saluran darah. Nitric oxide ini adalah komponen yang boleh mengembangkan saluran darah dan seterusnya mengurangkan tekanan darah. Kopi ini berpotensi untuk membantu pesakit yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, malah juga boleh membantu untuk mencegah individu yang berisiko untuk menghidapi penyakit ini.

  • Antioksidan

    Asid klorogenik dalam kopi hijau ini turut berupaya untuk memerangkap radikel-radikel bebas yang bertaburan dalam badan kita. Radikel ini mampu merosakkan sel-sel, protin atau DNA yang boleh menyebabkan banyak penyakit termasuk kanser. Secara keseluruhan, “green coffee” boleh menambah baik kesihatan dan mungkin dapat mencegah penyakit-penyakit jika kita mengambil dalam kuantiti yang sederhana.

  • Meningkatkan Mood Dan Kognisi

    Kaffeine yang terjumpai dalam bijian kopi ini telah disahkan untuk meningkatkan dinamik kita dalam kehidupan seharian. Dengan mood yang ceria, proses pemikiran kita akan menjadi lebih cerdas dan kesan ini dapat ditunjukan dalam prestasi kerja kita. Ini amat disyorkan kepada individu yang sering berasa penat dan tidak dapat fokus dalam tugasan mereka. Namun begitu, mereka tidak digalakkan untuk mengambil kaffeine dengan berlebihan kerana ianya mungkin mendatangkan kesan sampingan.

Kesan Sampingan Kopi Hijau

Kopi hijau mengandungi kaffeine yang semirip dengan kopi panggang yang biasa. Bagi individu yang mengambil terlalu banyak kopi, mereka akan mengalami gejala seperti:

  • Sakit kepala
  • Keresahan
  • Debaran jantung yang tidak beratur
  • Telingan berdenging
  • Mual
  • Sakit perut

Keburukan kopi hijau akan lebih menonjol dalam individu yang mempunyai kondisi seperti:

  • Penyakit keresahan 
  • Penyakit kencing manis
  • Cirit-birit
  • Glaukoma
  • Irritable bowel syndrome
  • Osteoporosis
  • Penyakit kekurangan darah
  • Alahan
  • Insomnia

Oleh itu, individu yang mempunyai kondisi haruslah berwaspada semasa mengambil kopi. Mereka perlu mengehadkan dos kaffeine serendah mungkin untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan sementara mendapat manfaat kesihatan daripada “green coffee” ini.

Cara Minum Kopi Hijau

Kopi ini boleh didapati di mana-mana tempat. Kopi hijau di farmasi atau kopi hijau di supermarket adalah sama dengan kandungannya. Terdapatlah beberapa cara minum green coffee yang boleh kita menyerap nutrisinya, iaitu:

  • Melalui serbuk kopi

Ekstrak kopi ini boleh datang dalam bentuk sachet yang boleh dibancuh dengan segera. Kadang kala, mereka akan menambahkan gula atau krimer dalam paket segera ini supaya pelanggan boleh menikmati rasa kopi yang sedap sambil memperolehi manfaat “green coffee” ini. 

  • Melalui bentuk pil

Sesetengah produk akan menghasilkan estrak kopi dalam bentuk pil dengan dos yang berlainan. Dengan kaedah ini, pengguna dapat mengawal dos yang mereka ambil supaya tidak mendapati kesan sampingan negatif. Selain itu, pil ini juga sesuai untuk individu yang tidak suka berminum kopi. Satu kelemahan adalah pengguna mudah lupa untuk mengambil pil ini berbanding dengan minum kopi setiap hari.

  • Melalui bijian kopi hijau

Bagi individu yang suka membuat kopi sendiri, mereka boleh mengisar bijian kopi sendiri dan membancuh dengan air. Namun, kaedah ini menyebabkan asid klorogenik ini tidak tertumpu seperti ekstrak kopi dan ianya tidak sedap berbanding dengan ekstrak kopi segera.

Bagi individu yang suka membuat kopi sendiri, mereka boleh mengisar bijian kopi sendiri dan membancuh dengan air. Namun, kaedah ini menyebabkan asid klorogenik ini tidak tertumpu seperti ekstrak kopi dan ianya tidak sedap berbanding dengan ekstrak kopi segera. 

References