- Kuku yang sihat kelihatan licin dan mempunyai warna kuku yang konsisten. Apabila usia meningkat, lekuk-lekuk yang selari mula kelihatan di jari, atau kuku anda mungkin akan menjadi lebih rapuh. Ini tidak berbahaya. Tompok atau bintik yang disebabkan oleh kecederaan akan tumbuh bersama-sama dengan kuku.
- Abnormaliti pada kuku boleh kelihatan seperti bintik, perubahan warna, dan kuku terpisah. Ini boleh terjadi disebabkan oleh kecederaan pada jari dan tangan, ketuat virus, jangkitan, dan kesan ubat-ubatan, seperti yang digunakan untuk kemoterapi.Sesetengah masalah kesihatan juga boleh memberi kesan kepada kuku anda. Walau bagaimanapun, perubahan ini sukar difahami. Tanda pada kuku sahaja tidak cukup untuk menyimpulkan diagnosis bagi penyakit tertentu. Seorang doktor akan menggunakan maklumat ini, bersama-sama dengan gejala lain dan ujian fizikal, untuk membuat diagnosis.
Mungkinkah jenis penyakit kuku (Nail Disease) saya ini menandakan penyakit lain?
Anonymous
Salam, doktor. Saya berumur 23 tahun, merupakan pekerja hotel dan belum berkahwin. Dalam 5 hari yang lepas, salah satu daripada jari kaki saya di sebelah kanan telah tercucuk duri pokok yang terkena di bahagian bawah kuku dan saya berjaya mengeluarkan duri tersebut. Tetapi selang beberapa hari kemudian, kawasan di bawah kuku tersebut mula mejadi kemerah-merahan dan bengkak. Selain itu, ia juga terasa sakit yang tajam setiap kali saya berjalan tetapi saya tidak mengalami sebarang demam. Kadang-kadang ia akan menyebabkan rasa sakit ketika memakai kasut dan menyebabkan saya sukar untuk berjalan dengan baik.
Baru-baru ini, saya melihat seperti ada nanah di bekas bahagian kuku yang terkena duri tersebut dan kuku saya seperti melekat dengan isinya, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak pergi ke klinik atau hospital dan membuang nanah itu sendiri di rumah dengan pertolongan kakak saya. Tetapi, bengkak dan kemerah-merahan tersebut tidak bertambah baik malah semakin teruk walaupon saya cuba untuk menyapu minyak gamat.
Pada pendapat doktor, apakah penyebab kepada gejala yang saya hadapi ini dan adakah ia berkaitan dengan jenis penyakit kuku dan perlukah saya mendapatkan rawatan di hospital?
Anonymous
Salam, doktor. Saya berumur 23 tahun, merupakan pekerja hotel dan belum berkahwin. Dalam 5 hari yang lepas, salah s... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMATerima kasih atas soalan anda. Penyakit kuku (Nail Disease) terdiri daripada pelbagai jenis. Berdasarkan butiran yang anda berikan, penyebab kepada gejala yang anda hadapi berkemungkinan adalah disebabkan oleh jangkitan pada isi kuku yang tertusuk duri. Duri tersebut biasanya membawa pelbagai bakteria atau kulat. Walaupun telah dikeluarkan, kuman tersebut pasti telah masuk ke dalam daging anda dan menyebabkan jangkitan. Tambahan pula anda mungkin telah mengeluarkan nanah dengan peralatan yang tidak bersih atau “steril” dan ini menyebabkan jangkitan tersebut lebih teruk. Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk rawatan lanjut.
Terima kasih atas soalan anda.<strong> Penyakit kuku (Nail Disease)</strong> terdiri daripada pelbagai jenis. Berda... See More
Apakah Itu Penyakit Kuku?
Apakah Jenis-Jenis Penyakit Kuku?
Perubahan pada kuku boleh disebabkan oleh pelbagai jenis keadaan yang berbeza, termasuklah seperti yang berikut:
Garisan Beau (Beau’s line)
Garisan yang melintasi kuku anda dipanggil garis Beau. Ini boleh menjadi tanda kekurangan zat makanan. Keadaan lain yang menyebabkan garis Beau adalah:
- Demam campak
- Beguk
- Scarlet fever
- Peripheral vascular disease
- Jangkitan paru-paru
- Diabetes tidak terkawal
- Kekurangan zat besi
‘Clubbing’
Clubbing terjadi apabila kuku menebal dan melengkung di sekitar hujung jari anda, satu proses yang berlaku dalam jangka masa yang lama. Ini boleh dikaitkan dengan:
- AIDS
- Penyakit jantung
- Penyakit radang usus
- Penyakit hati
- Penyakit paru-paru
‘Koilonychia’
Koilonychia berlaku apabila kuku anda mempunyai lekuk yang dalam dan ia ternaik keluar, seperti sudu. Kadang-kadang kuku itu cukup melengkung untuk diletakkan setitis cecair. ‘Spooning’ boleh menjadi tanda yang anda mengalami:
- Anemia yang berkaitan dengan kekurangan zat besi
- Penyakit jantung
- ’Hemochromatosis’ (lebih kandungan zat besi di dalam badan)
- ’Lupus erythematosus’ (gangguan autoimun yang menyebabkan keradangan)
- Hipotiroidisme (kekurangan hormon tiroid)
- Penyakit Raynaud
‘Leukonychia’
Tompok putih atau garis putih yang tidak sekata pada kuku disebut leukonychia. Ia biasanya disebabkan oleh trauma ringan dan tidak berbahaya kepada individu yang sihat. Kadang-kadang leukonychia dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Faktor lain termasuklah penyakit berjangkit, penyakit metabolik, atau penyakit sistemik serta ubat tertentu.
Garisan Mees’
Garisan Mees’adalah garisan putih melintang. Ini boleh menjadi tanda keracunan arsenik. Sekiranya anda mempunyai tanda ini, doktor akan mengambil sampel rambut atau tisu untuk memeriksa paras arsenik di dalam badan anda.
‘Onycholysis’
pabila plat kuku terpisah, ia akan menyebabkan perubahan warna putih pada kuku. Ini dipanggil onycholysis. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan, trauma, atau produk yang digunakan pada kuku. Sebab-sebab lain yang menyebabkan onycholysis termasuklah psoriasis dan penyakit tiroid.
‘Pitting’
Pitting merujuk kepada lekukan kecil, atau lubang kecil di kuku. Ia biasa terjadi pada orang yang mempunyai psoriasis. Alahan kepada produk yang mengandungi bahan kimia tertentu juga boleh menyebabkan keadaan kuku seperti ini. Sesetengah penyakit sistemik juga boleh menyebabkan “pitting” pada kuku.
Kuku Terry (Terry’s nail)
Apabila hujung setiap kuku mempunyai garisan gelap, ia dipanggil kuku Terry. Ini sering disebabkan oleh penuaan, tetapi ia boleh disebabkan oleh kegagalan jantung, diabetes, atau penyakit hati.
Sindrom kuku kuning
Sindrom kuku kuning adalah apabila kuku menjadi lebih tebal dan tumbuh lebih perlahan daripada biasa. Kadang kala kuku tidak mempunyai "cuticules"dan akan tertarik jauh dari tempat asal kuku. Ini boleh terjadi akibat:
- Kanser
- ’Lymphedema’
- “Pleural effusion” (pengmpulan cecair antara lapisan pleura dan paru-paru)
- Penyakit pernafasan seperti bronkitis kronik atau sinusitis
- Reumatoid Arthritis
Apakah Rawatan Penyakit Kuku?
Mempunyai mana-mana tanda atau penyakit kuku ini tidak semestinya bermakna anda mempunyai penyakit yang serius. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menentukan sama ada penyakit kuku anda serius ataupun tidak. Dalam kebanyakan kes, penjagaan kuku dengan baik sudah cukup untuk memperbaiki penampilan kuku anda.
Anda boleh mencegah banyak penyakit kuku dengan menjaga kuku anda dengan teliti. Ikuti garis panduan umum ini untuk memastikan kuku anda sihat:
- Jangan menggigit atau mengopek kuku anda.
- Sentiasa gunakan pengepit kuku untuk memotong kuku.
- Pastikan kuku anda kering dan bersih, dan trim kuku selepas anda mandi, apabila kuku masih lembut.
- Gunakan gunting "manicure" yang tajam, potong kuku anda lurus, dan bulatkan hujung kuku dengan lembut.
- Sekiranya anda mempunyai masalah dengan kuku rapuh atau lemah, pastikan ia pendek untuk mengelakkan kerosakan atau kuku pecah. Gunakan losyen pada kuku dan "cuticules" untuk memastikan kuku dan tapak kuku sentiasa lembap
Jika anda pergi mendapatkan rawatan kuku, dapatkan rawatan daripada "pedicure" yang profesional, pastikan salon kuku itu mempunyai sijil yang disahkan untuk merawat kuku dan juruteknik kuku menggunakan teknik pensterilan yang betul.
Berjumpalah dengan doktor jika anda menyedari bahawa terdapat masalah dengan kuku yang membuatkan anda tidak selesa.
Bila Anda Harus Jumpa Doktor?
Beberapa perubahan pada kuku boleh menandakan masalah kesihatan yang serius. Jumpa doktor jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Perubahan warna kuku (garis-garis gelap, garis-garis putih)
- Perubahan dalam bentuk kuku (keriting atau ‘clubbing’)
- perubahan ketebalan kuku (penebalan atau penipisan)
- Kuku yang menjadi rapuh
- Kuku ada lekuk-lekuk kecil
- Pendarahan di sekitar kuku atau di bawah kuku
- Sakit di sekitar kuku
- Kuku yang terpisah dari kulit
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.
References