Dapatkan Kebaikan Untuk Kulit Dengan Menggunakan Sleeping Mask Waktu Malam

Keguanaan & Kebaikan Mengguna Sleeping Mask Pada Waktu Malam- DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita di awal 20-an. Baru-baru ini saya mengalami masalah kulit dan menyebabkan saya banyak menghabiskan masa dan wang untuk penjagaan kulit saya. Oleh kerana terlalu banyak langkah yang melibatkan pelbagai produk lebih-lebih lagi dari Korea, saya jadi keliru. Soalan pertama saya, apakah perbezaan sleeping mask dan krim malam? Jenama sleeping mask mana yang paling bagus? Yang kedua, boleh saya meminta nasihat atau cadangan mengenai langkah penjagaan kulit dari doktor? Terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita di awal 20-an. Baru-baru ini saya mengalami masalah kulit dan menyebabkan sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Soalan anda sangat menarik kerana masalah yang diajukan adalah mengenai kecantikan berbanding masalah kesihatan yang saya lebih pakar mengenainya. Tidak mengapa. Saya akan cuba menjawab dan berkongsi pengetahuan yang saya dapati hasil dari pembacaan saya. Soalan pertama anda mengenai sleeping mask dan krim malam. Kedua produk ini secara amnya mengandungi bahan yang sama dan dipakai pada langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit. Berbanding krim malam, sleeping mask tidak disarankan untuk dipakai setiap malam. Anda boleh mengguna keduanya secara berganti atau hanya menggunakan salah satu. Untuk maklumat lanjut serta menjawab persoalan kedua anda, sila baca penulisan artikel di bawah.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Soalan anda sangat menarik kerana masalah yang diajukan adalah mengenai kecantik... See More

Apa Itu Sleeping Mask?

Harus diakui, negara Asia terutama sekali Korea Selatan sangat hebat dalam perihal kecantikan dan penjagaan kulit. Sebagai bukti, sleeping mask merupakan salah satu langkah penjagaan kulit yang mula diperkenalkan oleh Korea Selatan. Berbalik dengan soalan di atas, apakah sleeping mask? Dari nama, kita boleh ketahui ianya merupakan masker yang disapu dan dibawa tidur.

Berbeza dengan jenis masker clay, sheet, dan peel off masker, jenis ini tidak perlu ditanggalkan atau dicuci. Ianya dicipta bertujuan untuk berada di atas kulit sepanjang malam. 

Apakah Cadangan Langkah Penjagaan Kulit Di Malam Hari?

Untuk pengetahuan anda, langkah penjagaan kulit yang wajib anda lakukan dan jangan ditinggalkan adalah tiga; mencuci muka, pelembap muka serta SPF (sunscreen) di pagi hari sebelum keluar rumah. Oleh itu, langkah penjagaan kulit yang lain adalah sebagai tambahan mengikut kesesuaian anda. Di bawah merupakan langkah yang anda boleh amalkan setiap malam

1. Mencuci muka

    • Menggunakan minyak (cleansing oil) yang bertujuan untuk mencuci kotoran berasaskan minyak seperti alat solek, sebum, dan jelaga.
    • Menggunakan sabun pencuci muka untuk membersihkan kulit anda dengan teliti bagi menghilangkan kotoran berasaskan air seperti peluh.

2. Toner- selepas mencuci muka, pH kulit berubah. Oleh itu toner bertujuan untuk menyeimbangkan kembali pH kulit selain dari melembutkan, melembapkan, dan menyiapkan kulit untuk menyerap langkah penjagaan kulit yang seterusnya dengan lebih baik.

3. Essence- produk ini juga diperkenalkan oleh Korea. Ianya berfungsi sebagai lapisan hidrasi tambahan selain dari memberikan rawatan spesifik untuk kulit

4. Serum- fungsi serum mungkin berlewah dengan essence. Akan tetapi, produk ini mempunyai kandungan bahan aktif yang lebih banyak bagi memberi rawatan spesifik pilihan anda. Antaranya adalah rawatan pencerahan, anti-kedut, anti-jerawat dan lembapan. Bagi anda yang mempunyai banyak masalah yang ingin anda atasi, jangan risau. Anda boleh melapis serum yang berbeza. Akan tetapi, disarankan untuk hanya menggunakan dua jenis serum pada satu masa.

5. Krim mata- oleh kerana kulit di sekitar mata adalah lebih sensitif maka, terdapat krim yang berbeza untuk kawasan ini. 

6. Pelembap kulit- bertujuan untuk memerangkap dan menahan lembapan dalam kulit

Langkah tambahan yang disarankan untuk dilakukan 1-2 kali seminggu bergantung dengan keperluan.

1. Exfoliater- Langkah ini dilakukan selepas mencuci muka bertujuan untuk membuang sel mati bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan sel baru

2. Masker- peraturan untuk menggunakan masker adalah, mana-mana masker yang harus dicuci seperti masker clay, peel-off masker diguna sebelum toner manakala sheet mask selepas toner.

3. Sleeping mask (masker tidur)

Harus diingatkan, nama produk yang diterangkan di atas berorientasikan Korea Selatan. Hal ini kerana produk dari negara lain mungkin mempunyai nama yang berbeza bagi produk yang sama. Sebagai contoh, lotion bagi produk Jepun bersamaan dengan toner. Manakala lotion bagi produk Korea adalah bersamaan dengan pelembap muka yang lebih cair atau ringan.

Tips Menggunakan Sleeping Mask

Berikut merupakan antara cara pakai sleeping mask agar anda memperoleh kebaikan yang maksimum dari produk tersebut.

  1. Gunakan sleeping mask pada langkah terakhir penjagaan kulit anda pada malam hari.
  2. Kekerapan penggunaan bergantung dengan produk. Sila periksa cara penggunaan pada produk anda.
  3. Gunakan sleeping mask berdasarkan masalah kulit yang ingin anda atasi
  4. Sapu lapisan yang nipis agar mudah menyerap dalam kulit. Pastikan juga produk telah menyerap dengan baik sebelum anda terlelap untuk mengelak produk melekat di bantal.
  5. Disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam dan tidur paling lambat pada pukul 10 malam. Hal ini kerana proses regenerasi kulit berlaku secara maksimum pada jam 10 malam sampai jam 2 pagi.
  6. Cuci muka di pagi hari untuk membersihkan lebihan produk agar tidak menyumbatkan pori-pori anda.

Apakah Manfaat Sleeping Mask?

Sleeping mask ini berfungsi sebagai pengunci dan penghadang. Ianya mengunci bahan-bahan aktif dari produk penjagaan kulit yang disapu agar bertahan lebih lama di kulit untuk memberi masa ia menyerap lebih baik ke dalam kulit. Ia juga membentuk satu lapisan pelindung dari kotoran atau debu dari menyumbat pori ketika anda tidur. 

Kajian menunjukkan bahawa sel-sel kulit mereplikasi dan membiak pada waktu malam. Maka, dengan menggunakan masker tidur, ianya seperti memberi bantuan tambahan kepada kulit untuk proses pembaharuan.

Bukan itu sahaja, lapisan dari masker tidur ini mengunci kelembapan dengan berasa di atas kulit untuk jangka masa yang lama. Mengekalkan kelembapan kulit merupakan kunci utama untuk kulit yang sihat, cerah dan mengelak dari penuan dengan cepat.

Bagaimanca Cara Untuk Memilih Sleeping Mask?

Terdapat banyak pilihan sleeping mask di luar sana. Mungkin anda ingin tahu kebaikan sleeping mask laneige atau manfaat sleeping mask emina atau juga kebaikan sleeping mask la'soul. Namun, sukar untuk saya cadangkan sleeping mask terbaik. Tidak kira jenama apa yang penting anda ketahui dahulu masalah kulit yang ingin anda atasi. Secara dasarnya, anda harus melihat pada kandungan bahan dalam produk tersebut untuk kesesuaian masalah kulit. Berikut merupakan cadangan bahan yang sesuai untuk masalah tertentu:

  • Kulit kering: Hyaluronic acid,Sodium hyaluronic, Glycolic acid, Lactic acid, Aloe vera dan Glycerin
  • Kulit berminyak atau berjerawat: Green tea, Tea tree oil, Salicylic Acid, Glycolic Acid, Hyaluronic Acid
  • Kulit Kusam atau tona kulit tidak sekata: Vitamin C, Vitamin E, Hydroquinone, Kojic acid, Azelaic Acid, Arbutin, Niacinamide
  • Melambatkan proses penuaan: Collagen, Glycolic Acid, Lactic Acid, Hyaluronic Acid, Jojoba Oil, Niacinamide, Retinol, Vitamin C

References