Sejak berkurun lama, perbuatan mencuci tangan merupakan kaedah yang diterima pakai tidak kiralah daripada beberapa tamadun purba kala sehingga ke zaman millenial kini. Namun begitu, cuci tangan maksud dan pengertiannya masih gagal difahami oleh sesetengah individu.
Dalam dunia perubatan, aktiviti mencuci tangan merupakan pendekatan yang efisien serta murah dalam mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini. Secara tuntasnya, mencuci tangan dapat mengelakkan penyebaran kuman ataupun virus. Sebagai contoh penyakit bawaan daripada najis seperti kolera dan masalah pernafasan seperti virus influenza.
Kajian yang dilakukan keatas negara membangun, punca yang mendorong kepada kematian disebabkan oleh jangkitan pernafasan serta Kolera dapat dicegah dengan hanya mencuci tangan. Berdasarkan laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), norma mencuci tangan lebih berkesan daripada vaksin serta rawatan hospital dalam mencegah serta merawat sakit yang berkaitan dengan kekotoran. Selain efisien, kaedah seperti ini mudah dan murah untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.