Anonymous
Doktor, saya ingin bertanya tentang simptom kurang darah. Saya seorang perempuan berumur 31 tahun. Kerisauan saya mengenai masalah kesihatan saya adalah disebabkan oleh sejak belakangan ini saya sedar bahawa haid saya semakin banyak walaupun haid saya masih teratur dan tiada sebarang kesakitan. Saya risau darah haid yang semakin banyak akan mengurangkan tahap darah saya sehingga menyebabkan komplikasi kesihatan pada masa akan datang. Buat masa sekarang, tiada simptom tambahan lain.
Saya tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang lain kecuali penyakit asma. Namun begitu, saya tidak mengalami semput sejak berumur dewasa. Kadang- kala saya berasa penat dan lelah tetapi saya rasa keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh kerja saya yang agak sibuk dan memenatkan. Saya juga pernah pitam bulan lepas tetapi saya berpendapat keadaan tersebut berpunca daripada kepenatan dan tidak makan setelah seharian. Pekerjaan saya di gudang agak berat dari aspek fizikal. Bolehkah doktor memberi saya pendapat jika saya mungkin mengalami masalah kurang darah? Apakah tanda-tanda pesakit kurang darah? Perlukah saya berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah?
Anonymous
Doktor, saya ingin bertanya tentang simptom kurang darah. Saya seorang perempuan berumur 31 tahun. Kerisauan saya m... See More
Terima kasih atas soalan anda. Bagi menjawab soalan anda, masalah kurang darah merupakan komplikasi haid yang berlebihan. Jika seseorang tidak mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang, ia juga boleh membawa kepada kurang darah yang berpunca daripada kekurangan nutrien yang penting seperti zat besi, vitamin B12 atau asid folik.
Selain daripada rasa penat yang keterlaluan atau tidak makan seharian boleh menyebabkan seseorang pitam, masalah kurang darah juga mungkin boleh membawa kepada risiko mudah pitam. Hal ini demikian kerana komplikasi kekurangan oksigen dalam badan. Saya menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut dan ujian darah.
Masalah kurang darah merujuk kepada tahap pigmen hemoglobin dalam rendah yang rendah. Hemoglobin adalah pigmen dalam komponen sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dari udara agar ia boleh dibawah oleh sistem pengangkutan badan dari jantung kepada organ dalaman. Istilah bagi keadaan kesihatan yang dihuraikan di atas adalah anemia.
Terima kasih atas soalan anda. Bagi menjawab soalan anda, masalah kurang darah merupakan komplikasi haid yang berle... See More