Mungkinkah rasa mata sakit ini disebabkan oleh penyakit konjunktivitis (Conjunctivitis)?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang penjual kosmetik dan masih belum berkahwin. Saya selalu memakai kanta sentuh kerana saya rasa apabila memakai cermin mata saya nampak kurang cantik. Selain itu, saya juga memakai mekap tiap-tiap hari apabila ke kerja kerana harus kelihatan cantik. Ini merupakan protokol tempat kerja saya.
Baru-baru ini saya mendapati mata saya kelihatan merah menyala. Ia juga berasa sangat pedih dan secara tiba-tiba air mata saya akan berlinangan tanpa disedari. Disebabkan kejadian ini, saya terpaksa mengambil cuti dan berehat di rumah. Bolehkah doktor memberitahu saya mengapa kejadian sebegini berlaku kepada saya? Kawan saya kata ia mungkin konjunktivitis. Saya berharap doktor sudi menjawab soalan saya ini.
Apakah Itu Konjunktivitis?
Apakah Jenis Konjunktivitis Yang Boleh Didapati?
- Konjunktivitis alahan
- Konjunktivitis bakteria
- Konjunktivitis virus
- ‘Opthalmia neonatarum’
- Konjunktivitis “Giant Papillary”
Apakah Itu ‘Opthalmia Neonatarum’?
Apakah Itu Konjunktivitis "Giant Papillary"?
Apakah Penyebab Konjunktivitis?
- Virus. Ini merupakan penyebab yang paling umum. Hal ini kerana apabila seseorang itu dijangkiti selesema, ianya juga boleh merebak kepada bahagian mata dan menyebabkan penyakit konjunktivitis.
- Bakteria. Ini juga merupakan sebab umum tercetusnya masalah konjunktivitis ini. Jangkitan berlaku apabila tangan kita menyentuh bahan yang mengandungi bakteria dan menggunakan tangan yang sama untuk menggaru mata maka dengan mudahnya jangkitan ini akan dapat berlaku.
- ‘Irritants’. Ini merujuk kepada bahan-bahan yang terkena pada mata dan menyebabkan kepedihan pada mata. Antara bahan-bahan tersebut ialah seperti syampu, sabun, habuk, klorin dalam kolam berenang dan sebagainya. Sekiranya mata yang dijejaskan tidak dicuci dengan segera, keradangan mata akan berlaku.
- Reaksi terhadap penitik mata. Bukan semua penitik mata sesuai bagi semua penggunanya. Bahan penitik mata ini kadang kala boleh mencetuskan reaksi alahan yang lambat laun akan menyebabkan jangkitan dan berakhiran dengan konjunktivitis.
- Kanta sentuh. Ini harus digunakan dengan berhati-hati kerana jika kebersihannya tidak dijaga maka jangkitan konjunktivitis boleh berlaku ini. Selain itu, kanta sentuh perlu digunakan dengan cermat dan tidak melebihi tempoh had penggunaan yang dicadangkan.
- Alahan. Sesetengah orang akan mempunyai reaksi alahan terhadap habuk, asap dan sebagainya. Masalah alahan ini boleh manifes dengan gejala-gejala konjunktivitis.
- Penyakit kelamin. Penyakit seksual juga boleh membawa kepada penyakit konjunktivitis ini. Antara penyakit kelamin yang dimaksudkan ialah seperti ‘Chlamydia’, ‘Gonorrhoea’ dan sebagainya.
Apakah Gejala Konjunktivitis?
- Kepedihan pada mata
- Pengeluaran cecair pekat berwarna putih
- Mata gatal
- Air mata berlinangan
- Benjolan ‘lymph node’ bawah dagu atau belakang telinga
- Selesema
- Mata menjadi merah
- Penglihatan menjadi sedikit kabur
Apakah Rawatan Konjunktivitis?
- Virus. Sekiranya konjuktivitis berpunca daripada virus maka ianya tidak boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Ianya boleh dirawat dengan menggunakan penitik mata. Penitik mata yang tidak mengandungi bahan aktif boleh memastikan mata sentiasa lembap dan tidak kering dengan cepat. Simptom akan mereda dalam masa satu hingga dua minggu.
- Bakteria. Apabila konjuktivitis berpunca daripada jangkitan bakteria maka titik mata antibiotik akan diberikan. Ini akan dapat membantu membasmikan kuman dan sekali gus menyembuhkan masalah konjunktivitis ini.
- Alahan. Jika seseorang itu ada masalah alahan yang membawa kepada penyakit konjunktivitis maka pesakit tersebut harus mengelakkan diri terutamanya mata daripada terdedah kepada bahan alergen tersebut. Tambahan pula, doktor akan memberikan ubat ‘antihistamine’ yang akan membantu melawan reaksi alahan tersebut.
- Penyakit kelamin. Ini boleh dirawat dengan memberi antibiotik yang sesuai untuk penyakit tertentu. Selain itu, individu terbabit juga perlulah menjaga kesihatan dan menghindari diri daripada melakukan hubungan seks buat sementara waktu atau menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks.
References