Saya perlukan nasihat tentang penyebab dan cara mengatasi sakit mata (Sore Eyes) yang merah?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang pegawai bank. Saya berusia 33 tahun. Saya masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibu saya yang sudah tua. Tugas saya di bank banyak bergantung kepada komputer. Saya selalu kena menghadap komputer untuk menaip maklumat klien ke dalamnya.

Sejak baru-baru ini, saya mendapati mata saya berasa sangat gatal. Saya menggunakan ubat titis mata yang ada di rumah saya dan menitikkan beberapa titis ke dalam mata. Selapas beberapa minit sahaja, saya rasa sangat gatal pada bahagian mata saya. Apabila saya garu mata dengan berlebihan ianya telah mengakibatkan mata saya menjadi merah serta sekarang saya sakit mata. Sakit mata saya ciri-cirinya seperti ada benda tajam dalam mata yang sedang mencucuk-cucuk mata saya sehingga mengakibatkan sakit. Saya segera memeriksa ubat titisan mata yang digunakan dan mendapati ianya sudah mencecah tarikh luput. Saya berasa sangat bimbang kerana ianya melibatkan deria penglihatan saya dan saya tidak mahu apa-apa terjadi kepadanya. Saban hari, semakin teruk sakit mata saya sehingga saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada rutin seharian saya.

Bolehkah doktor menerangkan kepada saya sebab saya mendapat sakit mata ini? Apakah cara merawatnya? Saya berharap doktor sudi menjawab soalan saya ini.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pegawai bank. Saya berusia 33 tahun. Saya masih belum berkahwin dan tinggal bersam... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan situasi yang anda terangkan, anda mungkin mempunyai masalah sakit mata pedih (Sore Eyes). Mata pedih boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Namun dalam kes anda ini, saya berpendapat sakit mata anda berpunca daripada penggunaan mata untuk jangka masa yang panjang di hadapan komputer. Lebih-lebih lagi, anda telah mencuba untuk merawat dengan ubat titis mata yang sudah lepas tarikh luputnya. Kemungkinan besar ini telah menyebabkan anda mempunyai jangkitan kuman dalam mata. Keadaan jangkitan kuman dalam mata seperti ini dipanggil sebagai mata pedih atau konjuktivitis.

Untuk pengetahuan anda, ubat titis mata sekali dibuka dan digunakan mempunyai risiko untuk tercemar dengan bakteria biasa yang hidup di kelopak mata anda. Kebanyakan botol titis mata mengandungi bahan pengawet yang mengelakkan pertumbuhan bakteria tetapi bukan sepenuhnya. Semakin lama botol itu dibiarkan terbuka, lebih banyak bakteria akan bertumbuh. Peraturan praktikal yang baik adalah untuk membuang sebarang ubat titis mata selepas 3 bulan.

Anda haruslah segera berjumpa seorang doktor untuk merawat mata pedih untuk memastikan sesuatu yang serius tidak berlaku. Kemungkinan besar doktor akan memberikan ubat titis yang mengandungi antibiotik untuk membantu membasmikan kuman dalam mata. Anda juga haruslah menjaga kebersihan mata dan memastikan tiada sebarang habuk yang masuk ke dalam mata. Di samping itu, anda juga haruslah merehatkan mata dari semasa ke semasa dan tidak selalu menghadap komputer buat masa yang lama kerana akan mendatangkan masalah kesihatan yang tidak diingini sekali gus menjejaskan penglihatan mata anda.   

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan situasi yang anda terangkan, anda mungkin mempunyai masalah sakit mata ped... See More

Apakah penyebab sakit mata

Mata membantu kita melihat dan dengan penglihatan ini kita dapat menjalankan rutin seharian dengan lebih mudah. Namun demikian, terdapat juga masalah yang boleh datang kepada mata kita seperti sakit mata atau hilang penglihatan dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa penyebab yang boleh membawa kepada masalah sakit mata ini.

  • Conjunctivitis, yang dikenali sebagai mata merah atau mata pedih adalah jangkitan atau radang di lapisan luar bebola mata anda. Pembuluh darah yang menyelaputi lapisan luar bebola mata menjadi radang. Keadaan ini boleh berjangkit dengan mudah melalui sentuhan tangan. Antara penyebab berlakunya keadaan ini adalah jika anda terlalu lama berhadapan dengan skrin komputer dan menggosok mata berbanyak kali. Debunga, bahan kimia seperti cat atau klorin yang digunakan untuk pembersihan kolam renang boleh juga menyebabkan radang mata. Sentiasa mencuci tangan dengan air sabun untuk mengelakkan jangkitan ini daripada merebak.
  • Selain daripada itu, sakit mata juga boleh diakibatkan oleh glaukoma. Masalah ini boleh terjadi apabila berlakunya peningkatan pada tekanan dalam mata. Ini sekali gus akan menyebabkan ketidak selesaan dalam mata dan menyebabkan berlakunya sakit mata.
  • Di samping itu, sakit mata juga boleh datang kepada penggunaan kanta sentuh. Kanta sentuh amatlah sensitif dan harus digunakan dengan cara yang baik. Sekiranya berlaku sebarang jangkitan pada kornea akibat kanta sentuh tersebut maka ianya boleh menyebabkan sakit mata. Oleh itu, penggunaan kanta sentuh haruslah dengan teknik yang betul serta sentiasa mendapatkan pemeriksaan doktor jika ada sesuatu yang tidak kena apabila memakainya.
  • Sehubungan dengan itu, sakit mata juga boleh diundang berikutan sebarang trauma kepada bebola mata. Contohnya, jika bola terkena pada biji mata maka ia akan mengakibatkan pendarahan pada bahagian dalam mata justeru menyebabkan masalah sakit mata. Itulah sebabnya sesetengah orang menggunakan pakaian keselamatan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Jenis konjucktivitis/’conjunctivitis’

Konjunktivitis ini juga mempunyai beberapa jenis yang tersendiri seperti:

    1. Konjunktivitis bakteria: Ini merupakan jangkitan pada bahagian konjunktiva mata oleh bakteria yang justeru itu boleh menyebabkan berlakunya sakit mata. Berikutan itu, mata juga akan berasa gatal serta kelihatan merah sahaja.
    2. Konjunktivitis virus: Ini merupakan sejenis jangkitan virus pada bahagian konjunktiva mata. Masalah ini juga apabila berlarutan dapat mendatangkan masalah sakit mata.
    3. Konjunktivitis alergi: Ini merupakan sejenis masalah yang berpunca daripada alahan. Contohnya, individu tersebut mempunyai alahan terhadap habuk. Jadi, jika habuk memasuki mata ianya boleh mengakibatkan tindak balas negatif dalam mata justeru membawa kepada masalah sakit mata

    Apakah gejala sakit mata

    Sakit mata boleh datang kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, ianya lebih baik jika setiap orang peka terhadap gejala yang berikutan masalah sakit mata ini. Antara gejalanya ialah seperti:

      1. Kemerahan
      2. Air mata berlinangan
      3. Gatal
      4. Pedih
      5. Sakit
      6. Kabur penglihatan / langsung tidak dapat melihat
      7. Sakit kepala
      8. Demam
      9. Terasa seperti ada sesuatu dalam mata
      10. Mata menjadi kering dengan lebih cepat

      Apakah ubatan sakit mata

      Sakit mata haruslah dirawat dengan segera kerana jika dibiarkan begitu sahaja maka jangkitannya akan bertambah serta membawa kepada masalah yang lebih serius.

        • Antara ubat yang boleh digunakan ialah ubat titis mata. Ubat jenis ini akan dapat memastikan mata kita akan sentiasa basah dan tidak kering dengan cepat.
        • Selain itu juga, doktor akan memberikan ubat antibiotik. Ubat antibiotik sangatlah bagus untuk membasmikan jangkitan bakteria yang ada pada mata. Selain itu juga, ubat antibiotik haruslah diambil sampai habis untuk memastikan sakit mata dapat disembuhkan dengan baik. Ubat antibiotik yang diberikan akan berada dalam bentuk titisan untuk memudahkan kesannya terhadap mata kita.
        • Di samping itu, doktor mata juga akan mengambil tekanan pada bebola mata untuk mengetahui kadarnya. Sekiranya kadar yang didapati tinggi, maka langkah untuk mengurangkan tekanan pada bebola mata akan diambil supaya sakit mata dapat dihindari. Jika masalah ini dapat diselesaikan, maka mereka akan dapat menghindari sakit kepala mereka juga.

        Pengunaan kanta sentuh/'contact lenses'

          • Para pengguna kanta sentuh juga harus berhati-hati. Hal ini kerana jika tidak menjaga kebersihan dengan betul, maka kanta sentuh itu akan lebih mudah mendatangkan jangkitan kuman pada mata kita justeru menyebabkan kita mendapat sakit mata.
          • Selain itu, cara penggunaan kanta sentuh juga haruslah dengan teknik yang betul. Contohnya, jika kanta sentuh itu boleh digunakan untuk sebulan maka penggunanya haruslah patuh dan gunanya untuk sebulan sahaja dan tidak melebihi tempoh.

          Oleh itu, encik tidak perlu risau atau bimbang mengenai isu ini kerana ianya boleh diselesaikan jika segera mendapatkan rawatan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

          References