Bolehkah doktor menjelaskan mengenai Mata Sepet Sebelah(Unilateral Ptosis) dan bagaimana untuk merawatnya?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 26 tahun dan ingin bertanya mengenai mata saya yang sepet di sebelah kanan. Untuk beberapa hari yang lepas, saya mengalami mata yang sepet ini beserta dengan gejala yang lain seperti mata berair dan mata merah. Keadaan ini tidak menjejaskan orang lain dan hanya saya seorang sahaja yang mengalaminya dalam kalangan ahli keluarga. Kadang-kadang, ia terasa sakit dan penglihatan saya agak terganggu. Tetapi, keadaan ini tidak berlaku berterusan dan kadang-kadang ia akan pulih semula selepas beberapa hari. Saya berasa risau dengan keadaan ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah dan kenapa mata saya sepet dan apakah rawatan bagi penyakit ini?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 26 tahun dan ingin bertanya mengenai mata saya yang sepet di sebelah kanan. Untuk beberap... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, keadaan yang anda alami dikenali sebagai mata sepet sebelah (unilateral ptosis). Ia adalah keadaan di mana kelopak mata menjadi labuh. Sepet mungkin akan lebih teruk selepas terjaga dalam masa yang lama apabila otot mata seseorang individu menjadi lemah. Keadaan ini kadang-kadang dipanggil "mata malas", tetapi istilah itu biasanya merujuk kepada keadaan “amblyopia”. Jika cukup teruk dan tidak dirawat, mata yang sepet boleh menyebabkan keadaan lain, seperti amblyopia atau astigmatisme. Inilah sebabnya mengapa sangat penting bagi gangguan ini untuk dirawat dalam kalangan kanak-kanak pada usia muda, sebelum ia mengganggu perkembangan penglihatan.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, keadaan yang anda alami dikenali sebagai mata s... See More

Apakah itu mata sepet sebelah?

  • Mata sepet sebelah, juga dikenali sebagai ptosis dalam istilah perubatan, mungkin berlaku akibat daripada trauma, umur, atau pelbagai penyakit lain. Keadaan ini dipanggil “unilateral ptosis” apabila ia memberi kesan kepada satu mata dan “bilateral ptosis” apabila ia memberi kesan kepada kedua-dua mata.
  • Penyakit ini boleh datang dan pergi, atau mungkin kekal. Ia boleh terjadi semasa lahir, di mana ia dikenali sebagai “congenital ptosis”, atau ia boleh berlaku di kemudian hari, yang dikenali sebagai “acquired ptosis”.
  • Bergantung pada keadaan, mata yang sepet boleh menghalang atau mengurangkan penglihatan bergantung kepada berapa banyak ia menghalang pupil mata. Dalam kebanyakan kes, ia akan sembuh, sama ada secara semulajadi atau melalui rawatan perubatan.

Apakah penyebab mata sepet sebelah?

Ptosis berlaku disebabkan oleh masalah terhadap otot yang bertanggungjawab menaikkan kelopak mata atau sarafnya (saraf oculomotor bagi “levator palpebrae superioris” dan saraf simpatetik bagi “superior tarsal muscle). Ia lebih biasa terjadi pada warga tua, kerana otot pada kelopak mata mungkin mula lemah. Walau bagaimanapun, seseorang boleh dilahirkan dengan mata sepet. “Congenital ptosis” bersifat keturunan dan wujud dalam tiga bentuk dan puncanya masih tidak diketahui.

Mata sepet mungkin disebabkan oleh:

  • Umur yang meningkat
  • “Cicatrization” selepas keradangan atau pembedahan.
  • Terdedah kepada toksin daripada sesetengah bisa ular, seperti mamba hitam, juga boleh menyebabkan mata sepet ini.
  • kerosakan pada otot yang menaikkan kelopak mata, kerosakan pada “superior cervical sympathetic ganglion” atau kerosakan pada saraf (saraf kranial ke-3 (saraf oculomotor)) yang mengawal otot ini. Kerosakan ini boleh menjadi tanda atau gejala bagi penyakit seperti diabetes mellitus, tumor otak, tumor “pancoast” (apeks paru-paru)
  • penyakit yang boleh menyebabkan kelemahan otot atau kerosakan saraf, seperti “myasthenia gravis” atau “oculopharyngeal muscular dystrophy”.
  • Pemakaian kanta lekap untuk jangka masa yang lama
  • Neoplasma kelopak mata, neurofibroma
  • Salah satu isyarat bagi kerosakan saraf ketiga disebabkan oleh aneurisme otak
  • Penggunaan dadah opioid dengan dos yang tinggi seperti morfin, oksikodon, heroin, atau hidrokodon boleh menyebabkan mata sepet sebelah. Pregabalin, ubat “anticonvulsant”, juga diketahui menyebabkan mata sepet yang kurang serius.

Secara kesimpulannya, mata sepet sebelah boleh disebabkan oleh otot levator, saraf yang tidak normal, trauma, keradangan atau luka di bahagian kelopak mata atau orbit. Levator yang tidak berfungsi dengan baik mungkin juga berlaku akibat daripada antibodi autoimunisasi yang menyerang dan menghapuskan neurotransmitter otot mata.

Apakah tanda mata sepet sebelah?

  • Gejala utama bagi mata sepet sebelah ialah salah satu daripada kelopak mata akan mengendur.
  • Dalam sesetengah kes, ia boleh menjejaskan penglihatan anda.
  • Anda juga mungkin mengalami mata yang sangat kering atau sangat berair.
  • Wajah akan kelihatan letih.
  • Sakit kepala migrain kerana gangguan penglihatan.
  • Sesetengah orang dengan mata sepet yang teruk mungkin perlu melenggokkan kepala ke arah tertentu untuk melihat akibat gangguan penglihatan.

Apakah rawatan mata sepet sebelah?

Rawatan mata sepet sebelah adalah bergantung kepada penyakit yang sedang dihadapi.

  • Rawatan untuk mata sepet sebelah bergantung kepada punca tertentu dan betapa parah. Sekiranya keadaan itu disebabkan umur yang meningkat atau anda mengalaminya sejak daripada lahir, berkemungkinan tiada rawatan efektif akan diberi.
  • Doktor anda mungkin menjelaskan bahawa punca mata sepet biasanya tidak berbahaya kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk melakukan pembedahan plastik untuk memperbetulkan penglihatan.
  • Sekiranya doktor anda mendapati bahawa mata sepet tersebut disebabkan oleh penyakit yang tertentu, anda mungkin memerlukan rawatan.
  • Sekiranya kelopak mata anda menghalang hampir seluruh penglihatan, anda memerlukan rawatan perubatan. Doktor akan mengesyorkan pembedahan. Kaca yang boleh menahan kelopak mata dari mengendur, yang dipanggil “ptosis crutch” adalah satu lagi pilihan. Rawatan ini selalunya berkesan jika mata sepet ini hanya bersifat sementara. Kaca mata istimewa juga mungkin disyorkan jika anda bukan calon yang baik untuk pembedahan.

Pembedahan

  • Doktor mungkin mengesyorkan pembedahan ptosis. Semasa prosedur ini, otot levator akan diketatkan untuk mengangkat kelopak mata ke kedudukan yang dikehendaki. Bagi kanak-kanak yang mempunyai mata sepet, kadang-kadang doktor mengesyorkan pembedahan untuk mencegah masalah amblyopia atau mata malas.
  • Walaubagaimanapun, terdapat risiko yang berkaitan dengan pembedahan, termasuk mata kering, kornea yang tercalar, dan hematoma. Hematoma adalah darah yang terkumpul bawah kulit.
  • Alternatif lain ialah operasi "sling", di mana otot dahi digunakan untuk menaikkan posisi kelopak mata.

Ptosis crutch

  • Rawatan ini adalah pilihan bukan pembedahan yang melibatkan penambahan lampiran atau “attachment” ke bingkai kaca anda. Lampiran ini, atau tongkat, menghalang mata sepet dengan menjadi struktur sokongan kelopak mata pada tempatnya.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References