Mengapa mata berair (Watery Eyes) tak berhenti dan bagaimana untuk menghentikannya?
Anonymous
Hello doktor. Saya ingin bertanya tentang masalah dengan mata saya sejak kebelakangan ini. Saya menghadapi masalah mata berair yang tidak berhenti di kedua-dua belah mata. Saya pernah mengalami masalah yang sama beberapa tahun dahulu. Pada masa itu, bukan sahaja mata saya berair malah mata saya juga berasa gatal dan sakit dan terdapat kemerahan di kedua-dua belah mata. Setiap kali saya bangun pagi saya mendapati kelopak mata saya seolah-olah melekat dan terdapat cecair kuning. Bezanya kali ini, walaupun mata saya gatal dan berair, mata saya tidak melekat kali ini dan tiada rasa sakit. Semasa itu, saya diberi ubat antibiotik kerana doktor menyatakan saya mempunyai jangkitan mata ‘conjunctivitis’.
Saya tidak mengalami simptom lain seperti pengkaburan mata kecuali jika saya menggaru mata dengan terlalu kuat. Saya tidak memakai ‘contact lens’ walaupun rabun. Saya memakai cermin mata untuk mengatasi masalah rabun. Setahu saya, saya tidak ada alahan terhadap apa-apa makanan. Saya juga sihat, tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan tidak mengambil apa-apa ubat setakat ini. Saya berusia 43 tahun. Adakah masalah mata berair kali ini juga ‘conjuctivitis’? Jika bukan, apakah jalan penyelesaian bagi masalah mata berair ini.
Anonymous
Hello doktor. Saya ingin bertanya tentang masalah dengan mata saya sejak kebelakangan ini. Saya menghadapi masalah<... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Terima kasih atas soalan anda. Masalah mata berair mempunyai banyak punca yang berbeza. Selalunya, jika seseorang mengalami mata berair dan gatal seperti yang anda alami, jika mata tidak merah dan sakit, ia kemungkinan tinggi disebabkan oleh alahan. Walaubagaimanapun, anda telah menyatakan bahawa anda tidak mempunyai apa-apa alahan. Kemungkinan anda mengalami alahan yang anda tidak pernah anda ketahui. Anda juga mungkin mengalami saluran air mata yang tersumbat. Langkah terbaik adalah untuk berjumpa dengan doktor anda supaya dia boleh memeriksa mata anda. Jika langkah dan rawatan awal tidak berkesan, mungkin doktor anda akan merujuk nasihat pakar mata untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.
<div class="dr-answers">Terima kasih atas soalan anda. Masalah <strong>mata berair</strong> mempunyai banyak punca ... See More
Apakah penyebab mata berair?
Banyak penyebab mata berair yang berbeza. Antara paling kerap terjadi adalah seperti senarai di bawah.
Alahan: Terdapat pelbagai bahan yang boleh menyebabkan terjadinya reaksi alahan. Apabila terdapat alahan, mata akan berair dan rasa gatal. Menggaru mata akan memudaratkan lagi keadaan terutama jika bahan alahan tersebut terdapat di atas tangan. Antara bahan yang biasa menjadi punca alahan adalah debunga, habuk, bulu-bulu haiwan seperti kucing dan anjing. Ada juga yang mendapat reaksi apabila mata terkena cecair seperti cecair dari ‘contact lens’
Jangkitan kuman: Apabila mata berair dijangkiti kuman bakteria, keadaan ini dipanggil ‘bacterial conjunctivitis’. ‘Conjunctiva’ adalah lapisan yang menutupi kanta mata. Jangkitan bahagian ini membawa kepada simptom gatal mata, mata berair, mata merah, sakit mata dan cecair kuning di mata yang membuat mata melekat terutamanya apabila bangkit tidur. Jika bahagian ‘cornea’ menghadapi jangkitan, ia dipanggil ‘keratitis’.
Saluran air mata tersekat: Air mata merupakan komponen penting dalam menjaga kesihatan mata. Air mata berfungsi untuk memastikan kanta mata tidak terlalu kering dan juga membersihkan kotoran di atas mata. Air mata dihasilkan dari kelenjar di bahagian atas mata. Air mata ini akan bergerak ke bawah membasahi mata dan keluar menyusuri saluran yang terletak di bahagian tepi mata. Jika saluran ini tersumbat, air mata tidak dapat bergerak dengan lancar dan mata akan berair dengan berlebihan. Ini merupakan perkara biasa bagi golongan bayi kerana saluran air mata masih tidak berkembang dengan sepenuhnya.
Demam, selsema: Jika anda selsema dan demam, mata juga mungkin berair disebabkan proses radang yang dilalui apabila seseorang tidak sihat.
Bahan kecil di atas kanta mata: Banyak barangan yang sangat kecil yang sukar dilihat oleh mata kasar jika terdapat di atas permukaaan kanta mata, boleh membawa kepada mata berair sehinggalah bahan tersebut dibuang. Selalunya, walaupun tidak dapat dilihat, seseorang itu akan merasanya di mata.
Masalah dengan kelopak mata: Terdapat beberapa masalah dengan kelopak mata yang boleh menyebabkan air bermata. Antaranya ialah keradangan di bahagian kelopak mata yang dipanggil ‘blepharitis’. Kelenjar di kelopak mata berfungsi untuk menghasilkan minyak dan jika kelenjar ini dijangkiti kuman, mata turut berair dan kemerahan. Kelopak mata yang terpusing ke arah luar(ectropian) atau terpusing ke dalam(entropion) boleh membawa kepada mata berair.
Kelenjar air mata menghasilkan terlalu banyak air mata
Apakah gejala mata berair?
Terdapat beberapa gejala lain yang sering berkait dengan mata berair. Antara gejala yang biasa terjadi adalah:
Anda harus terus berjumpa dengan doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda tersebut:
Hilang penglihatan secara tiba-tiba, buta, samada di sebelah mata
Masalah dengan penglihatan, kabur
Terasa seperti terdapat bahan di atas mata terutama jika sakit apabila mengelip mata
Apakah ujian untuk memeriksa mata?
Banyak ujian boleh dijalankan untuk memeriksa mata. Setiap ujian mempunyai matlamatnya yang tersendiri.
‘Snellen’s eye chart’: Ujian ini mungkin ini mungkin pernah dilalui oleh mereka yang bercermin mata. Ia merupakan ujian untuk menyelidik tahap kerabunan seseorang. Ia melibatkan membaca abjad atau nombor dari kejauhan enam meter sambil menutup sebelah mata. Ujian ini penting untuk mereka yang melaporkan pengaburan penglihatan secara tiba-tiba.
‘Fundoscopy’: Ini adalah ujian untuk melihat keadaan lapisan retina di belakang mata. Bagi memastikan ujian lebih lancar, doktor akan meletak titisan ubat yang membesarkan mata supaya lebih mudah untuk melihat retina di belakang mata. Ujian ini sesuai untuk masalah penglihatan yang disebabkan diabetes, tekanan darah tinggi.
Ujian ‘slit-lamp’: Ujian ini menggunakan lampu untuk memeriksa mata. Ia memudahkan doktor mencari jika terdapat serpihan kecil melekat di atas kanta mata. Ia juga sesuai untuk banyak penyakit mata yang lain seperti glaucoma, katarak dan lain-lain.
Ujian saluran air mata: Cecair yang mengandungi pewarna istimewa akan dititiskan atas air mata dan jika selepas beberapa lama pewarna tersebut masih dapat dikesan, ia menandakan saluran air mata tersekat.
Imbasan seperti x-ray boleh digabungkan dengan pewarna untuk memastikan di mana sekatan tersebut berada dalam saluran air mata
Apakah rawatan mata berair?
Kebanyakan kes mata berair tidak memerlukan rawatan dari doktor jika tidak disebabkan punca yang serius dan beransur pulih sendiri. Jika anda memerlukan rawatan, ia akan disarankan mengikuti kesesuaian berdasarkan penyebab mata berair supaya dapat mengatasinya dengan efektif.
Antibiotik: Jika mata berair berlaku disebabkan jangkitan mata ‘conjunctivitis’ ubat antibiotik boleh disapukan di mata untuk membunuh kuman tersebut.
‘Antihistamine’: Jika mata berair disebabkan alahan, ubat jenis ‘antihistamine’ akan mengurangkan proses radang yang membawa kepada air mata berair. Ia juga akan mengurangkan rasa gatal
Jika terdapat serpihan di atas lapisan mata, doktor akan cuba untuk membuangnya apabila dikesan supaya tiada kesan berpanjangan. Jika perlu, pakar mata akan terlibat dalam kes yang sulit.
Membesarkan saluran air mata: Jika terdapat sekatan di mana-mana bahagian saluran air mata, saluran boleh dibesarkan untuk memastikan pengaliran yang lebih lancar. Saluran boleh dibesarkan dengan mengepam saluran atau meletak sebuah belon.
Pembedahan: Jenis pembedahan selalunya hanya akan disarankan sebagai jalan terakhir. Sebagai contoh jika ‘ectropion’ atau ‘entropion’ yang terlalu teruk memerlukan pembedahan. Jika terdapat masalah sekatan di saluran air mata yang tidak dapat diselesaikan dengan mengepam saluran tersebut.
Sebagai kesimpulan, kebanyakan kes mata berair adalah disebabkan sebab yang tidak serius seperti alahan. Walaubagaimanapun jika mata berair disertai dengan gejala yang merisaukan seperti yang disenaraikan di atas, sila terus berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian. Terima kasih.