Ketahui Punca & Rawatan Bagi Kantung Mata Untuk Penampilan Yang Lebih Baik
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya wanita yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai jurusolek. Oleh itu, saya sentiasa memastikan penampilan saya kemas dan menarik agar pelanggan percaya pada saya. Namun, masalah kantung mata saya sangat serius. Sekiranya saya tidak menutup dengan solekan saya akan sering ditegur oleh kawan-kawan dan termasuklah pelanggan saya sendiri. Ada yang mengatakan bahawa kantung mata ini petanda untuk penyakit tertentu. Adakan ianya benar? Namun saya sihat sahaja dan masalah ini sudah lama berlaku. Selain itu, terlalu banyak cara yang saya baca untuk menghilangkan kantung mata. Bolehkah saya meminta nasihat dari doktor dalam mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya wanita yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai jurusolek. Oleh itu, saya sentiasa memasti... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Salam sejahtera. Terima atas soalan yang diajukan. Kebiasaanya, masalah ini bukan didasari oleh penyakit yang serius. Namun, sekiranya kantung mata ini berlaku secara tiba-tiba, ini mungkin merujuk kepada masalah perubatan. Antaranya adalah penyakit mata tiroid, alahan mata, keradangan dari sindrom mata kering, masalah buah pinggang dan penyakit sistemik lain. Akan tetapi, untuk mengetahui dengan tepat punca kantung mata anda, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan yang lanjut. Saya memahami bahawa terlalu banyak maklumat di internet bagi merawat kantung mata seperti cara menghilangkan kantung mata dengan baby oil dan sebagainya. Sila baca penulisan artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Salam sejahtera. Terima atas soalan yang diajukan. Kebiasaanya, masalah ini bukan didasari oleh penyakit yang serius. Na... See More
Mengapa Kantung Mata Berlaku?
Kantung mata biasanya adalah masalah kosmetik dimana ia menyebabkan penampilan yang kurang menarik. Akan tetapi masalah ini jarang menjadi tanda keadaan perubatan yang serius.
Kantung mata adalah keadaan yang disebabkan pembengkakan ringan atau kembang di bawah mata. Salah satu faktor yang tidak dapat diubah yang menyebabkan kantung mata adalah usia. Struktur dan otot tisu yang menyokong kelopak mata anda menjadi lemah seiring dengan peningkatan usia. Kulit mungkin mulai kendur, dan lemak yang biasanya berada di kawasan sekitar mata (orbit) boleh bergerak ke kawasan di bawah mata anda. Bukan itu sahaja, ruang di bawah mata boleh mengumpulkan cecair, menjadikan kawasan bawah mata kelihatan bengkak. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang atau memburukkan lagi kesan ini. Antaranya adalah:
Pengumpulan cecair, terutama selepas bangun atau selepas makan masin- makanan yang masin mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Terlalu banyak sodium akan menahan air di dalam badan. Hal ini menyebabkan kulit nipis di sekitar matalebih berisiko tinggi menjadi bengkak
Kurang tidur- hal ini boleh menyebabkan otot di sekitar mata lemah selain dari kehilangan kolagen di bawah mata. Ini menyebabkan cecair terkumpul di kawasan itu dan menyebabkan bengkak.
Alahan- Alahan menyebabkan cairan berkumpul di sinus dan di sekitar mata anda. Ini berlaku kerana sel pelindung di mata anda (sel mast), mengeluarkan histamin untuk melawan alergen. Ini menjadikan mata anda sensitif dan berair.
Merokok- ianya boleh merengsakan mata. Ia juga boleh menyebabkan reaksi alergi sekiranya seseorang berada dekat dengan perokok. Ini boleh menjadikan air mata berair dan menyumbang kepada pembengkakan bawah mata.
Keturunan - kantung mata boleh diwarisi dalam keluarga
Bagaimana Untuk Menghilangkan Kantung Mata Melalui Rawatan Di Rumah?
Antara petua yang boleh diamalkan di rumah bagi membantu mengurangkan atau menghilangkan kantung mata adalah:
Gunakan kompres sejuk- basahkan kain bersih dengan air sejuk kemudian, tekan dengan ringan kain tersebut ke kulit di bawah mata selama beberapa minit dalam keadaan anda duduk. Cara menghilangkan kantung mata dengan sendok yang sejuk juga menggunakan konsep yang sama sekiranya tidak mehu menggunakan kain.
Teh- cara menghilangkan kantung mata dengan teh adalah dengan merendamkan beg teh selama 3-5 minit kemudian sejukkan di dalam peti ais selama 20 minit. Kemudian, perah beg teh sebelum meletakkannya di mata selama 30 minit. Kafein dalam teh terutama teh hijau mengandungi antioksidan yang kuat dan dapat meningkatkan aliran darah ke kulit. Ia juga dikatakan boleh melindungi dari sinaran UV dan berpotensi memperlambat proses penuaan.
Kurangkan pengambilan air sebelum tidur dan kurangkan garam dalam makanan anda- ini akan mengurangkan pengekalan cecair yang boleh menyebabkan beg di bawah mata.
Jangan merokok- Merokok boleh memburukkan lagi masalah beg di bawah mata anda.
Dapatkan tidur yang mencukupi- orang dewasa memerlukan tujuh hingga sembilan jam tidur
Tidur dengan meninggikan sedikit kepala- menggunakan bantal tambahan atau menopang kepala tilam anda agar kepala anda berada lebih tinggi dari badan. Ini membantu mengelakkan cecair terkumpul di sekitar mata semasa anda tidur. Lingkaran gelap yang disebabkan oleh cecair yang berkumpul di kelopak mata bawah biasanya hilang ketika anda bangun.
Kawal penyebab mata kembang- sekiranya masalah ini disebabkan oleh alergi, elakkan alergen (bahan pencetus allergi) jika boleh. Bercakap dengan doktor anda mengenai strategi pencegahan jika anda mengalami reaksi bawah mata yang disebabakan oleh seperti pewarna rambut, sabun, kosmetik atau alergen lain.
Gunakan kosmetik- cuba gunakan alat solek untuk menutupi lingkaran bawah mata. Namun ini bukanlah cara menghilangkan kantung mata hitam secara kekal.
Adakah Terdapat Rawatan Perubatan Atau Pembedahan Untuk Masalah Ini?
Ubat-ubatan
Sekiranya pembengkakan di bawah mata adalah disebabkan oleh alergi, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubat alergi yang sesuai.
Terapi
Pelbagai rawatan kedut boleh digunakan untuk memperbaiki penampilan bengkak di bawah mata seperti laser, pengelupasan kimia dan pengisi (filler). Rawatan ini dapat memperbaiki warna kulit, menegangkan kulit dan membuat penampilan anda nampak lebih muda.
Pembedahan kelopak mata
Antara cara menghilangkan kantung mata kendur adalah pembedahan kelopak mata (blepharoplasty). Bergantung juga dengan penyebab kantung mata anda, kaedah ini mungkin merupakan pilihan rawatan.
Rawatan ini dilakukan dengan membuang lemak berlebihan di kelopak mata atas atau bawah mata. Kemudian kulit yang kulit akan disatukan kembali
References
1. Bags under eyes, Mayo Clinic
2. 10 Causes of Under-Eye Swelling, Healthline
3. 17 Ways to Get Rid of Bags Under Your Eyes, Healthline