Bagaimana cara untuk melegakan sakit daripada penyakit slip disc (Disc Prolapse) tanpa pembedahan?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 47 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berumur 43 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak yang sedang bersekolah. Saya berkerja sebagai seorang pekerja buruh. Tugas saya adalah untuk mengangkat kotak dan bahan-bahan lain untuk disusun dalam setor di kilang saya.
Sejak belakangan ini, saya mempunyai sakit belakang yang teruk. Kadang kala saya tidak boleh berjalan jarak pendek kerana terlampau sakit dan terpaksa berhenti bergerak untuk pulih dari kesakitan tersebut. Tambahan pula, saya juga berasa kebas sehingga ke jari kaki sejak mendapat masalah sakit belakang ini. Keadaan ini membimbangkan saya dan juga isteri saya. Ibu saya pernah mengalami gejala yang akibat daripada penyakit slip disc. Bolehkah doktor memberitahu lebih lanjut tentang penyakit ini kepada saya?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 47 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berumur 43 tahun. Ka... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
erima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan aduan encik, saya rasa encik berkemungkinan mempunyai penyakit slip disc (Disc Prolapse). Penyakit slip disc merupakan sejenis penyakit di mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asalnya mengakibatkan tekanan saraf tunjang dan sakit berdasarkan saraf yang terjejas. Gejala yang diceritakan oleh encik seperti sakit belakang apabila mengangkat bahan berat, ketidakupayaan berjalan jarak dekat kerana sakit belakang, dan masalah kebas yang merebak sehingga ke jari kaki berkait rapat dengan penyakit slip disc.
Kemungkinan besar masalah ini disebabkan oleh pekerjaan encik yang memerlukan mengangkat bahan yang berat. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan disc dalam tulang belakang berganjak dari tempat asalnya. Di samping itu, faktor umur dititikberartkan kerana warga tua terdedah kepada kepada masalah tulang belakang haus akibat geseran antara permukaan tulang yang menyebabkan perubahan struktur. Oleh itu, encik dinasihatkan agar segera berjumpa dengan seorang doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
erima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan aduan encik, saya rasa encik berkemungkinan mempunyai penyakit slip dis... See More
Apakah itu penyakit slip disc
Tulang belakang kita merangkumi beberapa jenis kumpulan tulang yang bernama ‘cervical’ sebanyak 7 tulang, ‘thoracic’ sebanyak 12 tulang, ‘lumbar’ sebanyak 5 tulang, ‘sacrum’ sebanyak 5 tulang dan ‘coccyx’ sebanyak 4 tulang. Kesemua tulang ini dilindungi oleh sejenis disc dari segala kecederaan.
Setiap disc mempunyai dua bahagian iaitu bahagian lembut yang bergelatin pada bahagian dalam dan bahagian luar pula bersifat keras. Sebarang kecederaan akan menyebabkan bahagian dalam disk tersebut menonjol sehingga ke bahagian luar. Inilah yang dipanggil sebagai penyakit slip disc. Ini akan mengakibatkan sakit dan perasaan kurang selesa. Kadang kala ia juga boleh menghimpit saraf yang berhampiran sehingga terasa kebas pada bahagian yang terjejas.
Apakah penyebab penyakit slip disc
Penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab masalah ini. Antaranya ialah :
Umur. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
Mengangkat objek yang berat. Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
Berat badan yang melampau. Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
Otot yang lemah. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.
Apakah gejala penyakit slip disc
TTerdapat beberapa gejala penting yang harus dikenal pasti oleh setiap individu untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit slip disc ini atau tidak. Antara gejala ialah seperti:
Sakit dan kebas selalunya pada sebelah badan sahaja
Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
Sakit yang bertambah teruk pada waktu malam
Sakit yang bertambah teruk dengan sesetengah posisi
Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
Sakit walaupun berjalan jarak yang pendek
Kepedihan dan kebas pada bahagian yang terbabit
Kesemua gejala ini akan berubah dari seorang ke seorang. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada seorang pakar perubatan yang berpengetahuan.
Apakah rawatan penyakit slip disc
Rawatan bagi penyakit slip disc ini termasuk kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif melibatkan pengambilan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami. Antara ubat yang diberikan ialah:
Ubat tahan sakit. Ini boleh membantu pesakit untuk meredakan kesakitan yang mereka alami.
‘Muscle relaxants’. Ini akan dapat membantu melegakan kekejangan otot yang berlaku.
Ubat saraf. Ini untuk melegakan sakit saraf yang terlampau teruk.
Selain itu, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan yang akan dilakukan apabila kaedah ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang dilakukan ialah:
‘Mikrodiscetomy’. Ini merupakan kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
‘Disc replacement’. Ini merupakan kaedah di mana keseluruhan disc tersebut akan dikeluarkan dan disc tiruan.
Apakah komplikasi berikutan penyakit slip disc
Penyakit slip disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Rawatan slip disc memerlukan jangka waktu panjang. Antara komplikasi yang dimaksudkan ialah:
Kecederaan yang kekal pada saraf
Menyebabkan keputusan ‘impulse’ kepada saraf ‘cauda equina’ yang boleh menyebabkan kehilangan kawalan pada pundi kencing dan sistem usus
‘Saddle anaesthesia’. Ini merupakan sebuah keadaan di mana akan kehilangan deria rasa pada bahagian dalam paha, di belakang kaki dan bahagian dubur.
Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk mendapat nasihat dan info lanjut daripada doktor atas talian kami.