Sesuaikah Caffox digunakan untuk masalah sakit kepala saya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar kejuruteraan tahun kedua. Saya selalu menghadap komputer riba untuk belajar dan membuat tugasan saya. Sejak kebelakangan ini, saya sedang mengalami sakit kepala yang saya tidak pernah alami sebelum ini. Sakit kepala ini selalunya bermula dengan kekejangan leher saya. Beberapa hari kemudian, saya akan menghadapi sesuatu sensasi yang luar biasa seperti otot seluruh badan saya rasa lemah. 

Saya juga akan mengalami masalah penglihatan seperti cahaya yang berkelip atau beralun. Saya juga tidak dapat pandang terhadap cahaya matahari atau lampu yang terang. Ini akan menyebabkan sakit kepala saya lebih teruk. Penglihatan saya juga akan menjadi kabur. Sakit kepala ini merupakan jenis yang berdenyut dan amat tidak menyenangkan. Sakit kepala ini juga boleh berlarutan untuk beberapa hari sebelum ia pulih dengan sepenuhnya. Gejala ini sentiasa diiringi oleh rasa loya dan ada kalanya kemuntahan. 

Oleh sebab gejala-gejala ini mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan pelajaran saya, saya telah melayari internet untuk mengetahui masalah yang saya sedang hadapi. Berdasarkan carian saya, sakit kepala ini adalah sakit kepala jenis migrain yang biasa dihadapi oleh golongan remaja. Rawatan yang dicadangkan untuk sakit kepala migrain adalah ubat caffox. Bolehkah doktor menerangkan lebih lanjut tentang ubat caffox ini? Haruskah saya mengambil ubat ini untuk keadaan saya dan bolehkah ia menjadi baik?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar kejuruteraan tahun kedua. Saya selalu menghadap komputer riba untuk bela... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Untuk makluman anda, ubat yang anda nyatakan mengandungi gabungan dua ubat iaitu kafein dan ergotamin yang disyorkan pada kondisi sakit kepala jenis vaskular (i.e. migrain & cluster headache). Ubat jenis ini selalunya tersedia dalam bentuk tablet. Walaupun ada kesan sampingannya, ubat ini selamat untuk ambil pada saat sakit kepala muncul.
Terima kasih atas soalan anda. Untuk makluman anda, ubat yang anda nyatakan mengandungi gabungan dua ubat iaitu kafein d... See More

Apakah sebenarnya ubat tersebut?

Ia adalah kombinasi dua jenis ubat iaitu kafein dan ergotamine. 

Kafein adalah perangsang yang menyebabkan penyempitan saluran darah. 

Ergotamin adalah dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai ergot alkaloid. Ia berfungsi dengan menyempitkan pembuluh darah di sekeliling otak. Ergotamin juga memberi kesan kepada corak aliran darah yang dikaitkan dengan jenis sakit kepala tertentu. 

Kafein dan ergotamin adalah ubat gabungan yang dapat digunakan pada kondisi sakit kepala yang berpunca dari gangguan vaskular (pembuluh darah) seperti migrain dan sakit kepala kelompok (cluster headache). 

Namun ubat ini hanya digunakan pada sakit kepala yang telah pun bermula. Ia tidak akan menghalang dari tercetusnya sakit kepala yang baru atau mengurangkan bilangan serangan. Selain itu, kafein dan ergotamin tidak boleh digunakan pada sakit kepala yang berpunca dari ketegangan otot kepala (tension type headache) atau inflamasi (inflamation type headache).

Apakah fungsi kafein+ergotamin

Ubat gabungan ini merupakan salah satu alternatif ketika mengalami masalah sakit kepala (vaskular) jenis tertentu seperti: 

  • migrain klasik 
  • migrain umum 
  • kelompok atau cluster 

Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelebaran pembuluh darah di kepala. 

Ergotamin berfungsi dengan menyempitkan pembuluh darah yang melebar ini. 

Kafein pula meningkatkan penyerapan dan fungsi ergotamin.

Apakah kesan sampingan kafein+ergotamin

Kesan sampingan yang lazimnya ditemukan termasuk: 

  • pening, 
  • sensasi berputar, 
  • kelemahan,
  • rasa loya,
  • mual & muntah,
  • kegatalan ringan, 
  • pembengkakan,

Bila anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan seperti kegatalan, kesukaran bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda. Berhenti menggunakan ubat ini dan hubungi doktor anda sekaligus jika anda mempunyai: 

  • denyutan lemah di tangan dan kaki anda 
  • kekebasan dan kesemutan atau sakit di tangan atau kaki anda 
  • jari kaki berwarna biru 
  • kelemahan secara tiba-tiba (terutamanya di satu sisi badan) 
  • sakit kepala yang teruk tiba-tiba 
  • perubahan dalam ucapan 
  • masalah dengan penglihatan 
  • masalah keseimbangan 
  • kadar denyutan jantung terlalu cepat atau perlahan
  • kelemahan kaki, sakit otot di tangan atau kaki anda 
  • sakit perut atau sakit belakang bahagian bawah yang teruk 
  • air kencing yang sedikit atau tidak ada 
  • ketidakselesaan dada 
  • batuk kering 
  • susah bernafas semasa bekerja 
  • tekanan darah tinggi (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, berdengung di telinga anda, keresahan, kekeliruan, sakit dada, sesak nafas, degupan jantung tidak sekata, sawan).

Apakah cara untuk ambil kafein+ergotamin

  • Ubat ini diambil secara oral (mulut) dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya 2 tablet pada tanda pertama sakit kepala, diikuti oleh 1 tablet setiap setengah jam sehingga sakit kepala terasa lega. 
  • Jangan ambil lebih daripada 6 tablet pada setiap serangan sakit kepala 
  • Maksimum 6 tablet sehari atau 10 tablet dalam tempoh 7 hari. 
  • Dos ini adalah berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan. Justeru bagi menentukan kaedah rawatan terbaik atau rawatan tambahan (sekiranya perlu) harus mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu. 
  • Selain itu, umumnya, ubat ini berfungsi paling baik jika diambil pada saat sakit kepala pertama muncul. Sekiranya anda menunggu sehingga sakit kepala menjadi berat atau teruk, keberkesanan ubat akan semakin berkurang. 
  • Pengambilan ubat melebih kadar maksimum boleh menyebabkan overdose yang membahayakan kesihatan.

Apakah langkah berjaga-jaga ketika ambil kafein+ergotamin

  • Boleh mengakibatkan gangguan jantung 
    • Jika anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk masalah jantung, doktor anda boleh melakukan pemeriksaan jantung sebelum anda mula ambil ubat ini supaya ia selamat untuk kesihatan anda. 
    • Dia juga boleh mengarahkan anda untuk mengambil dos pertama ubat ini di pejabat / klinik untuk memantau kesan sampingan yang serius (seperti sakit dada). 
  • Boleh mengakibatkan ketagihan 
    •  Ubat ini biasanya diambil hanya pada kadar dan jangka waktu yang diperlukan. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan harian jangka panjang. Walaupun ia membantu ramai orang, ubat ini cenderung menyebabkan ketagihan. 
    • Risiko ketagihan ini mungkin lebih tinggi jika anda mempunyai masalah penggunaan bahan (seperti berlebihan atau ketagihan terhadap dadah / alkohol). 
    • Ambil ubat ini seperti yang ditetapkan untuk mengurangkan risiko ketagihan. 
  • Boleh memperparah sakit kepala yang dialami 
    • Sekiranya anda menggunakan ubat ini melebihi kadar maksimum ia boleh menyebabkan sakit kepala anda lebih teruk. Jangan gunakan ubat lebih kerap atau lebih lama daripada yang diarahkan. 
    • Beritahu doktor anda jika anda perlu menggunakan ubat ini lebih kerap, atau jika ubat tidak berkesan, atau jika sakit kepala anda menjadi lebih teruk. 
  • Kontraindikasi pengunaan 
    •  Jangan gunakan jika anda mengandung. Ia boleh membahayakan bayi yang belum lahir atau kecacatan kelahiran. 
    • Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika mempunyai penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, masalah peredaran darah, penyakit hati atau buah pinggang. 
    • Sekiranya anda mempunyai sejarah alergi terhadap ubat ini, anda harus elak daripada mengambilnya sama sekali. 

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang bertambah buruk selepas penggunaan ubat ubat ini, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera atau juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References