Sakit Kepala Belakang (Pain in Back of Head) - Apakah Penyebab dan gejalanya

Anonymous
Salam sejahtera, doktor. Saya berumur 30 tahun dan sedang bekerja sebagai jurutera perisian. Sejak kebelakangan ini, saya mengalami sakit kepala bahagian belakang. Sakit kepala belakang ini sudah berlarutan untuk 2 minggu sekarang. Saya pernah mengalami sakit kepala serupa ini beberapa bulan yang lalu tetapi bertahan hanya untuk 2-3 hari. Saya banyak menghadap komputer kerana kerja saya kebanyakannya berdasarkan komputer dan banyak menaip. Saya juga kurang tidur, selama 5 jam sehari kerana saya minum kopi setiap hari. Kadang-kala saya rasa loya tetapi tidak ada kemuntahan. Saya kuat merokok, 20 batang sehari dan sudah 15 tahun saya sedang merokok.  
Tiada sesiapa dalam keluarga saya yang mempunyai penyakit kanser atau sakit kronik. Ahli keluarga tidak pernah mengalami gejala-gejala sakit kepala seteruk saya. Saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja saya dan terpaksa mengambil cuti untuk beberapa hari. Saya ada cuba makan ubat tahan sakit dan rehat secukupnya tetapi sakit kepala masih berlarutan. Saya risau jika sakit kepala ini boleh disebabkan oleh penyakit yang kronik seperti kanser. Boleh doktor memberitahu saya apakah penyebab sakit kepala belakang saya dan apakah yang harus saya buat? Adakah saya mengalami tanda-tanda penyakit kanser?
Anonymous
<!--block-->Salam sejahtera, doktor. Saya berumur 30 tahun dan sedang bekerja sebagai jurutera perisian. Sejak kebe... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih untuk soalan anda. Sakit kepala yang melibatkan sakit di bahagian belakang kepala boleh mempunyai beberapa sebab yang berbeza. Sebab-sebab ini boleh dikenal pasti dengan gejala tambahan. Gejala-gejala ini termasuk jenis kesakitan yang dialami, dan lokasi lain di mana kesakitan terjadi. Berdasarkan gejala-gejala yang anda nyatakan, kemungkinan besar sakit kepala belakang anda adalah sakit kepala tegang atau dikenali sebagai “tension headache”. Sakit kepala ini selalunya terjadi dalam kalangan orang dewasa yang sering menghadap komputer, kurang rehat dan terlalustres. Ubat yang anda cuba mungkin tidak cukup dosnya, maka sakit kepala bahagian belakang anda semakin berlarutan.
Terima kasih untuk soalan anda. Sakit kepala yang melibatkan sakit di bahagian belakang kepala boleh mempunyai beberapa ... See More

Apakah penyebab sakit kepala belakang


Terdapat beberapa penyebab sakit kepala sebelah belakang. Berikut adalah beberapa contoh penyakit yang boleh menyebabkan sakit kepala bahagian belakang bersama ciri-cirinya:

  • Postur badan yang tidak elok: Postur badan juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang kepala dan leher anda. Kedudukan badan yang kurang baik semasa menghadap TV atau komputer juga boleh menyebabkan ketegangan di belakang badan, bahu, dan leher. Ketegangan ini boleh menyebabkan sakit kepala.

  • Arthritis: Sakit kepala arthritis disebabkan oleh keradangan dan bengkak pada kawasan leher atau tengkuk dan menyebabkan sakit di bahagian belakang kepala dan leher. Pergerakan biasanya mencetuskan lebih kesakitan. Sakit kepala ini boleh disebabkan oleh sebarang jenis arthritis. Jenis yang paling biasa dialami ialah ‘Rheumatoid arthritis’ dan ‘Osteoarthritis’.

  • “Herniated disks” pada leher: “Herniated disks” pada tulang belakang di leher boleh menyebabkan sakit leher dan ketegangan pada tengkuk. Kesakitan ini biasanya dirasai di belakang kepala. Ia juga boleh dirasai di bahagian dahi atau pelipis dan juga di belakang mata. Gejala lain yang mungkin dialami termasuklah ketidakselesaan pada bahu atau lengan. Sakit kepala mungkin semakin teruk apabila anda berbaring. Sesetengah orang akan bangun kerana kesakitan mengganggu tidur mereka. Apabila berbaring, anda juga boleh merasakan tekanan pada bahagian atas kepala anda.

  • “Occipital neuralgia”: Keadaan ini berlaku apabila saraf yang berada di bahagian kepala rosak. Ia seringkali disalah anggap sebagai sakit kepala migrain. “Occipital neuralgia” akan menyebabkan sakit kepala biasanya bermula dari pangkal tengkorak dan merebak ke mata,dan keseluruhan kepala. Sakit kepala ini boleh dicetuskan oleh aktiviti harian seperti menyikat rambut. Ketika serangan, sensasi yang tidak menyenangkan pada kulit kepala mungkin berlaku. Kesakitan yang ringan boleh berlarutan di antara serangan. Gejala lain yang biasa dialami adalah sensasi seperti aliran elektrik pada bahagian tengkuk dan belakang kepala dan lebih sensitif kepada cahaya.

  • Sakit kepala tegang atau “tension headache”: Sakit kepala ini selalunya dikaitkan dengan kejadian yang menyebabkan tekanan. Intensiti kesakitan adalah sederhana dan boleh sembuh tanpa ubat. Sakit kepala tegang tidak berkaitan dengan penyakit otak. Antara penyebab sakit kepala ini adalah banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, tekanan fizikal and emosi, pengambilan kafein berlebihan, dan merokok berlebihan. Gejala-gejala sakit kepala ini adalah kesakitan melampau di kulit kepala, belakang leher atau bahu, sakit yang boleh berlaku sekali, berlarutan untuk 30 minit hingga beberapa hari atau setiap hari, dan sukar tidur. Sakit kepala ini tidak menyebabkan rasa loya atau muntah-muntah.

  • Migrain basilar: Penyakit ini adalah sejenis migrain. Migrain ini adalah sindrom yang elibatkan gejala seperti sakit kepala yang parah dan dikaitkan dengan gejala-gejala lain. Ada sesetengah orang yang mengalami migrain tanpa aura walaupun kebanyakan orang akan mengalami aura yang berciri gangguan visual. Migrain basilar sering kali berlaku antara kalangan remaja perempuan dan wanita muda. Tanda-tanda migrain basilar adalah rasa pening, keadaan di mana kawasan sekeliling berputar (vertigo), sakit kepala yang datang bersama merosotnya deria pendengaran, rasa loya dan muntah, hilang kestabilan semasa berjalan dan sebagainya. Jika anda menghadapi simptom sebegini, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Bila anda harus jumpa doktor


1. Kemunculan sakit kepala baru untuk beberapa hari yang menjejaskan kehidupan seharian anda.

2. Sakit kepala yang dialami adalah yang paling teruk dalam kehidupan.

3. Sakit bahagian belakang kepala yang teruk secara tiba-tiba bersama rasa loya dan muntah.

4. Sakit kepala selepas kecederaan kepala.

5. Sakit kepala berserta demam, kekejangan, kekakuan, sukar bercakap, dan penglihatan berganda.

6. Perubahan personaliti atau hilang ingatan.

Selain tanda-tanda ini, sekiranya anda mengalami sakit kepala yang luar biasa bersama gejala-gejala penyakit seperti yang dinyatakan di atas dan tahap kesakitan semakin teruk dan berlarutan untuk tempoh masa yang lama, anda harus jumpa doktor untuk mengenal pasti punca sakit kepala tersebut.


Apakah ubatan untuk sakit kepala belakang


  • Rawatan untuk sakit kepala belakang seperti “tension headache” biasanya boleh dikurangkan dengan ubat tahan sakit. Namun demikian, rawatan berkesan hanya apabila punca sakit kepala itu diketahui.
  • Anda juga boleh cuba beberapa cara lain tanpa penggunaan ubat-ubatan. Contohnya, tidur secukupnya di bilik yang gelap untuk mengatasi sakit kepala migrain. Bukan itu sahaja, gunakan pad pemanas pada bahagian tengkuk dan urut bahagian kepala yang sakit.
  • Sakit kepala yang disebabkan oleh postur badan yang tidak elok boleh dirawat dengan penggunaan ubat tahan sakit dan juga penggunaan kerusi kerja yang mempunyai sokongan tulang belakang yang baik.
  • Rawatan untuk sakit kepala arthritis adalah ubat seperti NSAID dan pad pemanas. Ubat khas untuk rheumatoid arthritis adalah seperti Methotrexate.
  • “Herniated disc” yang menyebabkan sakit kepala belakang boleh ditangani dengan melakukan latihan fizikal seperti regangan, berjumpa dengan seorang ‘Chiropractor’, suntikan atau pembedahan. Rawatan sebegini hanya dilakukan selepas pemeriksaan doktor.
  • Bagi sakit kepala bahagian belakang yang disebabkan oleh “occipital neuralgia” kombinasi rawatan menggunakan elemen pemanas dan ubat NSAID banyak membantu. Untuk kes yang lebih serius, suntikan ubat bius diberi pada bahagian “occipital” iaitu bahagian belakang kepala untuk kelegaan segera.



Sekiranya sakit kepala sebelah belakang yang anda sedang alami tidak parah, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda atau para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


References