Hidung berdarah atau lebih dikenali dengan nama ‘epistaxis’ kemungkinan terjadi berikutan komplikasi kecederaan saluran darah dalam hidung. Pendarahan ini selalunya akan berhenti dengan sendiri namun demikian individu terbabit mungkin mengalami kerisauan berlebihan.
Masalah hidung berdarah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira umur. Terdapat dua jenis pendarahan hidung berdasarkan lokasi saluran darah yang tercedera iaitu pendarahan depan (anterior) atau pendarahan belakang (posterior).
Pendarahan Depan (Anterior)
Pendarahan jenis anterior didefinisikan sebagai pendarahan yang berlaku daripada saluran darah bahagian hadapan hidung.
Pendarahan Belakang (Posterior)
Pendarahan jenis posterior ini pula berlaku daripada saluran darah jauh di dalam hidung dan pendarahan akan berlaku di bahagian belakang mulut atau di bahagian tekak.