8 Penyebab Benjolan Di Leher Yang Anda Harus Awasi!

Benjolan Di Leher, Penyebab & Cara Menghilangkan Sakit - DoctorOnCall
Anonymous

Salam sejahtera doktor, saya seorang wanita berumur 29 tahun. Pada beberapa hari yang lalu, saya telah diserang oleh demam panas secara tiba-tiba dan kerongkong saya berasa sakit. Semasa saya tengok di depan cermin, saya mendapati kedua-dua tonsil telah bengkak dan bernanah. Saya juga boleh berasa dua benjolan yang pejal di sebelah kiri dan kanan leher. Setelah berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat, gejala yang saya alami telah sembuh. Namun begitu, benjolan di leher saya masih tidak bersurut lagi dan saya berasa sangat bimbang tentang masalah ini. Bolehkah doktor terangkan apa punca yang boleh menyebabkan benjolan ini dan adakah saya perlu mendapatkan rawatan yang lebih lanjut?

Anonymous
Salam sejahtera doktor, saya seorang wanita berumur 29 tahun. Pada beberapa hari yang lalu, saya telah diserang oleh ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan gejala yang puan alami, ianya menjurus lebih kepada kemungkinan penyakit radang tonsil (tonsilitis). Bengkak leher dalam situasi ini boleh disebabkan oleh proses keradangan di kalenjar getah bening leher untuk membasmi jangkitan tonsil tersebut. Namun begitu, benjolan ini juga boleh disebabkan oleh punca lain kerana terdapat banyak struktur yang terletak di bahagian leher seperti kelenjar tiroid, otot leher, kelenjar air liur dan sebagainya. Oleh itu, doktor perlu memeriksa benjolan tersebut untuk mengesan ciri-ciri tertentu yang terdapat pada benjolan sebelum membuat diagnosa yang tepat.

Sekiranya gejala yang anda hadapi tidak bertambah baik, anda boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan gejala yang puan alami, ianya menjurus lebih kepada kemungkin... See More

Kalenjar Getah Bening

Kalenjar getah bening juga dikenali sebagai noda limfa yang terlibat dalam salah satu sistem yang penting dalam badan kita. Kalenjar ini merupakan pegawai immunisasi badan yang berperanan untuk memproseskan dan mengeluarkan bahan toksin dari badan kita supaya kita tidak berjatuh sakit. Apabila kita diserang oleh bakteria atau virus yang boleh menyebabkan jangkitan, sistem imun akan diaktifkan dan saluran limfa akan menyalurkan punca jangkitan ke kalenjar limfa dan seterusnya sel-sel darah putih akan membasmikan organisme tersebut. Proses keradangan ini akan menyebabkan bengkak di leher terutamanya benjolan di bawah dagu, benjolan di leher depan, benjolan di leher sebelah kiri bawah telinga dan benjolan di leher sebelah kanan bawah telinga. Di sini terletaknya kalenjar-kalenjar tersebut yang ditugaskan untuk menjaga kawasan saluran pernafasan. Benjolan ini akan berasa sakit dan pejal semasa dirasakan dan biasanya akan bersurut dalam 2 hingga 4 minggu selepas jangkitan.

Kalenjar Tiroid

Tiroid adalah organ yang terletak di depan leher dan lobusnya menyebulungi dua belah leher. Ianya boleh menghasilkan sejenis hormon yang penting untuk metabolisme, pematangan sistem otak, pertumbuhan badan dan tulang badan kita. Dalam sesetengah pesakit, benjolan boleh bertimbul daripada kalenjar tiroid dan ianya boleh bermanifes dalam saiz, kuantiti atau tahap kesakitan yang berlainan. Secara umum, hampiri 90% benjolan ini adalah ketumbuhan yang tidak agresif dan tidak akan menyebabkan kesakitan, kadang kala gejala hormon tiroid berlebihan atau berkurangan akan datang berganding dengan benjolan ini. Antara penyakit yang boleh menyebabkan benjolan adalah:

  • Goitre multinodular
  • Adenoma folikel
  • Penyakit Graves
  • Hashimoto thyroiditis
  • Kista 
  • Kanser

Kalenjar Air Liur

Air liuh yang mengandungi enzim untuk mencernakan makanan ini dihasil dari kalenjar air liur yang terletak di dua belah muka dan bawah dagu. Sekiranya kalenjar ini disumbat oleh batu karang, dijangkiti atau menghidapi kanser, benjolan akan mula muncul di leher terutamanya di bawah dagu. Kalenjar yang disumbat oleh batu karang tanpa jangkitan ini akan menjadi sakit dan bengkak hanya semasa waktu makan dan gejala yang dialami akan bersurut secara progresif selepas makan. Keadaan yang unik ini dikenali sebagai meal time syndrome. Ianya boleh dibezakan dengan kalenjar yang dijangkiti di mana sakit dan bengkak ini akan berterusan sepanjang masa. Jangkitan kalenjar air liuh ini juga akan menyebabkan demam, kemerahan pada kulit, bau mulut yang busuk atau pengaliran nanah.

Kista

Benjolan di leher anak anda biasanya diakibatkan oleh kista pada leher. Kista-kista ini selalunya bermanifes sebagai benjolan di leher depan yang berair and lembut semasa disentuh dan tidak akan menyebabkan kesakitan. Penimbulan kista ini adalah kerana kegagalan pematangan struktur di leher selepas dilahirkan yang menyebabkan pengumpulan air dalam poket kista ini. Jenis kista yang boleh bermanifes sebagai benjolan di leher anak adalah:

  • Kista Duktus Tiroglosus
  • Kista Celah Brankial 
  • Kista Dermoid 

Kista-kista ini mempunyai risiko jangkitan yang tinggi sekiranya tidak dikeluarkan. Saiznya akan menjadi semakin besar dan menyelubungi belah kiri atau kanan yang boleh menyebabkan gejala seperti sesak nafas dan susah untuk menelan. Akhirnya, cara menghilangkan benjolan di leher kanan atau kiri ini adalah melalui pembedahan di hospital. 

Bisul

Bisul leher ini boleh berlaku sekitar leher dan ianya disebabkan oleh jangkitan kulit. Bengkak leher akibat pengumpulan nanah dalam kulit ini akan semakin besar dan akhirnya akan menjadi ulser. Individu yang mempunyai penyakit kencing manis atau obes lebih berisiko untuk mendapat bisul yang bernanah kerana kulit berlebihan yang terlipat dan kelemahan sistem imun mereka. Sekiranya kebersihan dan penyakit mereka tidak dikawal dengan baik, bisul ini akan berlaku berulang kali walaupun dirawat dengan pembedahan. Dalam kes yang lebih serius, doktor terpaksa untuk mengeluarkan sebahagian kulit mati daripada pesakit untuk melanjutkan proses penyembuhan.

Lipoma

Lipoma merupakan bengkak leher yang diakbatkan oleh pengumpulan tisu lemak yang berlebihan. Benjolan di selalunya terdapat pada individu yang obes dan tidak akan menyebabkan sebarang gejala atau komplikasi kesihatan. Ianya boleh digambarkan sebagai benjolan yang lembut dan akan bergerak semasa ditekan. Pembedahan yang mudah boleh dilaksanakan sebagai cara yang mengobati benjolan di leher ini.

Tuberkulosis

Jangkitan tuberkulosis ini amatlah meluas di negara-negara dalam Asia Tenggara. Salah satu manifestasi jangkitan tuberkulosis ialah bengkak di leher kerana ianya juga melibatkan sistem limfa. Bengkak kalenjar limfa dalam kes tuberkulosis adalah unik di mana kalenjar-kalejar ini akan bersambung antara satu sama lain dan bergerak secara kumpulan. Fenomena ini dipanggil sebagai “matted appearance” dalam konteks perubatan dan gejala seperti batuk melebihi dua minggu, kekurangan berat badan, demam dan berpeluh malam akan datang sekali.

Kanser

Selain daripada kanser tiroid yang dinyatakan, kanser pada kalenjar getah bening yang dikenali sebagai Limfoma juga akan berlaku. Limfoma boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu Hodgkin Limfoma dan Non-Hodgkin Limfoma. Jenis limfoma yang sering menjejaskan kalenjar getah bening adalah Hodgkin Limfoma yang lebih jarang berlaku berbanding dengan Non-Hodgkin Limfoma. Ianya akan bermanifes sebagai bengkak di leher sama ada benjolan di depan, benjolan di bawah dagu, benjolan di leher sebelah kiri di bawah telinga atau benjolan di leher sebelah kanan di bawah telinga, mereka tidak akan menyebabkan kesakitan dan konsistensinya adalah pejal. Kemoterapi sangat berkesan sebagai cara yang mengobati benjolan di leher ini.

References