- "Odynophagia" adalah istilah perubatan untuk kesakitan tekak ketika menelan.
- Ia boleh dirasai di bahagian mulut, tekak, atau kerongkong. Anda akan mengalami sakit tekak ketika menelan makanan ataupun ketika minum.
- Kadang-kala kesusahan untuk menelan yang dikenali sebagai ‘dysphagia’ boleh disertai dengan kesakitan tetapi ‘odynophagia’ sering terjadi dengan sendiri.
- Sakit tekak ketika menelan adalah gejala bagi pelbagai penyakit. Lokasi dan tahap kesakitan bergantung kepada punca.
- Bagi sesetengah kes, ‘odynophagia’ dapat sembuh dengan cepat tetapi ia juga boleh berlaku untuk jangka masa yang lama sekali gus menjadi tanda bagi keadaan kesihatan yang lebih serius.
- Tidak ada punca tunggal atau rawatan spesifik untuk odynophagia. Hal ini demikian kerana sakit tekak ketika menelan dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan yang lain.
Apakah penyebab sakit tekak (Odynophagia) ketika menelan dan apa cara mengatasinya?
Salam doktor. Saya berumur 35 tahun dan bekerja sebagai pemberita, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Baru-baru ini, saya mengalami sakit tekak ketika menelan sama ada ketika mengambil makanan pepejal atau lembut dan ketika minum air. Keadaan ini sudah berlanjutan kira-kira selama 4 hari. Sakit itu datang tiba-tiba ketika saya telan sesuatu dan tekak terasa sangat perit dan kerap sekali saya telan air liur untuk cuba mengurangkan kesakitan itu. Keadaan menjadi lebih teruk jika saya mengambil minuman panas dan saya cuba untuk mengambil “Strepsil” yang dibeli dari farmasi untuk mengurangkan sakit tekak tersebut. Sakit tekak tersebut selalunya akan berterusan sepanjang hari dan saya berasa agak risau memikirkan keadaan kesihatan saya ini.
Selain itu, saya juga mula kurang selera makan sejak mengalami sakit tekak ini tetapi berat badan saya masih normal iaitu 52kg dengan ketinggian 160 cm. Keadaan ini juga agak menganggu rutin harian saya kerana tekak sentiasa terasa pedih dan perit. Sebelum ini, saya ada mengalami selsema dan juga batuk termasuklah demam ringan tetapi ia telah sembuh. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah penyebab bagi sakit tekak ketika menelan ini dan adakah terdapat cara-cara untuk hilangkan keadaan ini? Saya harap doktor dapat memberi bantuan.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan anda mengalami jangkitan viral di bahagian atas saluran pernafasan. Kebiasaannya, jangkitan viral ini akan disertai dengan demam, batuk, selsema termasuklah sakit tekak ketika menelan. Anda tidak perlu risau kerana ia akan sembuh dengan beransur-ansur dan saya nasihatkan anda untuk tingkatkan pengambilan air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Terdapat pelbagai rawatan dan cara lain untuk hilangkan sakit tekak ketika menelan juga.
Apa itu “odynophagia”
Apakah penyebab sakit tekak ketika menelan
Sakit tekak ketika telan kadang-kala boleh disebabkan oleh penyakit yang tidak teruk, seperti selesema atau sakit tekak yang perit. Dalam kes yang sedemikian, sakit ketika menelan akan sembuh dengan sendiri selepas suatu masa. Sakit yang kronik ketika menelan mungkin dikaitkan dengan penyakit yang lebih serius. Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan ‘odynophagia’. Antara kemungkinannya adalah:
- Kanser: Sakit yang kronik ketika telan adalah tanda awal bagi kanser esofagus. Risiko kanser esophagus mungkin terjadi akibat daripada merokok dalam jangka masa yang panjang, penyalahgunaan alkohol, atau pedih ulu hati yang berterusan. Ia juga boleh dikaitkan dengan keturunan.
- Jangkitan Candida: Keadaan ini adalah jangkitan kulat (yis) yang mungkin berlaku di dalam mulut anda. Ia boleh merebak dan menyebabkan gejala sakit ketika telan air liur.
- Penyakit refluks Gastroesophageal (GERD): Keadaan ini terbentuk daripada injap rendah di esofagus yang tidak tertutup dengan betul. Akibatnya, asid perut boleh kembali ke esofagus. Anda mungkin mengalami GERD jika anda mengalami sakit tekak dan pedih ulu hati atau sakit dada selepas makan.
- HIV: Masalah esofagus sering berlaku kepada pesakit HIV. Jangkitan Candida adalah punca yang paling biasa terjadi. Kadang-kala ubat antiretroviral digunakan untuk merawat HIV boleh menyebabkan refluks asid terjadi sekali gus mengakibatkan ‘odynophagia’.
- Ulser:Luka di dalam mulut, tekak, atau esofagus, serta perut anda mungkin juga disebabkan oleh GERD kronik yang tidak dirawat. Penggunaan ubat-ubatan anti-radang dalam jangka masa yang panjang seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB) menyumbang kepada risiko ulser.
- Keradangan mulut, tekak, atau esophagus akibat daripada tonsilitis, pharyngitis, laringitis, atau esophagitis.
- Tembakau, alkohol atau ubat-ubatan boleh menjejaskan keadaan mulut, tekak, dan esofagus, membuatkan sakit tekak ketika menelan.
- Minum minuman yang sangat panas atau sejukuntuk jangka masa yang lama boleh menjejaskan lapisan perlindungan esofagus.
- Komplikasi rawatan perubatan seperti terapi radiasi untuk kanser dan sesetengah ubat preskripsi juga boleh mengakibatkan kesakitan tekak ketika menelan.
Apakah gejala sakit tekak ketika menelan
Gejala sakit tekak perit ketika menelan boleh terjadi dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa yang panjang bergantung kepada penyebab sakit tersebut. Gejala yang biasa terjadi termasuklah:
- Kesakitan yang tajam atau menikam di dalam mulut, tekak, atau esofagus ketika menelan.
- Kesakitan yang semakin teruk apabila menelan makanan yang kering. Walaubagaimanapun, cecair dan pepejal boleh menyebabkan kesakitan yang sama untuk sesetengah kes.
- Penurunan berat badan drastik daripada hilang selera makan.
- Dehidrasi yang berpunca daripada kurang pengambilan cecair.
- Jika jangkitan merupakan punca sakit tekak ketika menelan, seseorang mungkin mempunyai tanda-tanda yang lain seperti demam, keletihan dan rasa tidak sihat.
Apakah rawatan sakit tekak ketika menelan
Terdapat beberapa cara untuk hilangkan sakit tekak ketika menelan termasuklah:
- Merawat punca, seperti mengambil antibiotik untuk jangkitan, atau antacid untuk refluks asid.
- Ubat anti-radang untuk melegakan kesakitan daripada keradangan, seperti tonsilitis dan laringitis.
- Mengelak daripada mengambil alkohol dan tembakau.
- Mengunyah lebih lama atau mengambil makanan berbentuk pepejal atau makanan lembut supaya kurang menyakitkan ketika menelan.
- MMenggunakan semburan kerongkong untuk memberikan kelegaan terhadap kesakitan dalam jangka masa yang pendek.
- DDalam kes kanser esophagus yang teruk di mana perbuatan menelan adalah mustahil disebabkan oleh kesakitan, tiub suapan mungkin dicadangkan untuk mencegah penurunan berat badan.
- Apabila ‘odynophagia’ disebabkan oleh kanser atau GERD, pembedahan juga dipertimbangkan.
Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References