Anda sepatutnya tidak perlu cuba untuk mengeluarkan tahi telinga yang terkumpul. Cubaan untuk melakukan sedemikian boleh menyebabkan kerosakan pada telinga dan membawa kepada jangkitan atau kehilangan pendengaran. Walau bagaimanapun, anda boleh membersihkan liang telinga pada bahagian luar telinga sahaja dengan menggunakan putik kapas jika perlu.Terdapat beberapa rawatan atau cara untuk menghilangkan tahi telinga tersumbat ini, antaranya ialah:
A) Melembutkan tahi telinga
Untuk melembutkan tahi telinga, anda boleh membeli titisan telinga di famasi yang dihasilkan khusus untuk fungsi ini. Anda juga boleh menggunakan bahan berikut:
- Minyak mineral
- Hidrogen peroksida
- Carbamide peroksida
- Minyak bayi
- Gliserin
B) Pengairan (irrigation) dalam telinga
Satu lagi cara untuk membuang tahi telinga tersumbat adalah dengan mengairi telinga. Jangan cuba mengairi telinga jika anda mengalami kecederaan telinga atau bakal menjalani prosedur perubatan yang berkaitan dengan telinga. Pengairan terhadap gegendang telinga yang pecah boleh menyebabkan kehilangan pendengaran atau jangkitan.
Jangan menggunakan produk yang dihasilkan untuk mengairi mulut atau gigi anda. Produk tersebut akan menghasilkan lebih banyak tekanan yang mungkin tidak dapat ditampung oleh gegendang telinga anda.
Untuk mengairi telinga anda dengan betul, ikut arahan pada produk tersebut, atau ikuti langkah-langkah berikut:
- Berdiri atau duduk dengan kepala anda dalam kedudukan tegak.
- Pegang bahagian luar telinga dan tariknya perlahan ke atas.
- Dengan jarum suntik, masukkan aliran air yang bersuhu badan ke dalam telinga. Air yang terlalu sejuk atau terlalu panas boleh menyebabkan pening kepala atau kesan sampingan yang lain.
- Keluarkan air di dalam telinga dengan mengiringkan kepala anda supaya liang telinga menghadap ke bawah.
Kaedah tersebut mungkin perlu dilakukan untuk beberapa kali. Jika anda sering mengalami tahi telinga tersumbat, pengairan telinga secara rutin boleh membantu mencegah keadaan ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor. Jika bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.