- Hipotiroid (hypothyroidism) adalah keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif menyebabkan tahap hormon tiroid yang rendah dalam darah. Hormon tiroid adalah 99.9% “thyroxine” (T4) dan 0.1% “triiodothyronine” (T3). T3 adalah hormon tiroid yang aktif manakala T4 berfungsi sebagai hormon tiroid simpanan dan akan ditukarkan kepada T3 bila perlu sahaja. Hipotiroid berlaku apabila tiroid penghasilan hormon T4, T3, atau kedua-duanya tidak mencukupi.
- Tiroid adalah kelenjar yang kecil berbentuk kupu-kupu yang terletak di bahagian depan leher anda. Tiroid dikawal oleh kelenjar pituitari di otak. Kelenjar pituitari pula dikawal oleh kelenjar hipotalamus di otak. Hipotalamus menghasilkan hormon yang dipanggil “thyrotropin releasing hormone” (TRH), yang menghantar isyarat kepada kelenjar pituitari untuk melepaskan “thyroid stimulating hormone” (TSH).
- TSH menghantar isyarat kepada kelenjar tiroid untuk melepaskan hormon tiroid yang aktif. Apabila terdapat gangguan pada mana-mana kelenjar ini, tahap hormon akan terjejas.
- Hormon tiroid bertanggungjawab untuk memberi tenaga kepada hampir semua organ dalam badan anda. Ia mengawal fungsi seperti degupan jantung dan keadaan sistem pencernaan. Tahap hormon tiroid yang betul adalah penting untuk fungsi semulajadi badan anda.
Mengapa penyakit goiter (Goitre) menyebabkan kelenjar tiroid bengkak dan bagaimana merawatnya?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 37 tahun. Saya sudah berkahwin dan suami saya berumur 39 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Pada suatu hari itu, saya perasan terdapat benjolan pada bahagian leher saya. Pada mulanya saiz benjolan tersebut kecil sahaja dan saya mengabaikannya. Namun demikian, saban hari benjolan tersebut semakin membesar dan kini ianya telah merangkumi keseluruhan leher saya. Saya berasa sangat bimbang untuk ke hospital dan berjumpa doktor kerana takut mereka akan melakukan pembedahan. Saya juga berasa seperti susah nak menelan makanan kerana benjolan tersebut terlampau besar. Saya diberitahu ia mungkin penyakit goiter Bolehkah doktor memberitahu saya apa masalah yang saya hadapi dan langkah-langkah menangani masalah ini?
Terima kasih atas soalan anda. Hipotiroid (Hypothroidism) adalah istilah yang digunakan apabila kelenjar tiroid anda kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya. Walaupun anda sedang mengambil ubat untuk keadaan ini dan masih mengalami gejala tersebut, ia bermakna dos yang diberikan oleh doktor mungkin tidak cukup dan perlu diselaraskan semula untuk keadaan anda. Oleh itu, anda harus berjumpa dengan doktor untuk menambah dos ubat untuk kawalan gejala yang lebih efektif.
Apakah itu hipotiroid?
Apakah penyebab hipotiroid?
Hipotiroid primer disebabkan oleh masalah dengan kelenjar tiroid itu sendiri. Hipotiroid sekunder berlaku apabila masalah lain mengganggu keupayaan kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid. Sebagai contoh, masalah kepada kelenjar pituitari atau hipotalamus yang menjejaskan fungsi tiroid secara keseluruhan. Masalah dengan salah satu kelenjar ini boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda kurang aktif. Kadangkala, kelenjar tiroid yang tidak aktif yang disebabkan oleh masalah dengan hipotalamus.
Penyebab utama hipotiroid adalah
- Kurang pengambilan iodin dalam diet: Tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Oleh sebab badan anda tidak menghasilkan iodin, kita hanya boleh mendapatkannya melalui pemakanan yang seimbang, misalnya “Iodized table salt” atau garam beriodin dan sumber makanan iodin lain termasuk kerang, ikan air masin, telur, produk tenusu, dan rumpai laut.
- Kehamilan: Keradangan tiroid berlaku selepas kehamilan untuk sementara atas sebab-sebab yang tidak jelas. Ini dikenali sebagai “postpartum thyroiditis”. Wanita yang mempunyai keadaan ini biasanya mengalami peningkatan dalam tahap hormon tiroid diikuti dengan penurunan dalam penghasilan hormon tiroid. Fungsi tiroid boleh kembali normal dengan kebanyakan wanita dengan “postpartum thyroiditis”. Oleh itu, rawatan susulan adalah penting untuk “postpartum thyroiditis” bagi memastikan hormon tiroid kembali pulih.
- “Hashimoto thyroiditis” merupakan sejenis penyakit sistem imunisasi di mana badan anda menghasilkan antibodi yang menyerang dan memusnahkan kelenjar tiroid sendiri.
- Terapi radiasi ke kawasan leher: Dalam proses merawat penyakit organ tertentu di kawasan leher, seperti limfoma yang memerlukan radiasi ke leher, akan merosakkan sel-sel dalam tiroid. Kaedah rawatan tersebut menyebabkan kelenjar sukar untuk menghasilkan hormon tiroid.
- Rawatan iodin radioaktif: Rawatan ini biasanya diberikan kepada orang yang mempunyai kelenjar tiroid yang terlalu aktif, yang dikenali sebagai hipertiroid. Rawatan radiasi memusnahkan sel-sel dalam kelenjar tiroid menyebabkan fenomena hipotiroid.
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu: Ubat-ubat tertentu untuk merawat masalah jantung, keadaan psikiatri,kanser dan lain-lain boleh menjejaskan penghasilan hormon tiroid sebagai kesan sampingan. Ini termasuk ubat amiodarone, lithium, alpha interferon, dan interleukin-2.
- Pembedahan kelenjar tiroid: Pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar tiroid secara keseluruhan membawa kepada hipotiroid berbandingkan pembedahan mengeluarkan sebahagian daripada kelenjar tiroid kerana kelenjar yang tinggal masih dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk keperluan badan.
- Masalah dengan kelenjar tiroid sejak dilahirkan: Sesetengah bayi mungkin dilahirkan dengan kelenjar tiroid yang tidak berkembang dengan betul atau tidak berfungsi dengan baik. Jenis hipotiroid ini dipanggil “congenital hypothyroidism”. Komplikasi termasuk gangguan fungsi otak. Justeru itu, ibu hamil yang mempunyai tahap tiroid rendah diberikan rawatan intensif untuk mengelakkan kelahiran anak yang hipotiroid.
- Kerosakan atau gangguan kelenjar pituitari: Jarang sekali, masalah kelenjar pituitari boleh mengganggu penghasilan hormon tiroid. Kelenjar pituitari yang menghasilkan hormon dikenali sebagai “thyroid stimulating hormone” (TSH), berfungsi sebagai isyarat mengenai jumlah hormon yang perlu dibuat dan dilepaskan oleh tiroid.
- Gangguan hipotalamus: Ini adalah satu bentuk hipotiroid yang sangat jarang berlaku di mana hipotalamus di dalam otak tidak menghasilkan hormon TRH dengan secukupnya sekali gus menjejaskan pengeluaran TSH dari kelenjar pituitari dan seterusnya hormon tiroid.
Apakah tanda hipotiroid?
Kebanyakan orang akan mengalami gejala hipotiroid secara beransur-ansur untuk jangka masa panjang. Anda perlu menjalani ujian darah untuk menentukan tahap hormon tiroid dan rawatan bagi keseriusan gejala hipotiroid.
Tanda-tanda dan gejala hipotiroid berbeza antara individu berdasarkan tahap tiroid dalam badan. Antara gejala hipotiroid adalah termasuk:
- Keletihan
- Kemurungan
- Sembelit
- Berasa sejuk
- Kulit kering
- Peningkatan berat badan tanpa sebab yang jelas
- Kelemahan otot
- Kurang berpeluh
- Denyutan jantung yang perlahan
- Tahap kolesterol darah tinggi
- Sakit sendi
- Rambut yang kering, kasar dan menipis
- Keguguran rambut
- Memori terjejas
- Masalah fertiliti atau perubahan haid
- Kekejangan atau kesakitan otot
- Muka bengkak
- Kurang tumpuan
- Kaki bengkak
Apakah rawatan hipotiroid?
- Hipotiroid adalah sejenis penyakit seumur hidup. Sering kali, rawatan hipotiroid diberikan untuk mengurangkan gejala.
- Hipotiroid boleh dirawat dengan mudah dengan penggantian hormon tiroid. Rawatan pilihan untuk kebanyakan orang dengan tiroid yang tidak aktif adalah “Levothyroxine Sodium” (Levoxyl, Synthroid).
- Versi sintetik hormon T4 ini berfungsi sepertimana tindakan hormon tiroid dalam badan anda bertindak. “Liothyronine Natrium” (Cytomel) juga boleh digunakan untuk merawat hipotiroid dalam keadaan tertentu.
- Ubat ini direka untuk mengembalikan hormon tiroid yang mencukupi ke darah anda. Sebaik sahaja tahap hormon dipulihkan, gejala keadaan mungkin hilang atau sekurang-kurangnya menjadi lebih mudah dikawal.
- Ubat rawatan memerlukan masa untuk bertindak dan untuk gejala hipotiroid kembali pulih. Pemeriksaan darah susulan akan dijalankan untuk memantau tahap hormon tiroid dalam badan anda. Anda disarankan untuk bekerjasama dengan pihak doktor bagi mencari dos dan pelan rawatan yang paling efektif untuk gejala anda.
- Rawatan hipotiroid memerlukan terapi sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, tidak mungkin anda akan terus mengambil dos yang sama. Untuk memastikan ubat anda masih berfungsi dengan betul, doktor anda harus menguji tahap TSH anda setiap tahun.
- Rawatan hipotiroid memerlukan terapi sepanjang hayat. Untuk memastikan dos ubat anda mencukupi, anda harus menguji tahap TSH dari masa ke semasa.
- Pemeriksaan susulan penting kerana rawatan hipotiroid dengan ubat tiroid yang berlebihan membawa risiko masalah jantung, kawalan tekanan darah, dan osteoporosis.
Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin teruk atau tidak terkawal, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera dan menjalani ujian darah untuk menentukan tahap hormon tiroid dalam badan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References