Kesakitan merupakan sensasi yang amat subjektif untuk ditakrifkan dan bergantung kepada penilaiann seseorang tersebut. Ia boleh terbahagi kepada sakit secara fizikal, mental ataupun berpunca daripada penyakit lain. Deskripsi tentang rasa sakit juga berbeza mengikut lokasi, durasi dan ciri-cir kesakitan. Bagi sendi pula, kesakitan boleh berlaku disebabkan masalah pada setiap struktur seperti kulit, otot, ligamen, atau pangkal saraf. Namun tulang jarang menyebabkan timbulnya rasa sakit. Berikut merupakan antara penyakit yang boleh berlaku meilbatkan sendi dan kawasan sekitarnya.
- Jangkitan pada sendi atau tulang. Am mengetahui bahawa jangkitan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah pada bahagian sendi. Jangkitan yang berlaku pada sendi dikenali sebagai septic arthritis manakala jangkitan yang berlaku pada tulang pula dipanggil sebagai osteomyelitis. Jangkitan selalunya menyebabkan pesakit mengalami demam dan bahagian jangkitan akan kelihatan merah.
- Kecederaan atau trauma pada bahagian sendi. Bahagian sendi boleh terseliuh atau tisu sekitarnya serta ligamen mengalami koyakkan. Masalah ini selalunya berlaku disebabkan oleh kecederaan serta trauma namun punca lain seperti mengangkat barang berat, postur badan yang tidak betul dan pergerakan yang tidak betul turut menyumbang kepada masalah yang sama.
- Keradangan sendi. Masalah keradangan sering berlaku kepada semua orang terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Keradangan sendi dikenali sebagai arthritis dan ia boleh dikelaskan kepada pelbagai punca. Punca yang paling lazim ialah osteoathritis. Penyakit ini sering berlaku pada sendi lutut dan ia terjadi disebabkan penghakisan tulang rawan.
- Keradangan sendi yang berpunca daripada masalah reumatoid. Sakit ini dalam terma perubatan dikenali sebagai rheumatoid arthritis. Ia disebabkan oleh antibodi badan sendiri menyerang sel normal seperti sendi. Pesakit selalunya mengalami simptom seperti sendi terasa tegang ataupun sakit terutamanya pada waktu pagi. Masalah ini sering berlaku pada sendi pada bahagian jari dan masalah inlah selalunya menjadi punca sakit sendi jari tangan.
Terdapat punca lain yang menyebabkan kesakitan pada bahagian sendi seperti kesan sampingan ubat, barah dan juga berat badan yang berlebihan. Selain itu, perlu diketahui bahawa terdapat kesakitan yang tidak berpunca daripada sendi namun sensasi sakit tersebut dirasakan pada bahagian sendi. Sakit ini dikenali sebagai ‘referred pain’.