Anonymous
Doktor, saya ingin bertanya tentang penyakit kaki bengkak dan apa yang saya boleh buat untuk menghilangkan kaki bengkak. Bukan saya yang mengalami kaki bengkak tetapi ibu saya. Ibu saya berumur 73 tahun. Dia kebiasaannya sihat dan tidak pernah mengalami apa-apa masalah kesihatan yang memerlukannya untuk masuk hospital. Ibu saya juga tidak perlu makan banyak ubat. Ubat yang ibu saya mengambil hari-hari adalah ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi. Selain itu, ibu saya hanya mengambil suplemen seperti multivitamin. Saya perasan kakinya mula-mula bengkak sejak beberapa bulan lalu.
Bengkak di kaki ini apabila dipicit seolah-olah tenggelam sementara. Selain dari bengkak di kedua-dua belah kaki, ibu saya semakin cepat penat. Sebelum ini ibu saya berupaya berjalan agak jauh tanpa bantuan dan tidak berasa penat. Tetapi sekarang, selepas berjalan dalam jarak yang dekat juga membuatnya tercungap-cungap. Apabila ditanya jika dia merasa sakit dada, ibu saya cakap tidak merasa sakit di mana-mana. Ibu saya tidak pernah sakit jantung. Saya ingin bertanya jika saya perlu membawa ibu saya berjumpa dengan doktor. Selain itu, saya juga ingin tahu apakah kemungkinan punca kaki ibu saya bengkak dan apakah jalan penyelesaian yang terbaik? Terima kasih atas jawapan doktor.
Anonymous
<!--block-->Doktor, saya ingin bertanya tentang penyakit kaki bengkak dan apa yang saya boleh buat untuk menghilang... See More
Terima kasih kerana bertanya dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Menurut maklumat yang anda telah berikan, kaki ibu anda bengkak mungkin disebabkan masalah jantung. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kaki bengkak. Salah satu penyebabnya adalah masalah jantung. Antara fungsi jantung adalah untuk mengepam air yang berlebihan keluar dari badan melalui buah pinggang dan jika fungsi jantung tidak berada di tahap yang optimum, badan anda mungkin akan menahan air yang berlebihan dan ini menyebabkan bengkak pada kedua-dua belah kaki. Jantung yang lemah juga boleh menyebabkan seseorang merasa cepat penat dan tercungap-cungap. Saya menyarankan anda membawa ibu anda berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengetahui tahap prestasi jantung ibu anda dan juga untuk mendapat ubat yang boleh mengurangkan kaki bengkak.Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan, terdapat pelbagai punca kaki bengkak. Saya akan terangkan sedikit sebanyak mengenai bagaimana kaki bengkak berlaku serta penyebabnya.
Terima kasih kerana bertanya dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Menurut maklumat yang anda telah ber... See More