Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi sakit lutut kanan (Right Knee Pain)?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemain bola sepak peringkat negeri berumur 28 tahun. Saya merupakan kapten untuk pasukan saya. Saya juga adalah pemain yang konsisten dan sering cuba untuk menjaringkan gol bagi pasukan saya. Dalam perlawanan yang diadakan pada dua hari yang lepas, saya telah mengalami kecederaan pada lutut sebelah kanan saya. Apabila saya ingin menendang bola, saya terdengar bunyi “pop” pada lutut kanan saya. Kemudian, saya jatuh dan tidak dapat bangun semula lagi. Saya terpaksa berhenti main. Beberapa jam kemudian, lutut saya menjadi bengkak dan sangat sakit. Saya tidak berjalan sehingga sekarang dan lutut saya semakin sakit. Aktiviti harian dan tidur pada waktu malam saya juga terganggu oleh hal ini. Apakah yang menyebabkan sakit lutut kanan saya, doktor? Apakah harus saya lakukan?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemain bola sepak peringkat negeri berumur 28 tahun. Saya merupakan kapten untuk p... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda tentang sakit lutut kanan (Right Knee Pain). Kemungkinan anda mengalami kecederaan pada “anterior cruciate ligament” lutut sebelah kanan anda. Kecederaan ini harus dinilai oleh doktor sebelum diberikan rawatan pembedahan untuk memperbaikinya. Sementara itu, anda boleh meletakkan ais pada kawasan bengkak di lutut dan mengambil ubat tahan sakit.

Terima kasih atas soalan anda tentang sakit lutut kanan (Right Knee Pain). Kemungkinan anda mengalami kecederaan pada... See More

Apakah itu sakit lutut kanan

Kesakitan lutut adalah masalah biasa yang boleh berasal dari mana-mana struktur tulang yang melibatkan sendi lutut (femur, tibia, fibula), lutut (patella), atau ligamen dan tulang rawan (meniscus) lutut. Kesakitan lutut bertambah teruk dengan senaman disebabkan geseran dan pergerakan otot di sekelilingnya. Kesakitan lutut boleh menjejaskan semua peringkat umur.

Kesakitan lutut sebelah kanan boleh disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang melibatkan mana-mana struktur atau bahagian lutut.

Apakah penyebab sakit lutut kanan

Terdapat banyak sebab yang mengakibatkan sakit lutut kanan. Antara puncanya termasuk:

  • “Bursitis”: Bursa adalah kantung di bawah kulit sendi yang mengandungi sejenis cecair yang membantu mencegah geseran kasar semasa pergerakan. Pergerakan yang berlebihan atau jatuh secara berulang boleh menyebabkan keradangan bursa anda. Ini membawa kepada kesakitan dan bengkak.
  • “Dislocated knee”: Ini bermakna lutut anda terkeluar dari kedudukan asalnya, menyebabkan sakit lutut dan bengkak. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi akibat kurang aliran darah ke kaki daripada pergerakan struktur sekeliling.
  • “IT (iliotibial) band syndrome”: “iliotibial (IT) band” adalah sekeping tisu kuat yang menghubungkan dari pinggul anda ke bahagian luar lutut anda. Apabila anda melakukan aktiviti secara keterlaluan, ia boleh meneybabkan keradangan sekali gus menyebabkan kesakitan pada bahagian luar lutut. Ia biasa di kalangan pelari dan atlit sukan.
  • “Meniscal tear”: Meniskus diperbuat daripada tulang rawan dan bertindak sebagai penyerap tekanan antara tulang di lutut. Pergerakan yang melibatkan putaran lutut boleh mencederakan meniskus. Kadang-kala, kecederaan lutut akan menyebabkan tulang rawan koyak. Permukaan tulang yang tidak sekata dalam sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak. Sering kali, terdapat sensasi "menangkap" dalam sendi ketika seseorang individu melakukan aktiviti.
  • “Osteoarthritis”: Ini adalah jenis artritis "haus dan lusuh" yang paling biasa selepas umur 50 tahun. Keadaan ini menyebabkan sendi lutut menjadi sakit atau membengkak apabila anda aktif dan susah untuk bergerak jika tiada pergerakan sekitar sendi untuk jangka waktu lama. Sendi yang terjejas oleh osteoartritis juga boleh menjadi kaku pada permulaan penyakit ini.
  • “Patellar tendinitis”: Ini bermakna anda mempunyai keradangan dalam tendon yang menghubungkan lutut ke tulang paha. Tendon adalah kumpulan tisu kuat yang menghubungkan otot ke tulang anda. Apabila anda melakukan senaman secara berlebihan, tendon boleh menjadi radang dan sakit. Ia juga dipanggil sebagai "jumper’s knee" kerana melompat secara berulangan adalah punca yang paling biasa.
  • “Patellofemoral pain syndrome”: Ketidakseimbangan otot, ketegangan, dan masalah penjajaran kaki biasanya menjadi punca keadaan ini dan bukan kerana kecederaan. Ia menyebabkan sakit lutut dan masalah “buckling" yang bermakna lutut anda tiba-tiba tidak dapat menanggung berat badan anda. Keadaan ini lebih biasa dalam golongan wanita daripada lelaki.
  • Patah tulang: Trauma secara langsung boleh menyebabkan salah satu tulang di lutut patah. Keretakan lutut bukan sahaja menyakitkan tetapi juga akan mengganggu fungsi lutut atau keupayaan untuk menanggung berat badan. Patah atau retak tulang memerlukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengesan kemungkinan kecederaan lain yang akan mengganggu fungsi sendi lutut.
  • Kecederaan ligamen: Ligamen yang mudah terdedah kepada kecederaan ialah ACL (anterior cruciate ligament). ACL sering kali mengalami kecederaan yang berkaitan dengan sukan terutamanya jika melibatkan pergerakan berhenti secara tiba-tiba dan perubahan arah. Kecederaan ligamen lain seperti “posterior cruciate ligament”, “lateral collateral ligament” dan “medial collateral ligament” lebih kurang berlaku.
  • “Rheumatoid arthritis”: Keadaan auto imuniti yang boleh menjejaskan sebarang sendi di dalam badan lalu menyebabkan kesakitan dan ketidakupayaan yang teruk.
  • Gout: Gout adalah sejenis artritis yang paling biasa menyerang jari besar pada kaki dan boleh juga melibatkan lutut. Gout cenderung untuk berlaku berulang kali jika tidak menjaga makanan dan diserang tahap kesakitan yang tinggi semasa episod akut.
  • “Septic arthritis”: Sejenis artritis di mana sendi lutut boleh dijangkiti sekali gus membawa kepada kesakitan, bengkak, lutut dan demam Keadaan ini memerlukan rawatan antibiotik dan “drainage” secepat mungkin.

Apakah gejala sakit lutut kanan

Lokasi kesakitan lutut boleh berbeza bergantung kepada struktur mana yang terlibat. Dengan jangkitan atau proses radang, seluruh lutut mungkin bengkak dan menyakitkan, sementara meniskus atau patah tulang memberikan gejala hanya di satu lokasi tertentu. “Baker cyst” biasanya akan menyebabkan sakit di belakang lutut.

Tahap kesakitan lutut juga boleh berbeza-beza, dari sakit ringan hingga kesakitan yang teruk sehingga melumpuhkan pergerakan. Antara tanda dan gejala lain yang mengiringi sakit lutut termasuk:

  • Kesukaran berjalan kerana ketidakstabilan lutut
  • “Limping” disebabkan oleh ketidakselesaan
  • Kesukaran berjalan ke atas atau ke bawah
  • Lutut tidak dapat dibengkokkan
  • Kemerahan
  • Bengkak
  • Ketidakupayaan untuk meluruskan lutut
  • Mengalih berat badan ke lutut dan kaki yang bertentangan
  • Bentuk kaki mungkin berubah
  • Pergerakan terhad
  • Ketidakupayaan untuk berjalan lama
  • Kekebasan
  • Kekejangan

Apakah rawatan sakit lutut kanan

Rawatan untuk kesakitan lutut adalah berdasarkan punca kesakitan tersebut. Antara rawatan umum termasuk:

  • Ubat-ubatan: Ubat mungkin digunakan untuk merawat keadaan perubatan asas atau untuk melegakan kesakitan. Sekiranya anda kerap mengambil ubat tahan sakit untuk sakit lutut anda, anda harus merujuk kepada doktor anda untuk penilaian kesan sampingan.
  • Terapi fizikal: Fisioterapi menguatkan otot di sekeliling lutut akan menjadikannya lebih stabil dan membantu menjamin pergerakan mekanikal yang terbaik. Oleh yang demikian, terapi fizikal dapat membantu mengelakkan kecederaan atau memburukkan lagi kecederaan pada lutut.
  • Suntikan: Ubat suntikan langsung ke lutut mungkin membantu dalam keadaan tertentu. Suntikan yang paling biasa adalah kortikosteroid dan pelincir. Suntikan kortikosteroid boleh membantu keradangan sendi dan keradangan lain di bahagian lutut. Rawatan ini biasanya perlu diulang setiap beberapa bulan. Pelincir yang serupa dengan cecair yang ada dalam sendi lutut anda boleh membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.
  • Pembedahan: Terdapat pelbagai jenis pembedahan untuk lutut. Antaranya adalah “arthroscopic knee surgery” dan “total knee replacement”. “Arthroscopic knee surgery” adalah prosedur pembedahan yang melibatkan doktor melihat di dalam lutut anda melalui beberapa lubang kecil dan kamera “fiberoptic”. Pakar bedah boleh membaiki kecederaan dan mengeluarkan kepingan kecil tulang atau rawan yang longgar.
  • “Partial knee replacement”: Pakar bedah menggantikan bahagian lutut yang rosak dengan bahagian plastik dan logam. Oleh kerana hanya sebahagian daripada sendi lutut yang digantikan, prosedur ini mempunyai tempoh pemulihan yang lebih pendek.
  • “Total knee replacement”: Dalam prosedur ini, keseluruhan lutut digantikan dengan sendi buatan kilang.
  • Akupunktur: Rawatan ini telah dibuktikan keberkesanannya untuk melegakan kesakitan lutut, terutama untuk pesakit osteoartritis.

Selain rawatan yang dinyatakan, mnemonik RICE juga membantu, terutamanya untuk kecederaan ringan:

  • “Rest”: Berehat dari aktiviti lazim yang melibatkan sendi lutut.
  • “Ice”: Ais boleh membantu dengan sakit dan keradangan.
  • “Compress”: Pembalut mampatan boleh membantu mengurangkan bengkak dan membantu dalam penjajaran lutut. Teknik balutan tidak boleh ketat dan harus dikeluarkan pada waktu malam.
  • “Elevation”: Meninggikan lutut semasa berehat boleh membantu mengurangkan bengkak.

Sekiranya gejala anda tidak bertambah pulih, anda harus merujuk kepada doktor mendapatkan rawatan selanjutnya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References