- BCG, atau Bacille Calmette-Guerin, adalah vaksin untuk penyakit tuberkulosis (TB).
- Kebanyakan warga asing, terutamanya sekali dari negara dunia ketiga, telah mendapat vaksin BCG
- BCG diwajibkan dalam banyak negara yang mempunyai ke TB yang tinggi untuk mencegah penyakit meningitis tuberkulosis dalam kalangan kanak-kanak serta penyakit “miliary TB”.
- TB adalah jangkitan serius yang menjejaskan paru-paru yang sihat dan ia boleh merebak pada bahagian badan yang lain, seperti tulang, sendi dan buah pinggang. Ia juga boleh mengakibatkan meningitis.
Sebenarnya apakah kesan dan guna suntikan BCG (BCG Injection) selain meninggalkan kesan parut?
Hai, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berkenaan dengan suntikan BCG (BCG injection) atau nama penuhnya, ‘Bacille Calmatte-Guerin’, ia adalah vaksin bagi penyakit tuberkulosis (TB). Pentingnya untuk anak Puan dapatkan vaksin ini adalah kerana penyakit TB masih berleluasa. Anak-anak sangat mudah untuk dijangkiti penyakit TB dan apabila virus TB merebak pada otak, ia mampu mengakibatkan terjadinya TB meningitis dan boleh membawa maut.
Vaksin BCG ini mampu menguatkan sistem imunisasi di dalam badan untuk jangka masa yang panjang. Jikalau Puan membuat keputusan untuk tidak mengambil suntikan Vaksin BCG dan suntikan imunisasi lain, anak puan berisiko untuk dijangkiti pelbagai penyakit yang berbahaya seperti measles atau TB. Selain itu, apabila sistem pertahanan(immune system) anak menjadi lemah, ini memudahkan anak Puan untuk jatuh sakit. Jikalau terdapat kanak-kanak yang belum mendapat suntikan vaksin sepenuhnya bermain berdekatan dengan anak Puan, kesihatan kanak-kanak ini mungkin akan terjejas terutama sekali jikalau anak puan masih sakit dan belum pulih sepenuhnya. Maka, mengambil suntikan vaksin BCG ini adalah penting bukan untuk anak Puan sahaja, tetapi untuk orang-orang sekelilingnya.
Ingin saya jelaskan lebih lanjut berkenaan dengan vaksin BCG di bawah berikut.
Apakah itu BCG?
Apakah kebaikan BCG?
- Pemberian vaksin(vaccine) amat berbeza daripada memberi ubat kepada kanak-kanak kurang sihat kerana vaksin bekerja untuk memastikan badan anak anda sihat dalam jangka masa yang panjang dengan membina kekuatan sistem imunisasi anak anda.
- Anda mungkin tidak dapat lihat kesan baik vaksin secara fizikal tetapi jika dilihat secara keseluruhan anak anda tidak akan sakit dihidapi penyakit campak atau melalui rawatan intensif bagi penyakit meningitis.
- Sejak akhir ini, terdapat sesetengah ibubapa yang mempunyai pandangan untuk mengatakan "tidak" kepada vaksinasi dan "biarkan badan bertindak terhadap virus secara semula jadi". Walaubagaimanapun, membuat keputusan untuk tidak memberi vaksin kepada anak anda mededahkan badan kepada pelbagai penyakit yang mungkin serius, bahkan boleh membawa maut.
- Hakikatnya, kanak-kanak atau orang dewasa yang mendapat vaksinasi adalah lebih selamat daripada tidak mendapat langsung. Vaksinasi ini mungkin tidak akan berkesan 100% pada setiap kanak-kanak, tetapi ia mampu menguatkan pertahanan badan terhadap penyakit wabak yang tanpa vaksin akan membunuh jutaan kanak-kanak dan orang dewasa.
- Melalui konsep “herd immunity”, penularan sesuatu penyakit itu juga akan berkurang atau terus hilang jika kebanyakan masyarakat diberi vaksin kerana tidak diberi peluang untuk merebak.
Bilakah harus ambil BCG?
- Berdasarkan Jadual Vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin BCG perlu diberi pada setiap bayi yang baru lahir bersama dengan dos pertama vaksin Hepatitis B.
- Bagi warga asing juga harus dapatkan vaksin BCG, hepatitis dan lain-lain berdasarkan kriteria untuk mereka bekerja di Malaysia.
- Tidak dirawat atau tidak berkesan dirawat untuk penyakit TB (jika kanak-kanak itu tidak boleh diberi rawatan jangkitan jangka panjang)
- Mempunyai TB yang disebabkan oleh strain yang tahan kepada isoniazid dan rifampin.
- Peratusan yang tinggi pesakit TB dijangkiti strain M. tuberculosis yang kebal terhadap isoniazid dan rifampin
- Terdapat penyebaran strain M. tuberkulosis yang tahan terhadap ubat-ubatan kepada pekerja penjagaan kesihatan dan kemungkinan jangkitan seterusnya
- Kawalan pencegahan jangkitan TB komprehensif telah dilaksanakan tetapi belum berjaya.
- Pekerja-pekerja penjagaan kesihatan yang dipertimbangkan untuk vaksinasi BCG perlu diberi nasihat mengenai risiko dan manfaat yang berkaitan dengan vaksin BCG dan rawatan Jangkitan TB Laten (LTBI).
Apa harus anda buat jika anak anda belum ambil suntikan BCG?
Apakah langkah-langkah berjaga yang perlu saya ikuti sebelum ambil suntikan BCG?
- Beritahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda alahan kepada vaksin BCG atau mana-mana ubat lain.
- Beritahu doktor dan ahli farmasi tentang apa ubat preskripsi dan bukan preskripsi yang anda ambil, terutamanya antibiotik, agen kemoterapi kanser, steroid, ubat tuberkulosis, dan vitamin.
- Beritahu doktor anda jika anda diberi vaksin baru-baru ini atau jika anda mempunyai ujian TB positif.
- Beritahu doktor anda jika anda mempunyai masalah penyakit imun, kanser, demam, jangkitan, atau kawasan yang teruk pada badan anda.
- Beritahu doktor anda jika anda hamil, merancang untuk hamil, atau masih menyusu. Sekiranya anda hamil semasa mengambil vaksin BCG, hubungi doktor anda dengan segera.
Golongan manakah yang tidak patut mengambil vaksin BCG?
- Individu yang sudah mempunyai vaksin BCG
- Individu yang pernah mendapat penyakit TB sebelum ini
- Individu yang mendapat ujian kulit tuberkulin positif (Mantoux)
- Individu yang mempunyai tindak balas alahan teruk kepada mana-mana bahan yang digunakan dalam vaksin
- Bayi baru lahir yang tinggal di kawasan TB
- Individu yang mempunyai keadaan kulit septik di tapak di mana suntikan akan diberikan
- Individu yang telah menerima vaksin hidup dua atau tiga minggu yang lalu atau baru sahaja mendapat suntikan vaksin hidup.
- Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah, sama ada akibat keadaan kesihatan seperti HIV, rawatan seperti kemoterapi, atau ubat-ubatan yang menindas sistem imun, seperti tablet steroid
- Individu yang mempunyai kanser sel darah putih, sumsum tulang atau nodus limfa, seperti leukemia atau limfoma
- Individu yang tidak sihat (vaksin harus ditangguhkan sehingga mereka sembuh)
- perempuan mengandung
- Vaksin BCG biasanya tidak ditawarkan kepada orang yang berumur lebih dari 35 tahun, kerana vaksin tidak berfungsi dengan baik pada orang dewasa.
Apakah kesan sampingan vaksin BCG?
- Dua hingga enam minggu selepas suntikan, terdapat tompok kecil yang mungkin muncul di kawasan suntikan. Ia boleh berkembang menjadi bulat sehingga 7mm dan mungkin akan berkerak di mana bendalir telah kering di permukaan kawasan suntikan tersebut.
- Anda mungkin akan rasa sakit selama beberapa hari, tetapi ia akan sembuh lambat laun dan biasanya, ia meninggalkan parut kecil.
- Kadangkala, mungkin terdapat reaksi kulit yang lebih teruk, tetapi selalu ia mengambil beberapa minggu untuk sembuh.
- Jika anda bimbang bahawa anda atau reaksi kulit anak anda tidak normal atau tempatnya mungkin dijangkiti, anda perlu beritahu doktor anda dengan segera.
- Jika ia bernanah, ia juga tindak balas normal. Tetapi jika anda tetap risau dan disertai dengan gejala lain sila merujuk nasihat doktor.
- Kesan sampingan yang serius kepada vaksin BCG, seperti tindak balas anaphylactic (tindak balas alahan yang serius), sangat jarang berlaku. Kes ini selalu akan berlaku satu dalam satu juta kes.
- Semua kakitangan yang memberi vaksinasi dilatih untuk merawat reaksi alahan. Sesiapa yang mempunyai tindak balas alahan terhadap vaksin akan pulih sepenuhnya tanpa kesan berkekalan jika mereka dirawat dengan segera.
References