Tiroid

Apakah Gejala Gangguan Tiroid (Penyakit Tiroid)

Baca Soalan

Gejala hipertiroid

  • Hipertiroid merujuk kepada kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan ia menghasilkan hormon tiroid yang terlalu banyak. Terdapat pelbagai gejala tiroid terlalu aktif yang telah dikenal pasti oleh pakar-pakar perubatan.
  • Salah satu gejala hipertiroid yang paling utama ialah kalenjar hipertiroid membesar. Kondisi ini juga dikenali sebagai goiter. Kelenjar tiroid yang besar akan menyebabkan bengkak di bahagian depan atau tepi leher.
  • Kadang kala pada permukaan goiter akan terdapatnya benjolan yang lebih kecil. Benjolan-benjolan ini adalah terbentuk daripada nodul tiroid, iaitu bahagian kelenjar tiroid yang lebih aktif.
  • Selain goiter dan nodul tiroid, penyakit hipertiroid juga boleh menyebabkan gejala tiroid mata. Gejala tiroid mata biasanya akan berlaku apabila pesakit menghidap penyakit Graves, iaitu sejenis penyakit autoimun.    
  • Antara tanda-tanda mata yang boleh disebabkan oleh penyakit Graves termasuk:
    • Penglihatan yang kabur
    • Mata yang kering
    • Kesukaran menggerakkan bebola mata
    • Penonjolan bebola mata dari soket mata     
  • Hipertiroid juga sering menyebabkan simptom-simptom seperti:
    • Berat badan yang berkurangan

    • Selera makan yang bertambah

    • Cirit-birit

    • Perasaan tidak tahan cuaca panas

    • Berpeluh banyak

    • Denyutan jantung yang berdebar-debar

    • Tangan dan jari-jari yang bergetar

    • Kitaran haid yang tidak teratur

    • Emosi yang tidak stabil

Gejala hipotiroid

  • Hipotiroid merujuk kepada kelenjar tiroid yang kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon yang secukupnya. Tanda-tanda hipotiroid adalah kurang spesifik berbanding dengan gejala hipertiroid.
  • Oleh itu, banyak orang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gejala hipotiroid, terutamanya bagi golongan yang lebih tua. Selain itu, tanda-tanda hipotiroid jarang datang bersama.
  • Pesakit-pesakit hipotiroid biasanya akan mengalami satu atau dua tanda-tanda hipotiroid sahaja. Hipotiroid juga boleh menyebabkan kalenjar hipertiroid membesar atau goiter di bahagian leher.  
  • Simptom-simptom hipotiroid yang lain adalah seperti yang berikut:
    • Mudah letih dan tidak bermaya

    • Badan yang lemah

    • Berat badan yang meningkat

    • Sembelit

    • Perasaan tidak tahan sejuk

    • Kulit yang kering

    • Suara yang serak

    • Suhu badan yang rendah

    • Denyutan jantung yang lebih perlahan

    • Keguguran rambut

    • Kesukaran untuk menumpukan perhatian

    • Kekejangan otot

    • Perdarahan haid yang berlebihan

    • Kemurungan

Gejala penyakit tiroid yang berbahaya (red flags)

  • Hipertiroid dan hipotiroid boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius. Komplikasi utama hipertiroid ialah kondisi yang dikenali sebagai thyroid storm iaitu rembesan hormon tiroid yang terlalu banyak dari kelenjar tiroid.  
  • Kondisi ini biasanya menyebabkan simptom-simptom seperti:
    • Demam tinggi
    • Denyutan jantung yang tidak teratur
    • Tekanan darah tinggi
    • Muntah
    • Cirit-birit
    • Pening
  • Kondisi ini boleh menyebabkan serangan jantung dan maut jika tidak dirawat dengan segera.
  • Komplikasi utama hipotiroid ialah kondisi yang dikenali sebagai myxedema coma, iaitu kekurangan hormon tiroid di dalam badan sehingga menyebabkan koma.
  • Pesakit dalam kondisi ini sering mengalami tekanan darah rendah, denyutan jantung yang terlalu perlahan dan badan yang sejuk.

Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?