Kencing Manis

Diagnosis Penyakit Diabetes Jenis 1

Baca Soalan

Kadar normal gula dalam darah

  • Penyakit diabetes mellitus merupakan sebuah istilah yang digunakan untuk penyakit yang membuatkan kandungan gula di dalam darah berada di dalam keadaan yang tinggi. Ianya dikenali sebagai kondisi ‘hyperglycemia’.
  • Untuk memberikan diagnosis kencing manis, perkara pertama yang harus diketahui adalah kadar gula yang normal di dalam darah. Mengetahui kandungan kadar gula di dalam darah amat bermanfaat kerana ianya akan dapat membantu seseorang itu untuk mengetahui jika seseorang itu mempunyai ciri-ciri penyakit diabetes.
  • Secara tidak langsung, langkah-langkah awal di dalam menguruskan penyakit itu dapat diambil.  
  • Kadar bacaan gula di dalam individu-individu normal yang bebas daripada penyakit diabetes adalah:
    • Diantara 4.0 sehingga 5.4 mmo/L apabila berpuasa

    • Sehingga 7.8 mmol/L selepas 2 jam mengambil makanan berat

  • Istilah ‘berpuasa’ yang digunakan apabila membincangkan topik tentang diabetes mellitus bermaksud seseorang itu tidak mengambil sebarang makanan 8 jam sebelum ujian glukosa diambil

Diagnosis Penyakit Diabetes Mellitus Jenis 1

  • Oleh kerana penyakit Diabetes Mellitus Jenis 1 merupakan salah satu daripada beberapa penyakit diabetes, diagnosis yang betul amatlah penting supaya penyakit yang ditimpa oleh pesakit dapat diuruskan dengan baik.
  • Hal ini kerana setiap penyakit diabetes mempunyai prosedur-prosedur yang berbeza di dalam menguruskannnya. Kencing Manis Jenis 1 berpunca daripada ketiadaan insulin yang dirembeskan ke dalam badan.
  • Manakala Kencing Manis Jenis 2 pula berpunca daripada sebuah keadaan yang mana di panggil ‘insulin resistance’ iaitu keadaan di mana insulin dirembeskan ke dalam tubuh namun sel-sel di dalam badan tidak memberikan tidak balas terhadap insulin yang dikeluarkan.  
  • Kriteria bagi diagnosis penyakit Kencing Manis Jenis 1:
    • Plasma glukosa ketika berpuasa (fasting plasma glucose) melebihi 7 mmol/L selepas beberapa ujian telah di jalankan. Puasa bermaksud tiada sebarang pengambilan makanan selama sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dijalankan.
    • Ujian kadar gula secara rawak (random plasma sugar) melebihi 11.1 mmol/L pada pesakit yang mempunyai simptom-simptom hiperglisemia
    • Ujian OGTT: Kadar glukosa akan diukur selepas pesakit diberikan glukosa sebanyak 1.75 g/kg. Pesakit diabetes akan mempunyai kadar gula melebihi 11.1mol/L di dalam plasma.
    • ‘Glycated hemoglobin’ atau dikenali sebagai ujian yang dikenalis sebagai ujian HBA1C yang melebihi 6.5%. Namun ujian ini biasanya digunakan di dalam diagnosis penyakit Diabetes Mellitus Jenis 2 pada orang dewasa dan ianya harus diselaraskan dengan tanda-tanda hiperglisemia.  
  • Karakter Klinikal Pesakit Kencing Manis Jenis 1:
    • Keadaan tubuh
      • Pesakit Kencing Manis Jenis 2 mempunyai tubuh yang obes.
      • Namun pesakit Kencing Manis Jenis 1 mempunyai tubuh yang tidak obes dan kehilangan berat badan.
      • Hanya 25% daripada pesakit Diabetes Mellitus Jenis 1 mempunyai tubuh yang obes
    • Umur
      • Simptom pesakit Kencing Manis Jenis 2 kebiasaannya muncul selepas akil baligh. Kebiasaannyaselepas umur 10 tahun.
    • Sejarah keluarga
      • Sehingga 10% daripada pesakit Kencing Manis Jenis 1 mempunyai sejarah kesihatan keluarga terdekat yang mempunyai masalah yang sama.
      • Namun bagi penyakit Kencing Manis Jenis 2, 75 hingga 90% pesakit mempunyai sejarah kesihatan keluarga terdekat yang mempunyai masalah yang sama.
      • Ujian Makmal:
        • Ujian makmal ini adalah lebih kepada cara-cara untuk mendiagnosis jenis penyakit kencing manis yang sedang dialami. Namun, ianya bukanlah sebuah ujian rutin yang dijalankan di hospital untuk pesakit.
        • Antibodi
          • Kencing Manis Jenis 1:
            • Autoantibodi terhadap sel-sel pankreas
        • Kadar C-peptide dan insulin
          • C-peptide dan insulin yang tinggi kebiasaannya menandakan Kencing Manis Jenis 2
          • C-peptide dan insulin yang rendah pula kebiasannya menandakan Kencing Manis Jenis 1. Namun bacaan yang tepat hanya akan dicapai apabila pesakit bebas daripada mengalami sebarang penyakit akut.
      • Harus diketahui bahawa kehadiran antibodi terhadap pankreas bukanlah indikasi tetap yang menentukan penyakit diabetes. Di dalam sesetengah keadaan kencing manis jenis 1, tidak terdapat sebarang antibodi yang dapat dikesan di dalam tubuh badan.
      • Kes ini akan diklasifikasikan sebagai Kencing Manis Jenis 1B.

      Diabetik Ketoasidosis

      • Diabetik ketoasidosis (diabetic ketoacidosis) merupakan sebuah keadaan yang paling kerap memberikan kesan buruk terhadap pesakit-pesakit Diabetes Mellitus Jenis 1. Di Amerika Syarikat, sebanyak satu pertiga daripada pesakit-pesakit kencing manis jenis 1 didiagnosis mempunyai kencing manis selepas mereka menghadapi keadaan ini.
      • Diabetik ketoasidosis berlaku pada kadar6 hingga 8 peratus setahun terhadap pesakit kencing manis jenis 1. Ianya juga boleh berlaku kepada pesakit kencing manis jenis 2 tetapi tidaklah sekerap yang berlaku terhadap pesakit kencing manis jenis 1.  
      • Ciri-ciri Kondisi Diabetik Ketoasidosis:
        • Hiperglisemia: Gula di dalam darah melebihi 11.1 mmol/L
        • Metabolik asidosis: Kadar pH di dalam salur darah vena kurang daripada 7.3 atau serum bicarbonate pada kadar kurang daripada 15 mmol/L
        • Ketosis: Terdapat ‘ketone body’ di dalam kitaran darah (>3mmol/L beta hydrobutyrate) atau di dalam air kencing (urine ketones)   
      • Faktor-faktor yang mengingkatkan kemungkinan diagnosis diabetik ketoasidosis terhadap pesakit Diebetes Mellitus Jenis 1 boleh disenaraikan seperti berikut:
        • Umur yang muda: Kurang daripada 5 tahun
        • Tahap sosioekonomi yang rendah
        • Diagnosis kencing manis jenis 1 yang lewat  
      • Apabila seseorang kanak-kanak tersebut telah didiagnosis dengan penyakit kencing manis jenis 1, kadar bagi kanak-kanak tersebut untuk mendapat serangan diabetik ketoasidosis adalah sebanyak 6 hingga 8 peratus setahun.  
      • Risiko-risiko yang boleh meningkatkan kadar serangan termasuklah:
        • Tubuh badan yang mempunyai kadar kawalan metabolik yang rendah. Mempunyai kadar nilai HBA1C yang tinggi
        • Masalah cirit-birit bersama muntah-muntah dan dehidrasi
        • Kanak-kanak perempuan yang menghampiri usia akil baligh
        • Kanak-kanak yang mempunyai sejarah masalah psikiatrik termasuk masalah mengambil makanan ataupun mempunyai masalah keluarga
        • Tidak mempunyai akses yang mudah untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang baik
        • Tidak mematuhi jadual waktu pengambilan insulin ataupun masalah di dalam alat suntikan insulin  
      • Ciri-ciri dan simptom yang ditunjukkan apabila seseorang kanak-kanak tersebut menghadapi serangan diabetik ketoasidosis:
        • Tubuh badan yang kurus, berasa mual, muntah-muntah dan sakit pada bahagian perut. Kesakitan pada bahagian perut seolah-olah serangan radang pada apendiks.Peningkatan kadar pemakanan (polyphagia) dapat dilihat berlaku beberapa ketika sebelum serangan bermula
        • Kadar pernafasan meningkat dan menjadi dalam. Ianya digelar sebagai pernafasan Kussmaul dan ia merupakan salah satu cara yang dilaksanakan oleh tubuh badan untuk menyeimbangkan kadar asiditi di dalam tubuh badan.
        • Kadar denyutan nadi yang bertambah, hujung jari yang pucat dan kulit menjadi kurang tengang serta kurang berkilat.
        • Pesakit akan mejadi kurang responsif, kelihatan kepenatan dan boleh pergi sehingga koma. Kerosakan pada otak boleh menyebabkan kematian berlaku jika ianya tidak dirawat dengan segera


Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?