Baca Soalan
Diabetes Jenis 1- Rawatan
- Terdapat sedikit kelainan dari segi rawatan bagi diabetes jenis 1 berbanding diabetes jenis 2. Untuk jenis 2, pelbagai pilihan ubat boleh diberikan kepada pesakit selain insulin.
- Dalam erti kata lain, cara merawat kencing manis peringkat awal untuk penghidap diabetes jenis 2 adalah melalui ubat seperti:
- metformin
- gliclazide
- kumpulan DPP4-I
- Tidak sama sekali suntikan insulin.
Jenis ubat-ubatan untuk rawatan kencing manis
- Walaubagaimanapun, bagi diabetes jenis 1, insulin adalah satu-satunya ubat kencing manis yang diguna pakai dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kadar gula berada pada tahap yang selamat.
- Oleh kerana punca berlakunya diabetes jenis 1 ini adalah kerana kekurangan insulin semulajadi di dalam badan, maka langkah untuk hanya bergantung kepada ubat suntikan ini adalah tepat. Ia sama sekali berbeza dengan penyebab kencing manis jenis 2.
Masa pengambilan
- Jumlah suntikan insulin yang perlu diberikan kepada pesakit bergantung kepada doktor yang merawat. Ini kerana rawatan untuk penyakit ini perlu diberikan berdasarkan keadaan semasa penghidap diabetes.
- Secara umumnya, suntikan insulin akan diberikan sebelum makan pagi, makan tengahari atau malam dan sebelum tidur. Terdapat pelbagai rejim rawatan yang perlu disesuaikan dengan situasi pesakit mahupun penjaga.
Jadual waktu pengambilan makanan
- Jadual pemakanan pesakit kencing manis perlu dibuat dan diikuti dengan penuh disiplin. Elakkan dari mengambil makanan terlalu awal atau terlalu lewat dan pastikan masa untuk pesakit menjamu selera adalah sama pada setiap hari.
- Hal ini penting bagi memastikan insulin dapat diberi dengan betul selain mengelakkan kadar gula di dalam darah menjadi terlalu rendah ataupun juga dipanggil sebagai ‘hypoglycemia’.
Makanan dan minuman yang digalakkan
- Pesakit digalakkan bertemu dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan contoh menu makanan untuk diabetes. Selain insulin, pesakit perlu menjaga diet mereka agar kencing manis mereka lebih terkawal.
- Beras perang mengandungi glukosa yang rendah dimana ia boleh membantu mengurangkan jumlah gula dalam badan dan sepatutnya menjadi pilihan bagi beras untuk pesakit kencing manis.
- Selain itu, pengambilan roti untuk pesakit kencing manis perlu diawasi. Elakkan daripada roti putih, sebaliknya biasakan pesakit dengan roti gandum penuh.
- Di samping itu, berikan susu rendah lemak atau susu bersaskan kekacang sebagai alternatif kepada susu penuh krim.