Ketahui Petua Menurunkan Paras Gula Dalam Darah Bagi Pesakit Kencing Manis
Diabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang dan setiap pesakit kencing manis wajib tahu petua turunkan gula dalam darah supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku.
Penghidap diabetes jenis 2 adalah satu keadaan di mana pankreas masih menghasilkan insulin tapi tidak secekap yang sepatutnya.
Maksudnya, tubuh tidak berupaya menukar glukosa daripada makanan kepada tenaga lalu menyebabkan gula kekal dalam darah.
17 Petua Turunkan Gula Dalam Darah
#1 Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.
Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
#2 Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.
Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.
Sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
#3 Meningkatkan pengambilan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.
Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.
Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
#4 Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
#5 Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
#6 Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.
Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
#7. Kawal stres dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula.
Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stres dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.
Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
#8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
#9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium.
Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes.
Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
#10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan.
Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Lain-lain petua turunkan gula dalam darah
- Cuka epal: Menggalakkan tahap gula yang jauh lebih rendah, mempengaruhi tindak balas terhadap gula dan meningkatkan kepekaan insulin.
- Ekstrak kayu manis: Kajian menunjukkan kayu manis boleh menurunkan kadar gula dalam darah, melambatkan pecahan karbohidrat dalam saluran pencernaan dan mengurangkan kenaikan gula selepas makan.
- Berberine: Ia merupakan kompenen aktif dalam herba Cina bagi merawat kencing manis selama ribuan tahun. Khasiatnya lebih kurang sama dengan kayu manis.
- Fenugreek: Membantu mengawal paras gula dan berkesan menurunkan kadar gula pada pesakit kencing manis. Bahkan, ia merupakan herba paling selamat untuk pesakit diabetes.