Benarkah Rahim Kembang Akibat Minum Minuman Berais Ketika Pantang?

Baca Soalan

Ibu tidak digalakkan untuk mengambil ais semasa berpantang kerana ini dikatakan boleh menyebabkan rahim kembang ataupun rahim terjatuh/terkeluar. 

Lebih-lebih lagi apabila orang tua asyik membebel pasal kesan tidak berpantang dengan betul yang tidak dapat dilihat sekarang.

Walaupun sesetengah ibu akan rajin berpantang kerana menghormati kata-kata orang tua mereka, tetapi adakah ia logik atau ia hanya mitos semata-mata?

Menurut ramai penjual supplemen dan produk-produk berpantang, inilah tanda-tanda dan punca rahim kembang:

Tanda-tanda rahim kembang

  • Banyak keputihan keluar dari faraj
  • Faraj berair
  • Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah
  • Perut selalu terasa kejang
  • Period tidak menentu
  • Perut buncit
  • Sakit ketika melakukan seks dengan suami
  • Sakit tumit kaki
  • Kerap terkencing
  • Keluar air daripada kemaluan setiap kali terbatuk/bersin

Punca rahim kembang ialah:

  • Kerap minum air berais
  • Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
  • Wanita tidak berpantang dengan baik selepas keguguran
  • Wanita tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

Ais punca rahim kembang – benar atau mitos?

Baru-baru ini timbul perdebatan antara dua pendapat, di mana ada yang menyokong ais punca rahim kembang dan ada yang berpendapat semuanya mengarut sahaja.

Post Facebook yang ditulis oleh Dr. Rusyainie Ramli telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kalangan ibu-ibu yang masih percaya dengan petua-petua semasa berpantang

Di dalam postnya, Dr. Rusyainie telah menerangkan bahawa salah faham ais sebagai punca rahim kembang, bukannya fakta yang disokong dari segi sains. Menurut Dr. Rusyainie ais sebenarnya tidak bersalah.

Ais TIDAK akan menyebabkan

  • rahim kembang
  • kemaluan yang sentiasa basah
  • badan berangin
  • perut buncit
  • letih dan penat
  • haid yang berketul-ketul
  • senggugut
  • faraj menjadi longgar
  • cepat tua
  • sakit badan

Pendapat ibu-ibu mengenai isu ais punca rahim kembang

Ramai ibu-ibu yang tidak mengikut langkah-langkah berpantang telahpun berkongsi yang mereka tidak mengalami sebarang masalah selepas minum air berais. Ada yang sehingga bedal air berais 5 jam selepas bersalin kerana cuaca Malaysia yang sangat panas.

Walaupun post itu disertakan dengan penjelasan dari Dr. Rusyainie yang sudah fed-up dengan pantang-pantang yang pada pendapatnya tidak berbukti, ramai masih berkeras dan menegaskan bahawa pantang larang pasti ada sebabnya.

Wajar ke ikut semua semasa berpantang? Ini kita pandai-pandailah tengok keadaan. Kadang-kadang ia lebih baik kalau ibu itu ikut sahaja supaya keluarga semua happy-happy, tak payahlah nak berkelahi dan bermasam muka. 

Tetapi kalau dapat keluarga dan mertua jenis chill dan tidak kisah sangat, terpulanglah kepada individu masing-masing. Sebenarnya, apabila orang tua menasihatkan kita supaya ikut baik-baik masa berpantang, niat mereka baik.

Oleh itu, kalau dah terpaksa dan di depan muka, kita redha sahajalah dan ikut sahaja kata-kata orang tua.


Terima kasih buat TheAsianParent.com kerana memberikan kebenaran untuk kami menyiarkan artikel ini. 

Written by: TheAsianParent.com

Tickled Media

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?