Bila untuk berjumpa dengan doktor?
Anak anda mempunyai gejala-gejala tonsillitis
Anak anda mengalami masalah sukar bernafas pada waktu malam atau mengalami episod apnea tidur, di mana kanak-kanak berhenti bernafas untuk tempoh yang singkat semasa tidur. Gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh radang tonsil.
Anak anda diserang tonsillitis secara berulang.
Anak anda tidak memberi tindak balas positif terhadap antibiotik, demam atau sakit, serta bintik putih pada tonsil. Ini mungkin disebabkan mononucleosis atau jangkitan lain.
Tidak dapat minum atau menelan atau mengalami kesukaran bernafas
Cara diagnosis
Pemeriksaan fizikal
Doktor akan bermula dengan pemeriksaann fizikal seperti:
Menggunakan lampu suluh untuk melihat kerongkong,telinga dan hidung yang mungkin merupakan tapak jangkitan
Memeriksa ruam yang dikenali sebagai scarlatina. Ruam ini dikaitkan dengan beberapa kes jangkitan strep
Pemeriksaan leher untuk memeriksa kelenjar yang bengkak (kelenjar limfa)
Mendengar dan memeriksa pernafasan dengan stetoskop
Memeriksa pembesaran limpa jika mengesyaki mononucleosis, yang juga menyebabkan radang tonsil
Tanda-tanda pada kerongkong seperti yang berikut:
Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
Tonsil - merah dan bengkak dengan nanah di permukaan kripta atau selaput putih di permukaan
Tonsil membengkak dan bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong
Bengkak di anak tekak dan lelangit
Kelenjar limfa di leher membesar dan menyebabkan kesakitan
Demam panas sekitar 38-40 °C
Ujian untuk membuat diagnosis
Sampel tekak
Dengan ujian mudah ini, doktor mengesat secara steril pada belakang kerongkong anak anda untuk mendapatkan sampel
Sampel akan diperiksa di klinik atau makmal untuk bakteria streptokokus
Sekiranya ujian dalam klinik positif, maka anak anda telah dijangkiti bakteria
Jika ujian kembali negatif, maka anak anda mungkin dijangkiti virus
Ujian darah
Selalunya dilakukan sekiranya sampel tekak memberi keputusan negatif.
Untuk menentukan punca tonsilitis akut
Sel darah putih pada kadar yang tinggi jika terdapat jangkitan
Tahap KeradanganTonsil
- Keradangan tonsil boleh dikategorikan kepada tiga tahap yang ditentukan melalui pemeriksaan tekak:
- Tahap 0: Tonsil tidak kelihatan diluar pilar tonsil / tonsil telah dikeluarkan melalui pembedahan
- Tahap 1: Tonsil menutup 25% dari orofarynks
- Tahap 2: Tonsil menutup kurang dari 50% tetapi lebih dari 25% orofarynks
- Tahap 3: Tonsil menutup kurang dari 75% tetapi lebih dari 25% orofarynks
- Tahap 4: Kedua-dua tonsil bertemu ditengah orofarynks
- Tahap radang tonsil perlu ditentukan kerana rawatan adalah berdasarkan tahap radang tonsil dan komplikasi yang dialami.
Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran
Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)
18 Aug 2018