Baca Soalan
- Radang tonsil atau tonsilitis sering menyebabkan simptom-simptom seperti:
- Sakit tekak
- Tekak kering
- Demam
- Batuk
- Radang tonsil biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.
- Kuman-kuman yang menyebabkan radang tonsil biasanya merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan perkakas yang tercemar oleh kuman-kuman tersebut.
- Oleh itu, cara pencegahan radang tonsil yang paling baik adalah dengan mengurangkan pendedahan kepada kuman-kuman.
- Kebersihan diri dan pesekitaran merupakan cara yang paling berkesan untuk mencegah radang tonsil. Terdapat banyak kuman pada permukaan tangan kita. Oleh itu, pembasuhan tangan yang bersih adalah sangat penting.
- Gunakan sabun yang secukupnya dan basuh tangan dengan menggunakan cara betul untuk membasmi kuman.
- Membasuh tangan adalah penting selepas berjabat tangan, menyentuh perkakas yang tidak bersih dan menjalankan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti berkebun dan bersukan.
- Selain itu, penggunaan tangan untuk menyentuh muka atau mulut harus dielakkan.
- Selain membasuh tangan, elakkan daripada bersentuh dengan perkakas-perkakas orang lain untuk mencegah jangkitan kuman.
- Perkakas-perkakas persendirian seperti tuala, berus gigi dan cawan harus digunakan oleh satu orang pemilik sahaja. Jika ahli keluarga atau staf di tempat kerja menghidap demam, pakai topeng muka untuk mencegah jangkitan kuman dan elakkan daripada berada berhampiran dengan orang yang sakit.
- Selain itu, orang yang sakit harus meminta cuti sakit dan berehat di rumah untuk mencegah penyebaran kuman kepada orang lain di tempat kerja.
- Pemilihan makanan untuk penyakit tonsil juga sangat penting. Setiap orang digalakkan untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat untuk menguatkan sistem pertahanan badan kita.
- Selain itu, pengamalan senaman yang secukupnya juga boleh membantu mencegah jangkitan kuman. Penggunaan rokok harus dihentikan kerana merokok boleh menjejaskan sistem pertahanan badan terutamanya di bahagian mulut dan meningkatkan risiko untuk menghidap radang tonsil.
Pencegahan pada kanak-kanak
- Langkah-langkak untuk mencegah radang tonsil pada kanak-kanak adalah hampir sama dengan golongan dewasa.
- Golongan kanak-kanak sering bersentuh dengan orang sakit dan perkakas yang tercemar kerana mereka belum mempunyai pemahaman yang mendalam tentang kebersihan diri dan kaedah-kaedah pencegahan penyakit berjangkit.
- Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka untuk mengajar anak-anak tentang pembasuhan tangan dan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran.
- Selain kebersihan diri, senaman yang kerap dan diet yang seimbang adalah penting untuk menguatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak.
- Pengambilan makanan yang kaya dalam vitamin, mineral dan protein akan membantu mencegah jangkitan kuman. Jika kanak-kanak tersebut telah menghidap radang tonsil, pengambilan makanan yang sejuk seperti aiskrim vanila dan yogurt boleh melegakan sakit tekak.
- Selain aiskrim vanila ubat sakit tekak dan minuman panas seperti teh atau sup juga boleh membantu melegakan sakit tekak.
Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran
Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)
18 Aug 2018