Jenis - Jenis Senaman Yang Sesuai Dilakukan Oleh Ibu Hamil

Baca Soalan

Ketika hamil, mungkin sukar untuk melakukan senaman. Mana tidaknya, perut pun makin besar. Tapi, 7 senaman ibu mengandung ini mudah saja.

Ia memang direka khas untuk ibu hamil, malah membantu anda saat nak bersalin normal nanti.

Ibu-ibu bolehlah amalkan 5 senaman ibu mengandung ini di rumah. Jom kita semak apakah senaman ibu mengandung berikut.

5 senaman ibu mengandung untuk mudah bersalin

Senaman untuk ibu mengandung #1 Squat

Duduk bertinggung dan berdiri selama berulang kali adalah satu senaman ibu mengandung yang amat mudah. Ia juga boleh menyiapkan tubuh ibu sebelum beranak.

Squat membantu menguatkan otot pinggung ibu dan mendorong bayi turun lebih rendah. 

Kalau ibu nak proses beranak normal yang lancar, cuba buat squat ketika nak dekat-dekat bersalin.

Cara buat squat: Berdiri dan buka kangkang. Turun perlahan-lahan hingga ke posisi mencangkung. Tahan selama 30 saat, kemudian berdiri semula tanpa bantuan tangan. 

Ulang 10-20 minit setiap hari. Sakit pinggang pun boleh hilang!

Senaman ibu mengandung #2 Jalan kaki

Berjalan kaki antara senaman ibu mengandung yang banyak faedah. Ia boleh mendorong kontraksi.

Sebab itu saat anda mula mengalami kontraksi, banyakkan berjalan. Ia boleh membantu bayi turun dan berada dalam posisi ideal untuk dilahirkan.

Senaman untuk ibu mengandung #3 Angkat punggung dan otot pelvis

Ibu boleh buat senaman ini dekat rumah saja. Apa yang anda perlu ialah tempat lapik untuk tidur terlentang.

Kemudian, bengkokkan kulit dan biar tapak kaki terletak pada lantai. Perlahan-lahan angkat punggung. Pastikan bahu dan kaki tak terangkat.

Lakukan senaman ini selama 10-15 minit setiap hari sambil dengar lagu.

Senaman untuk ibu mengandung #4 Duduk atas bola

Ketika perut makin besar dan anda mula mengalami kontraksi, duduk akan membantu ibu rasa kurang sakit.

Tapi jangan duduk atas sofa yang akan buat punggung anda tenggelam. Anda kena duduk menegak dengan punggung terkunci ke hadapan.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan duduk atas bola khas untuk ibu mengandung ini. 

Senaman untuk ibu mengandung #5 Posisi kupu-kupu

Untuk melakukan senaman ibu mengandung ini, anda perlu meregangkan otot di bawah pinggul, punggung, dan paha. Kemudian lakukan posisi di atas.

Ia boleh membantu sendiri pinggul jadi lebih fleksibel dan melancarkan proses bersalin. 


Beribu penghargaan buat TheAsianParent.com atas kebenaran untuk kami menyiarkan artikel ini. 

Written by: TheAsianParent.com

Tickled Media

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?