- Pernahkah anda meneliti muka anda pada cermin dengan dekat? Anda pasti pernah melihat lubang-lubang yang kecil pada kulit muka anda. Lubang ini dikenali sebagai liang atau pori. Dalam keadaan normal, pori ini mengandungi sel-sel kulit yang telah mati, minyak dan bakteria. Jerawat akan terbentuk apabila liang-liang ini tersumbat dengan minyak kulit yang berlebihan. Justeru amat penting untuk anda menjaga kebersihan muka pada setiap hari, jika tidak ia akan menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak pada bahagian muka anda.
- Jadi, siapakah yang biasa mengalami masalah ini? Golongan yang paling biasa terkena adalah golongan remaja dan orang muda dalam lingkungan 12 hingga 24 tahun.
- Mereka yang mendapat masalah jerawat semasa umur ini mungkin akan mengalaminya hingga ke usia yang lebih lanjut walaupun jarang terjadi. Kebanyakan kes pulih semasa seseorang itu mencapai umur dewasa.
Cara menghilangkan bekas jerawat (Acne Scars) secara alami dan cepat
Apakah Itu “Acne”?
Apakah Punca Jerawat?
- Folikel rambut yang tersumbat: Kulit anda mempunyai pembukaan yang kecil yang dipanggil folikel rambut kerana ia merupakan pembukaan di mana bulu atau rambut keluar dari lapisan kulit. Apabila folikel rambut ini tersumbat dengan kotoran, minyak dan sel kulit yang mati, jerawat akan berlaku. Jika kumpulan kotoran ini berlaku di dalam folikel, ia akan menjadi “whitehead” iaitu jerawat yang berwarna putih dan jika kumpulan kotoran tersebut terjadi di luar folikel, ia akan menjaadi “blackhead” iaitu jerawat yang hitam. Jerawat yang berwarna merah dan yang sakit berdenyut terjadi apabila terdapat jangkitan di folikel rambut tersebut.
- Kulit berminyak: Folikel rambut juga mempunyai kelenjar yang mengeluarkan sejenis minyak yang dipanggil “sebum”. Jika terlalu banyak minyak ini dikeluarkan, ia boleh menyumbat folikel rambut kerana ia memerangkap kuman dan sel kulit yang mati.
- Jangkitan kuman: Jenis bakteria yang paling lazim menyebabkan jerawat adalah jenis P. acnes.
- Hormon: Sejenis hormon jenis androgen juga menyumbang kepada pencetusan jerawat kerana ia membuat kelenjar dalam folikel rambut mengeluarkan lebih “sebum”. Antara sebab terdapat peningkatan tahap androgen dalam badan adalah melalui proses baligh atau “puberty”.
- Stres/rasa tertekan: Seseorang yang merasa stres mungkin akan mendorong pencetusan jerawat.
- Ubat: Antara ubat yang boleh menyebabkan jerawat adalah testosterone, lithium dan ubat yang mengandungi steroid.
- Faktor genetik: Terdapat kajian yang membuktikan bahawa genetik adalah antara faktor yang menyebabkan jerawat.
Rawatan Jerawat?
Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenarai mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat. Antara bahan kimia yang terkandung di dalam ubat jerawat adalah::
Benzoyl peroxide
Asid salicylic
Sulfur
Retinoid
Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, serta menurangkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mencegah folikel tersumbat. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.
Jika masalah jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda.
Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Bahan Alami?
- Aloe vera
- Minyak kelapa
- Timun
- Madu
- “Rosehip seed oil”
- Limau: Campur jus limau dengan air dan sapu di bekas
- “Baking soda”
- Minyak lavender
Doktor Kulit Juga Boleh Menawarkan Rawatan Menghilangkan Jerawat Tetapi Bukan Secara Alami. Antara Rawatan Yang Ditawarkan Oleh Doktor Kulit Adalah:
- Pembedahan kecil: Ini adalah untuk parut yang dalam ataupun terkeluar supaya parut tidak kelihatan dengan jelas.
- Kolagen: Menggalakkan pengeluaran kolagen melalui teknik “needling”. Ini bukan cara yang cepat.
- Laser: Beberapa teknik laser yang berbeza diguna bergantung kepada jenis parut. Sesuai untuk parut yang dalam atau terkeluar.
- “Cryosurgery”: Teknik ini melibatkan pembekuan parut.
References