Bagaimanakah penyakit HMFD kaki, tangan dan mulut (Hand, Foot & Mouth Disease) merebak kepada anak?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah tangga. Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Anak kelima saya baru berumur 2 tahun. Pada minggu lepas, saya telah menghantar anak saya ke rumah ibu saya di kampung. Setelah kembali ke rumah, dia mengalami demam bersuhu 38 darjah celsius. Dia juga sering menangis dan hilang selera makan atau minum. Saya perasan terdapat beberapa lepuh kemerahan di dalam mulutnya dan ruam-ruam di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Walaupun ruam ini tidak menyakitkan, ia juga =kelihatan kemerahan. Gejala- gejala tersebut telah mengurang selepas saya memberi ubat demam kepada dia. Namun, anak saya masih tiada selera makan dan minum dan tidak aktif seperti dahulu. Saya ingin bertanya kepada doktor sekiranya gejala anak saya ini menandakan penyakit hfmd. Adakah penyakit ini sangat serius?
Apakah itu penyakit HFMD
Apakah penyebab penyakit HFMD
Penyakit tangan, kaki, dan mulut berpunca daripada “coxsackievirus” jenis A16.“Coxsackievirus” adalah sebahagian daripada kategori enterovirus. Dalam sesetengah kes, enterovirus jenis lain juga boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki, dan mulut. Enterovirus 71 juga merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan penyakit hfmd dengan komplikasi yang lebih serius.
Virus mudah tersebar dari orang ke orang. Anda atau anak anda mungkin mendapat penyakit tangan, kaki, dan mulut daripada orang yang telah dijangkiti melalui:
- Air liur
- Cecair dari lepuh
- Najis
- Titisan pernafasan selepas batuk atau bersin
- Tangan yang tidak dicuci
- Permukaan yang tidak dibersih.
Apakah gejala penyakit HFMD
Gejala penyakit hfmd mula muncul tiga hingga tujuh hari selepas jangkitan awal. Sesetengah orang tidak akan mempunyai gejala, tetapi mereka masih boleh menyebabkan penyebaran virus. Virus tersebut paling berjangkit semasa 7 hari pertama setelah terdedah kepada HFMD. Antara simptom penyakit hfmd termasuk:
- Demam
- Kurang selera makan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesengsaraan
- Lepuh yang kemerahan dan menyakitkan di dalam mulut
- Ruam merah pada tangan dan tapak kaki
- Ulser pada lidah dan mulut
Adakah penyakit HFMD menular
Penyakit hfmd tersebar dari orang ke orang melalui hubungan langsung dengan sama ada Coxsackievirus A16 atau kurang lazim enterovirus 71.. Virus ini paling biasa dijumpai di kawasan hidung dan kerongkong tetapi juga dalam cecair atau najis individu yang dijangkiti. Virus ini boleh bertahan pada permukaan objek seperti komputer, meja, pensel dan lain-lain. Virus kemudiannya dipindahkan dari tangan yang telah menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian menyentuh hidung, mulut atau mata sebelum mencuci tangan.
Begitu juga, menukar lampin bayi yang dijangkiti tanpa memakai sarung tangan atau tanpa mencuci tangan dapat menyebarkan penyakit hfmd. Air tercemar dengan virus juga boleh menyebarkan jangkitan ini. WWanita yang dijangkiti tidak lama sebelum kelahiran boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka.
Apakah tempoh berjangkit untuk penyakit HFMD
Apakah tempoh inkubasi untuk penyakit HFMD
Apakah rawatan penyakit HFMD
Dalam kebanyakan kes, penyakit hfmd boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Rawatan utama penyakit hfmd adalah untuk melegakan simptom demam dan sakit tekak. Antibiotik tidak disyorkan dalam rawatan penyakit virus ini. Intravena imun globulin (IVIG) telah diuji sebagai terapi untuk pesakit yang menghidap tahap serius atau golongan tua yang mempunyai sistem imunisasi lemah. Antara rawatan lain untuk penyakit hfmd termasuk:
- Ubat atau preskripsi “over-the-counter” untuk melegakan lepuh dan ruam
- Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan sakit kepala
- Ubat sirap atau “lozenges” untuk meredakan sakit tekak
Sesetengah rawatan di rumah juga membantu melegakan gejala penyakit tangan, kaki, dan mulut. Anda boleh mencuba rawatan berikut untuk menringankan gejala lepuh supaya kurang mengganggu:
- Menyedut ais atau popsikel.
- Makan ais krim atau “sherbet”.
- Minum minuman sejuk.
- Elakkan buah sitrus, minuman buah-buahan, dan soda.
- Elakkan makanan pedas atau masin.
- Berkumur menggunakan air garam di dalam mulut juga boleh membantu melegakan kesakitan lepuh mulut dan luka pada kerongkong. Lakukan kaedah ini beberapa kali sehari atau sekerap mungkin.
Apakah komplikasi penyakit HFMD
Komplikasi penyakit hfmd agak jarang berlaku. Berdasarkan statistik, Coxsackievirus A16 kurang kemungkinan menyebabkan komplikasi jika dibandingkan dengan Enterovirus-71.
- “Aseptic meningitis": Gejala “meningitis” adalah sakit kepala apabila membongkokkan kepala ke hadapan (diuji dengan menyuruh pesakit cuba untuk menyentuh dagu ke dada), dan rasa mual serta muntah. “Meningitis” adalah jangkitan pada tisu dan cecair tulang belakang yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Diagnosis disahkan oleh “lumbar puncture”.
- “Encephalitis” (jangkitan otak): Hanya sebilangan kecil pesakit mendapat “Encephalitis” tetapi gejala penyakit ini lebih serius dibandingkan dengan “meningitis” dan memerlukan kemasukan ke hospital untuk pemantauan yang rapat. Komplikasi neurologi lain yang jarang berlaku termasuk lumpuh, sindrom Guillain-Barré, “transverse myelitis”, dan “cerebrum ataxia”. Kerosakan sementara dan kekal boleh berlaku.
- Kadang-kadang, virus penyakit hfmd boleh menjangkiti serat otot jantung dan menyebabkan gangguan pada keupayaan jantung untuk berfungsi.
- Bayi mungkin mengalami dehidrasi kerana enggan untuk mengambil cecair melalui mulut akibat ulser atau lepuh di dalam mulut.
- Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, vesikel kulit boleh menyebabkan jangkitan bakteria sekunder. Antibiotik jangka pendek digunakan untuk merawat jangkitan sekunder.
Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin teruk atau tidak bertambah baik, anda harus berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan supaya komplikasi yang serius dapat dielakkan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat di laman web kami diwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.