Selesema babi atau penyakit H1N1 adalah sejenis penyakit yang berjangkit melalui saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A. Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza). Rantau beriklim sederhana seperti Negara Amerika Syarikat, mempunyai variasi musim penularan influenza, dengan tahap penularan tinggi yang selalunya berlaku pada musim sejuk. Berbeza dengan rantau tropika (seperti Malaysia), di mana tiada musim penularan influenza yang spesifik dengan erti kata lain, ianya berlaku sepanjang tahun.
Virus h1n1 boleh bertahan hidup sekitar satu hingga dua minggu dalam spesis khinzir yang masih hidup. Mereka yang sering menguruskan atau bekerja berdekatan ladang ternakan khinzir lebih mudah mengakibatkan jangkitan tersebut merebak (contohnya, petani, pemproses daging khinzir). Populasi khinzir yang dijangkiti dengan jangkitan selesema manusia juga boleh menyebabkan virus tersebut melalui proses mutasi menjadi virus h1n1.
Dalam kebanyakan kes, jangkitan silang spesies (virus babi kepada manusia, virus selsema manusia kepada babi) kekal di kawasan setempat dan tidak menyebabkan jangkitan pada tahap global. Malangnya, keadaan silang spesies ini dengan virus influenza berpotensi berubah. Pakar siasat mengidentifikasikan jenis virus "selesema babi" pertama kali pada 2009 di Mexico, yang sepatutnya dipanggil selesema H1N1 kerana ia mempamerkan dua antigen permukaan utama, iaitu H1 (jenis hemagglutinin) dan N1 (jenis neuraminidase 1) . Lapan helai RNA dari virus H1N1 baru mempunyai satu helai yang berasal dari manusia, dua helai dari kelas burung, dan lima helai dari kumpulan khinzir.