- Jangkitan bakteria, parasit dan yis
Seperti yang diketahui, setiap organisma akan menunjukkan simptom ataupun lelehan warna keputihan yang berbeza-beza. Jangkitan seperti Trichomonas Vaginalis, Gardnerella Vaginalis atau Candida albicans merupakan antara penyakit yang menyebabkan keputihan. Ia selalunya berlaku disebabkan oleh hubungan seks yang tidak sihat.
Rembesan hormon mempengaruhi keputihan yang berlaku kepada wanita. Jika tahap estrogen tinggi, ia akan menyebabkan kulat mudah untuk lekat pada dinding faraj dan hal inilah yang menggalakkan keputihan. Selain itu, pengambilan antibiotik dan pil perancang juga memberi kesan kepada keseimbangan hormon dalam darah. Antibiotik yang diambil dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan bakteria semulajadi mati dan akhirnya patogen luar akan mudah menjangkiti faraj. Pasti ramai yang terdengar bahawa stress akan memberikan impak negatif kepada kesihatan seseorang termasuklah hormon dalam badan dan hal inilah secara tidak langsung menyebabkan keputihan.
- Gaya hidup yang tidak sihat
Gaya hidup merupakan konotasi yang sangat luas untuk dibincangkan. Bermula daripada kebersihan diri dan juga perhubungan intim. Wanita yang tidak menjaga kebersihan pada alat sulit mereka akan mudah terdedah kepada masalah keputihan patologik yakni jangkitan. Hal ini juga sama seperti hubungan seks rambang.
Pesakit kencing manis memiliki peratusan yang lebih tinggi berbanding orang biasa kerana tahap gula yang tinggi dalam badan mengalakkan pertumbuhan kulat pada permukaan faraj. Selain itu, pesakit yang memiliki tahap imuniti yang rendah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi, AIDS, barah darah ataupun leukemia juga terdedah kepada fenomena ini.