Tanda Air Ketuban Pecah Dan Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Ia Terjadi

Baca Soalan

Salah satu perkara yang anda tertanya-tanya bila mengandung adalah macam mana nak tahu bila air ketuban pecah. Apa rasanya? Macam mana rupanya? Sakit ke? Apa nak buat?

Sebelum kami jawab semua soalan-soalan ini, anda perlu tahu yang kebanyakan masanya, air ketuban anda tak akan pecah hingga bukaan servik anda penuh dan anda dah bersedia untuk meneran.

Air ketuban pecah: Apa itu air ketuban?

Bayangkan anda duduk dalam bilik yang gelap dan selesa sambil dikelilingi kusyen berisi cecair. Ini adalah bayi anda dan kusyen tersebut adalah air ketuban.

Air ketuban kadang-kadang dikenali sebagai membran kerana ini diperbuat dari dua membran: amnion dan chorion.

“Air” sebenarnya adalah cecair amniotik – cecair jernih yang jadi tempat tinggal bayi anda. Ia melindungi bayi anda dari kecederaan dan mengekalkan suhu dalam rahim.

Cecair amniotik juga membantu paru-paru, sistem penghadaman dan musculoskeletal bayi untuk berkembang.

Apa yang berlaku jika air ketuban pecah?

Sebelum anda bersalin, air ketuban akan pecah dan ini bermakna bayi akan lahir tak lama lagi. Kadang-kadang ia akan pecah awal.

Tapi, ada juga kes air ketuban pecah namun lambat bersalin. Lebih lama masa diambil untuk bersalin selepas air ketuban pecah, lebih tinggi peluang untuk bayi atau anda mendapat jangkitan. Jika ini berlaku, doktor mungkin akan memilih untuk induce.

Agak sukar nak tahu kalau ia adalah cecair amniotik atau anda sebenarnya terkencing kerana masalah pundi kencing yang biasanya berlaku pada akhir kehamilan? Jadi, macam mana nak tahu jika air ketuban pecah?

Air ketuban pecah: Perkara-perkara yang perlu anda tahu

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah beritahu doktor anda jika anda rasa air ketuban anda pecah. Maklumat di bawah ini boleh membantu anda untuk ketahui jika air ketuban anda benar-benar pecah.

  1. Ingat COAT

Jika anda rasa air ketuban pecah, ada beberapa perkara yang perlu anda lihat, untuk memudahkan anda, ingat: COAT

  • Colour (warna) cecair: ia sepatutnya berwarna jernih. Air yang berwarna coklat kehijauan menandakan yang bayi telah buang air besar dalam rahim anda.
  • Odour (bau): tak terlalu berbau atau tak ada bau adalah normal. Tapi jika baunya kuat, ini mungkin tanda ada jangkitan.
  • Amount (jumlah): perhatikan sama ada air tersebut mengalir atau menitik.
  • Time (masa): selepas air ketuban pecah, risiko untuk mendapat jangkitan akan meningkat jika anda tak mula bersalin untuk jangka masa tertentu.

Cuba untuk ingat empat perkara ini dan beritahu doktor anda. Ini akan membantu doktor untuk menentukan apa yang mereka perlu lakukan.

  1. Tukar seluar dalam

Semasa dalam trimester ketiga, sebelum keluar rumah, anda perlu membawa seluar dalam lebih dan pad di dalam beg setiap masa. Ini penting sekiranya air ketuban pecah semasa anda di luar rumah.

Jika ini berlaku, anda perlu tukar seluar dalam secept mungkin dan pulang ke rumah atau terus pergi ke hospital secepat mungkin.

  1. Kering atau basah

Cara yang paling baik untuk ketahui jika air ketuban pecah atau hanya sekadar air kencing atau cecair dari faraj adalah dengan memakai pad kering dan baring selama 15 minit.

Jika air ketuban benar-benar pecah, cecair amniotik akan berkumpul di dalam faraj dan akan mengalir semula apabila anda berdiri.

Air ketuban pecah: Bila anda perlu ke hospital dengan segera?

Ada beberapa perkara yang membuatkan anda perlu ke hospital segera selepas air ketuban anda pecah:

  • Jika anda disahkan positif Strep Kumpulan B sebelum ini. Anda perlu ke hospital dengan segera selepas air ketuban pecah supaya doktor boleh memberikan antibiotik pada anda.
  • Air ketuban anda pecah sebelum 37 minggu. Ini dikenali sebagai preterm rupture of membranes (PROM). Komplikasi yang boleh berlaku termasuk jangkitan, gangguan uri (uri tertanggal sebelum bersalin), komplikasi pada bayi atau masalah tali pusat.


Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada TheAsianParent.com atas kesudian memberi kebenaran untuk kami menyiarkan artikel yang bermanfaat ini. 

Written by: TheAsianParent.com

Tickled Media

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?