Sulit
3 tahun
Alahan paru-paru dan paru-paru menjadi luas
Saya ingin bertanya apakah maksud paru-paru luas dan juga alahan paru-paru? Ini kerana nenek saya diberi ubat oleh doktir untuk makan pada waltu malam. Saya ingin mengetahui adakah penyakit ini merbahaya dan adakah berkait dengan masalah dengkur? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, biasanya paru-paru menjadi luas adalah penyakit paru-paru terjadi dalam warga emas atau kalangan perokok, sebab lapisan paru-paru mereka jadi lemah, kurang anjal dan luas. Ini menyebabkan fungsi paru-paru dipengaruhi dan berisiko untuk mengalami alahan atau jangkitan.
Selain itu, alahan paru-paru boleh terjadi dengan atau tanpa masalah paru-paru luas, boleh menyebabkan gejala dengkur sebab penyempitan saluran sistem pernafasan. Ia tidak semestinya berbahaya, kami perlu mengikut keperahan penyakit yang dialami.
OIeh itu, doktor biasanya akan beri ubat kepada pesakit paru-paru luas untuk mengelakkan alahan dan jangkitan paru-paru.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.