syafawpocoyo
4 tahun
Berdengkur walaupun tidak letih
hi dr, saya berumur 22 tahun dan saya seorang perempuan. saya sering berdengkur ketika tidur. rakan bilik saya sering menegur tentang hal ini. saya kerap berdengkur walaupun tidak letih. saya risau akan hal ini akan menjadi lebih serius. apa yang saya harus buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kuat berdengkur boleh disebabkan oleh Obstructive Sleep Apnea (OSA). OSA adalah kondisi di mana seseorang mempunyai tonsil/adenoid yang terlalu besar sampai menghalang rongga udara semasa tidur. Hal ini menyebabkan seseorang berdengkur dan terbangun dari tidur secara tercungap-cungap untuk udara semasa tidur.
Kondisi ini tidaklah membahayakan kesihatan di peringkat awal, namun pemerhatian doktor diperlukan dalam masa yang panjang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menjejaskan kualiti hidupan seharian.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.