
Sulit
5 tahun
Haid yang semakin sikit
Saya wanita berumur 25 tahun . Sebelum bernikah saya menjalani haid yg teratur .kebiasaanya berlansung selama 5 hingga 6 hari …tetapi selepas bernikah pada bln oct 2019 saya mengalami haid yang sedikit iaitu 2 hari sahaja sehingga bulan jan 2020. Saya mengalami sakit seperti pening kepala . Muntah2 dan perut kembung …apakah saya mempunyai penyakit yang series doktor ataupun ini normal .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang sedikit termasuk:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.