Sulit
7 bulan
Berapa jenis demam denggi?
Hai doktor, saya ada soalan. Apa itu demam denggi? Ada berapa jenis demam denggi?
5 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Demam denggi boleh terdiri daripada 2 jenis demam iaitu demam biasa mahupun demam denggi berdarah.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari. Demam denggi biasanya bermula dengan suhu badan yang tinggi yang mencecah 40 Celcius diikuti dengan sakit sendi pada badan.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.