
Sulit
4 tahun
Kuarantin di rumah covid 19
salam sejahtera dr.sy ingin bertanya ttg kuarantin dirumah.suami sy didapati kontak rapat dgn pesakit covid .pg ini suami akan menjalani swab test atas arahan PKD.situasinya adakah sy dan anak2 perlu dikuarantin sehingga result swab test suami keluar?perkara ini membuat sy jadi risau di mana sy bekerja dan perlu atau tidak sy bekerja seperti biasa walaupun sy tidak dihubungi kkm?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19. Namun buat sementara waktu, akibat peningkatan kes yang terlalu tinggi & secara mendadak, terdapat beberapa perubahan dalam SOP rawatan bencana pandemik.
Justeru anda sekeluarga harus beradaptasi dan mangambil langkah berjaga-jaga sehingga suami anda mendapatkan hasil ujian swabnya. Sementara itu, anda dinasihatkan untuk menjaga jarak dan meminta suami memakai pelitup muka sekiranya ingin keluar dari ruangan isolasinya di rumah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Walau bagaimanapun simptom-simptom tersebut secara umumnya boleh berlaku setelah 14 hari dari terpapar dengan jangkitan COVID-19. Selain itu, terdapat juga apa yang dinamakan kes tidak bergejala, dimana seseorang individu yang boleh menyebarkan virus, tidak mempunyai gejala sama sekali dan tidak diketahui oleh mana-mana pihak, sehingga di lakukan saringan.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini