Sulit
8 bulan
Adakah vaksin demam denggi selamat?
Saya ada soalan, adakah vaksin ini selamat kerana ianya merupakan vaksin baru dalam dunia perubatan ini?
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Ya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan penggunaan vaksin Qdenga di Malaysia pada awal Februari lalu. Dengan kadar keberkesanan mencecah 80.9% menjadikan vaksin Qdenga ini selamat digunakan untuk merawat jangkitan demam denggi di kalangan rakyat Malaysia.
Vaksin Qdenga ini boleh diambil oleh individu berumur 4 tahun ke atas sama ada sudah dijangkiti atau belum dijangkiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.