Sulit
3 tahun
Ruam teruk di kedua dua tangan dan gatal teruk. Terdapat vesicle di ruam2 tersebut dan gatal
Saya terima vaksin sinovac 1st dos pada 29 jun. Pada 2 julai lengan tgn saya mengalami ruam merah yg teruk sehingga merwbak ke dua2 tgn. Ruam merah disertai dgn vesicle dan tgn saya sgt gatal. Tgn saya mnjadi bengkak. So apakah pnyelesaian yg bole saya ambil? Saya telah ke klinik dan diberi ubat sapu dan pil terapi tiada kesan
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin COVID-19 adalah normal terutama setelah anda menerima suntikan kedua. Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Akan tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif. Hal ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.
Walaubagaimanapun, jikalau benjolan di tangan anda merebak dan memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.