anarazak6
2 tahun
Serangan sawan tiba tiba
suami saya telah kena serangan sawan sebanyak 4 kali dalam masa 2 tahun.dia ada mengambil ketum berserta ubat batuk.tidur yg tidak menentu.sy puas menasihati…tp masih tidak diendahkan.saya risau.saya tidak pernah bawa ke hospital.adakah jika berlaku lg seranagn sawan…saya harus bawa ke hospital
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sawan adalah gangguan elektrik secara tiba-tiba dan tidak terkawal di dalam otak. Ia boleh menyebabkan :
- perubahan tingkah laku
- pergerakan atau perasaan dalam fasa sedar.
Dalam kes ini, suami puan mendapat sawan mungkin disebabkan komplikasi dari penyalahgunaan bahan itu sendiri. Saya sarankan puan untuk bawak suami puan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.