Sulit
7 bulan
Apakah kesan sampingan vaksin demam denggi?
Hai doktor, saya ada soalan. Saya ingin mebambil vaksin Qdenga ini namun saya ingin tahu terlebih dahulu tentang kesan sampingan vaksin ini?
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Seperti mana-mana ubat lain, Vaksin Qdenga boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi tidak semua orang mengalaminya.
- Rasa sakit di tempat suntikan
- Sakit kepala
- Sakit otot
Kesemua kesan sampingan ini masih normal dan tidak membahayakan individu, ia hanyalah reaksi terhadap vaksin yang baru masuk ke dalam badan. Namun, jika kesan ini berlarutan selepas vaksinasi atau semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor berdekatan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.