Sulit
2 tahun
Tekak saya kurang selasa dan saya telah melakukan Covid test tetapi saya musykil dengan keputusan tersebut kerana garisan yang berada di Covid test tersebut kelihatan Samar samar
Doctor saya ingin Bertanya tekak saya kurang selesa jadi saya sudah buat swab test Dan ia negative tetapi di covid test tersebut result dia satu garis sahaja iaitu garis tersebut ada berada di huruf C. Tetapi garis tersebut kelihatan samar samar di Huruf C. Adakah ia menunjukkan negative jugak atau perlu melakukan Covid test lagi sekali.Mohon pencerahan ye doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, kebiasaannya 2 garisan C dan T bermaksud positif COVID. Anda berkemungkinan mendapat keputusan negatif menurut penerangan anda. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih tidak pasti selepas ujian COVID-19, anda boleh mengulangi ujian tersebut sekiranya gejala berterusan atau merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat.
Sila rujuk gambar rajah ini untuk interpretasi keputusan RTK.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini