
Sulit
3 tahun
Adakah pesakit covid boleh dijangkiti semula dalam tempoh kuarantin..?
salam sejahtera dr…
saya dan keluarga yg tinggal serumah adalah pesakit positif covid19 yang sedang menjalani kuarantin…
4 daripada 6 ahli keluarga telah mendapat jangkitan dan sah positif pada hari pertama… tetapi 2 daripada kami disahkan positif setelah hari ke 4…
memandangkan kami tinggal serumah, 4 daripada kami didalam fasa pemulihan manakala 2 daripada kami di fasa awal simptom…
persoalannya adakah kami boleh dijangkiti kembali dan perlukah kami asingkan diri dari ahli keluarga yang baru mendapat simptom covid ini?
terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala COVID-19 yang dihadapi.
Untuk makluman anda, setakat ini, tempoh kuarantin bagi jangkitan COVID-19 adalah 10-14 hari, dan jika semua keluarga anda telahpun disahkan positif, anda boleh kuarantin di ruangan yang sama.
Kebiasaannya mereka yang telah dijangkiti dan sembuh, telah mempunyai antibodi terhadap jangkitan ini, oleh itu kemungkinan untuk kembali dijangkiti dalam masa terdekat adalah rendah.
Apa yang penting adalah anda dan keluarga yang telah disahkan positif terus menjalani kuarantin kendiri sehingga tamat tempoh yang ditetapkan. Status kesihatan dan langkah seterusnya akan dimaklumkan oleh pegawai kesihatan di kawasan anda kelak.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dan mempunyai soalan lain, sila rujuk kepada doktor untuk penerangan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini