Sulit
2 tahun
Adakah orang yg mempunyai badan yg terlalu kurus boleh jogging?
salam sejahtera doc. saya wanita berumur 20 tahun, tinggi 149cm dan berat badan saya 30kg. saya mempunyai badan yg terlalu kurus. saya ada melakukan workout dan sedikit exercise untuk mendapatkan berat badan yg saya nak. selain makan dengan byk, minum susu dan workout. apakah patut saya berjogging sekali untuk menaikkan berat badan saya? saya nk tanya, apakah jika saya jogging, akan membuatkan badan saya menjadi semakin kurus atau sebaliknya? harap doc bantu menjawab persoalan saya. terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih ke atas soalan anda. Saya akan cuba membantu.
Joging merupakan satu senaman yang amat popular dalam kalangan masyarakat. Ia merupakan aktiviti larian yang dilakukan dengan kadar yang perlahan.Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal dengan mengurangkan tekanan pada badan. Kalau senaman ini dilakukan dalam jarak jauh, ia menjadi satu bentuk latihan ketahanan aerobik yang baik untuk anda.
Berikut adalah faedah berjoging:
- Meningkatkan kekuatan tulang
- Membina otot
- Mengekalkan kesihatan minda
- Baik untuk jantung
- Menguatkan sistem imun
Bagi anda yang ingin menambah berat badan dan jisim otot, anda mungkin sering dinasihatkan untuk mengelakkan senaman kardio seperti berjoging. Walau bagaimanapun, anda masih perlu melakukan kardio untuk mengekalkan tahap lemak dalam badan dan menjaga kesihatan jantung anda.
Walaupun jogging telah terbukti memberi manfaat kepada mereka yang ingin menambah jisim otot dan berat badan, ia boleh memberi kesan kesan negatif terhadap kesihatan anda jika dilakukan terlalu kerap. Konsultasi doktor ataupun jurulatih kecergasan adalah penting untuk mendapatkan nasihat yang sesuai untuk mecapai matlamat anda
Anda boleh menghubungi kami untuk bercakap dengan doktor kami
Terima kasih.